Ahad, Julai 26, 2009

Presiden KPA dan Isteri Presiden KPU terima anugerah DOTY di KONVEK 09

/
Anugerah Distributor Of The Year atau singkatannya DOTY adalah anugerah tertinggi dalam setiap KONVEK HPA. Penerima anugerah sebelum ini ialah

DOTY 2003: PJS CIKGU MURAD ABU BAKAR
DOTY 2004: PJS KHALID ISKRI DAN PJS SHARIFAH SULAIMAN
DOTY 2005: PJS CIKGU MURAD ABU BAKAR DAN PJS SHARIFAH SULAIMAN
DOTY 2006: PJS SITI HABIBAH YUSOFF DAN PJS CIKGU NAZRI AHMAD
DOTY 2007: PJS USTAZ MOHD ZAHIR GHAZALI DAN PJS SITI ZAWIYAH @ NOOR ZAKIAH
DOTY 2008-2009: PJS HAFIDZAN FAUZI DAN PJS ZAHARAH MAT ZAIN

PJS Hafidzan Fauzi adalah Presiden Kelab Pemimpin AlWahida KPA manakala PJS Zaharah Mat Zain adalah isteri kepada PJS Azizan Ahmad Presiden Kelab Pemimpin Utara KPU.

PJS Hafidzan bersama 3 isteri naik ke pentas memberikan ucapan setelah ditabalkan sebagai Distributor Of The Year 2009.


PJS Zaharah Mat Zain yang dinobatkan sebagai DOTY 2009 bergambar bersama saya dan adik saya PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis yang merupakan downlinenya dari jaringan PJS Siti Zawiyah @ Noor Zakiah dari Kelantan. Kami adik beradik bersama 64 orang lagi pengedar mendapat insentif UMRAH.

DOTY 2009 selain mendapat insentif Haji, mereke diberi sejambak bunga, trofi kristal, plak DOTY, gelang emas 916 dan sijil penghargaan. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada jaringan saya PJS Abdullah Kadir yang banyak menerima anugerah kali ini. Selain daripada dapat insentif Umrah bersama saya, beliau juga mendapat insentif percutian di Langkawi dan penerima anugerah Pengurus Stokis Terbaik disamping menerima hadiah pasti dan menang cabutan bertuah.

PJS Abdullah Kadir atau lebih dikenali sebagai Pakchop bersama isteri Pn Khadijah atau lebih dikenali sebagai Makjah berbangga menerima banyak anugerah pada Konvek kali ini. Semoga selepas ini lebih aktif lagi mengembangkan jaringannya. Pakchop merupakan pejuang gigih sejak menyertai HPA selepas menghadiri KONVEK 2005 di Dewan Perdana Felda.

Seorang lagi jaringan saya iaitu PJE Mohd Shafarul Nizam bin Mohd Idris yang menerima anugerah Insentif Percutian ke Langkawi. Beliau merupakan pejuang gigih sejak menyertai HPA pada tahun 2006. Lebih membanggakan beliau lagi kerana berjaya menjadikan ibu kandungnya sendiri Pn Zulliah Ahmad menjadi Pengarah Jati. Begitu juga ibu angkatnya Pn Maimunah Pawanteh dari Batang Kali juga mendapat anugerah Pengarah Jati.

PJE Mohd Shafarul Nizam Mohd Idris berbangga menerima anugerah Pengarah Jati Emas iaitu pakej percutian ke Langkawi sempena KONVEK 2009.


Pn Zulliah kanan sekali bersama Pn Maimunah Pawanteh kiri sekali dan Ustazah Nor Izah Ghazali isteri kepada Prof Madya Dr Ishak Suliaman yang masing-masing menerima anugerah Pengarah Jati.

Bergambar kenangan diperkarangan MAEPS bersama Cikgu Abu Hasan Morad Pengarah Urusan Galeri Ilmu Sdn Bhd penerbit majalah ANIS dan Us Ahmad Baei Jaafar Editor majalah SOLUSI terbitan Telaga Biru Sdn Bhd yang turut hadir dalam majlis KONVEK 09 di MAEP Serdang.


Tiada ulasan: