Selasa, Julai 21, 2009

Orang Lama HPA buka jaringan baru di UPSI

/
PJM PN HJH NORHAYATI YUNUS

PJI PN HJH NORMAH ABD SATTAR

Dua orang tokoh awal pengedar HPA di Lembah Klang iaitu PJM Puan Hajjah Norhayati Yunus NPB: 000002.MY01 dan PJI Puan Hajjah Normah Sattar NPB:000250.MY01 alhamdulillah berjaya membuka jaringan baru di Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim Perak (UPSI). Pada 18 Julai baru-baru ini, saya dijemput oleh mereka untuk mengisi slot mengenai Perniagaan MLM HPA dan Bagaimana nak menjadi Usahawan Herbalis MLM HPA. Seramai 80 orang pelajar yang mengambil Diploma Pengurusan Perniagaan dalam semester 5 dan 6 bersama 2 orang pensyarahnya iaitu Dr Khalid dan Dr Norizan hadir dalam majlis yang diadakan dalam Dewan Kuliah N UPSI.

Sebahagian daripada 80 pelajar Semester 5 dan 6 Fakulti Pengurusan Perniagaan UPSI


Saya yang dijemput menjadi moderator dalam majlis ini mengundang 2 orang tokoh lama ini untuk menceritakan kisah penglibatan mereka dalam HPA dan bagaimana mereka dapat bertahan dalam perniagaan MLM HPA dengan meraih pendapatan 5 angka dari HPA. Saya juga menjemput tokoh baru dalam HPA iaitu PJE Sdr. Mohd Shafarul Nizam NPB 275393.MY01 yang baru 3 tahun bersama HPA pun boleh berjaya dengan hanya bermodalkan RM100 tetapi boleh juga memperolehi pendapatan lumayan bersama HPA. Pendapatan beliau dalam HPA sekarang dah mencecah RM3,000 sebulan berbanding RM750.00 sebulan semasa bekerja sebagai "dispatch boy" disebuah syarikat swasta 3 tahun yang lalu. Ikuti kisahnya dalam link

PJE MOHD SHAFARUL NIZAM BIN MOHD IDRIS

Alhamdulillah hampir kesemua mereka yang hadir diakhir majlis telah mengisi borang sementara beserta wang kit niaga sebanyak RM30.00. Mereka akan dihubungi semula selepas ini. Menurut Dr Khalid, jika nak buat program PBC di UPSI pun boleh tetapi tunggu waktu cuti semester, semua asrama boleh digunakan. Nanti beliau akan uruskan. Semoga usaha beliau bersama pelajarnya itu dimudahkan oleh Allah SWT. Bersama kita doakan. Amin.

PJI Pn Hjh Normah Abd Sattar mempunyai Pusat Agensi HPA di Seksyen 18 Shah Alam atas nama Asiatika Enterprise. Manakala PJM Pn Hjh Norhayati Yunus mempunyai SPA sendiri di Taman Gamelan, Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru atas nama Spa Teja Lawang. Kisah kejayaan PJM Pn Hjh Norhayati Yunus ada saya catatkan dalam link.
/

Tiada ulasan: