Jumaat, Julai 17, 2009

GM Lancarkan Laman Web KPA di Malam Motivasi HPA

/


Alhamdulillah di Malam Motivasi HPA yang diadakan di Dewan Besar Hotel KLIH pd 15 Julai baru-baru ini, Pengurus Besar HPA En Mohd Faisol Abdul Rahman berkenan melancarkan Laman Web baru Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA). Sebelum ini Webblog KPA beralamat www.kpa2u.wordpress.com telah ditukar kepada laman yang lebih besar fungsinya iaitu www.kpa2u.com. Laman Web baru ini insyaAllah akan diselenggarakan oleh 3 moderator iaitu saya sendiri selaku Ketua Unit IT KPA, PJS Hj Ramly Ahmad dan PJS Us Mohd Asri Zakaria. Manakala designer En Fadhil Pengerusi Komuniti Hpa Bandar Baru Bangi.

Seramai 500 pengedar baru dan lama dari Lembah Klang termasuk dari Negeri Sembilan, Melaka dan Tangkak Johor dapat memenuhi dewan utama KLIH untuk mendengar motivasi yang disampaikan oleh GM En Mohd Faisol dan PJM En. Khalid Iskri. PJM Siti Habibah Yusof pula menceritakan kisah suka dukanya 11 tahun bersama HPA. Seorang suri rumahtangga yang mendapat pendapatan lebih RM30,000 sebulan hasil dari perjuangan menegakkan Fardhu Kifayah melalui HPA ini amatlah kita banggakan.

Majlis yang dipengerusikan oleh PJM Rosmandi dan kata-kata aluan oleh Presiden KPA PJM Hafidzan Faudzi mendapat sambutan dengan penuh semangat dari para hadirin. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Top Leader HPA iaitu PJM Cikgu Murad Abu Bakar.

Diakhir majlis, semua barisan penerima Anugerah PJ di Konvek pd 25 Julai nanti juga diperkenalkan dengan memanggil mereka yang mendaftarkan diri seorang demi seorang ke pentas untuk menerima sedikit hadiah dari KPA.. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Panel Syariah HPA Prof Madya Dr Ishak Suliaman yang juga penerima anugerah Pengarah Jati.

Untuk dapatkan berita selanjutnya dan gambar suasana program lagi sila klik http://www.kpa2u.com/malam_motivasi_hpa_09N15.htm.
/

Tiada ulasan: