Sabtu, Julai 04, 2009

Majlis Kesyukuran Komuniti Rawang

/







Alhamdulillah satu majlis kesyukuran meraikan pengedar di Komuniti Rawang yang telah naik pangkat ke Pengarah Jati dan Herbalis telah diadakan dengan meriahnya di Dewan Seminar Cawangan Rawang pada hari Jumaat mulai jam 8 malam baru-baru ini. Seramai lebih 50 pengedar di kawasan berdekatan dapat menghadirkan diri dengan membawa juadah masing-masing disamping catering yang disediakan oleh Jawatankuasa Komuniti Hpa Rawang.

Diantara pengedar yang diraikan kerana naik pangkat ke Pengarah jati / Pengarah Jati Emas dan Sijil Herbalis pada bulan April, Mei dan Jun ialah:

1. Herbalis PL Puan Sharifah bt Abdul Samad
2. PJ Nor Izah bt Ghazali
3. PJ Zulliah bt Ahmad
4. PJ Maimunah bt Pawanteh
5. PJ Rohana
6. PJ Jamil Othman
7. PJE Mohd Shafarul Nizam Mohd Idris.

Majlis dimulakan dengan Tazkirah ringkas oleh Anggota Panel Syariah HPA Prof Madya Dr Ishak Suliaman selepas solat Isyak berjemaah. Selepas itu taklimat semasa oleh saya selaku Penasihat kepada Komuniti Cawangan Rawang diikuti ucapan ringkas setiap mereka yang diraikan diatas.
/

Tiada ulasan: