Khamis, Disember 31, 2009

KOWAHIDA HPA BHD Keluarkan Zakat Perniagaan di Kelantan

/



/
Hari ini dalam sejarah ! Rombongan 14 Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Kowahida telah mengunjungi YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abd. Aziz b. Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan tepat jam 12.45 tgh pada 30 Disember 2009 di Pejabat Menteri Besar.

Matlamat kehadiran ALK Kowahida adalah untuk menyerahkan pembayaran zakat perniagaan Kowahida kepada kerajaan Negeri Kelantan di bawah PERKIM yang berjumlah RM249,000.00. Tuan Guru telah menerima replika cek zakat tersebut daripada Penerusi Kowahida, En. Mohd. Faisol dan seterusnya menyerahkan kepada Dato' Nik Amar selaku Pengerusi PERKIM Negeri Kelantan.

Menteri Besar amat mengalu-alukan penglibatan HPA dan Kowahida di dalam membangunkan industri produk halal di Kelantan. Malah Tuan Guru telah mencadangkan beberapa produk keperluan yang harus dikembangkan seperti Radix Cereal (berasaskan oat) dan lain-lain. Alhamdulillah, Tuan Guru adalah pengamal Kopi Radix dan Radix Cereal.

Sejurus sahaja penyerahan mock up check tersebut, Tuan Guru telah membacakan doa semoga Allah melimpahkan keberkatan dalam perniagaan HPA dan Kowahida termasuk kesejahteraan ummah. Sesi terakhir, wartawan akhbar tempatan telah menemuramah En. Mohd. Faisol berkaitan Kowahida dan bergambar beramai-ramai bersama Tok Guru !

Sumber blog groupsahabatnetwork
/


Rabu, Disember 30, 2009

KONSERT HPA RAIHAN - "Malam Satu Mimpi"

/

/
Beli mana-mana minuman bikarbonat diatas sebanyak 36 botol dalam satu invois untuk mendapatkan 1 kopon masuk percuma ke konsert HPA RAIHAN dimana-mana pertunjukan di 5 tempat seluruh Malaysia.


Persembahan konsert HPA Raihan yang dikenali sebagai "Malam satu Mimpi" akan diadakan tidak lama lagi. Tiket-tiket akan dijual dengan harga rm30 dan boleh dibeli di cawangan-cawangan HPA mulai 15 januari 2010. Malam satu Mimpi (MSM) mengajak seluruh ahli HPA ataupun bukan ahli bagi menikmati persembahan nasyid dari kumpulan Raihan dan pembacaan puisi-puisi HPA bagi tujuan mengumpul dana untuk "Tabung kemanusiaan Palestin".

Tiket masuk juga boleh diperolehi dengan membeli 36 botol minuman air berkabonat HPA spt cola Radix botol besar. (dalam satu invoice) dan akan mendapat 1 kupon masuk percuma. Pembelian tidak ada had dan bermula pada 1 januari hingga akhir Februari.

Persembahan ini akan dibuat di lima zon (utara,tengah,selatan,timur dan Borneo) pada masa yang akan di tentukan nanti . Disamping itu pehak AWM juga menyediakan cabutan-cabutan bertuah pada malam tersebut. InsyaAllah.
/

Jumaat, Disember 25, 2009

Restoran RFC Cawangan Melaka di Mydin Mall


Restoran RFC Cawangan Melaka (Mydin Mall)

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Sumber gambar: http://groupsahabatnetwork.blogspot.com/

Berita baik untuk rakyat Melaka. Restoran RFC ke-5 telah dibuka di Mydin Mall, Melaka dan telah dirasmi pada 24 Disember 2009 oleh Pengarah Urusan HPA sendiri.

1. RFC Lagenda – Sungai Petani
2. RFC Shahab Perdana – Alor Setar
3. RFC Laguna – Sungai Petani
4. RFC Kluang – Johor
5. RFC Mydin Mall – Melaka.

Menurut Tuan Haji Ismail, walaupun pembukaan ini tidak dilakukan secara besar besaran tetapi RFC ini merupakan RFC tercantik sehingga kini menurut pandangan beberapa orang pemerhati. InsyaAllah akan menyusul segera 4 lokasi baru yang akan di beritahu kelak.

Khabarnya lokasi lain tersebut ialah Shah Alam, Ampang, Kuala Terengganu dan Kubang Kerian. Sama-sama kita nantikan.


Khamis, Disember 17, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431.

/

Esok 18 Disember 2009 bersamaan dengan 1 Muharam 1431H.

Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk
kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut. Jadikan motto hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya …inilah yang dituntut oleh Islam!!!.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Jelas Ibni Abbas lagi,
“Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu”.

Doa itu bermaksud,

” Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia”.

Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu. Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.

Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,

“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431.


Rabu, Disember 16, 2009

2010 - Menguasai Pasaran Herba Di dunia.

Dari blog jawiMedHerb:

Keistimewaan Herba HPA


Produk-produk herba yang dikeluarkan dari oleh HPA mempunyai keistimewaannya dibandingkan dengan herba-herba yang lain. Disini saya senaraikan 10 keistimewaannya iaitu:-

1. Ia adalah resepi yang telah diperturunkan dari satu generasi kesatu generasi.

2. Pengalamannya dalam penyembuhan pelbagai jenis penyakit telah diakui.

3. Mempunyai kaedah sinergi yang berkesan.

4. Herbanya datang dari penanaman organik atau herba hutan asli.

5. Tidak mendatang kesan sampingan jika tersalah pengambilan.

6. Produk yang banyak mengikut kesesuaian pesakit.

7. Di bantu dengan gabungan alamiah dan ilahiah.

8. Dwifungsi iaitu untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

9. Herba-herba tempatan (hutan hujan Tropika)yang mengandungi khasiat ubatan yang tinggi.

10. Murah dan sudah pasti halalnya.

HPA sudah mengeluar dan memasarkan lebih 250 produk berasaskan herba yang dapat dikategorikan seperti :

1. Produk Perawatan Penyakit

perawatan_smallPelbagai produk ubatan herba semulajadi yang dipelihara keaslian dan bebas dari bahan kimia sintetik, untuk perawatan pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit organ utama seperti jantung, paru-paru, ginjal, hati, otak, usus dan lain-lain. Semua ubat herba HPA mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia, mendapat status GMP sejak 1997 dan amat murah serta diakui berkesan merawat pelbagai penyakit.


2. Produk Keperluan Hariankeperluanharian_small

Seperti ubat gigi, berus gigi, bedak, shampoo, sabun mandi, sabun basuh, minyak rambut dan sebagainya. Semua produk ini adalah berasaskansumber semulajadi tanpa penggunaan bahan kimia sintetik dan bahan-bahan yang haram disisi syarak serta dipelihara daripada bahan yang syubahah.


3. Produk Makanan & Minuman

makanandanminuman_smallProduk makanan dan minuman harian untuk kesihatan seperti kopi radix dengan khasiat 7 herba yang cukup terkenal, radix koko, pelbagai jenis teh, air berkarbonat, krismis, madu, biskut, kordial aiskrim, ayam organik, daging organik dan sebagainya. Produk HPA ini terpilihara daripada penggunaan kimia sintetik dan bahan-bahan yang haram. Ianya berasaskan konsepJadikanlah makanan sebagai ubatmu dan ubat sebagai makananmu”.


4. Produk Kosmetik & Kecantikankosmetik_small

Produk kosmetik HPA (Centella White) dihasilkan menggunakan 100% sumber semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia sintetik dan bahan yang haram serta syubahah. Produk kosmetik berasaskan pegaga ini dihasilkan melalui penyelidikan (R&D) dengan SIRIM.

Ciri-ciri Produk HPA

  • Dikilangkan mengikut standard "Good Manufacturing Practice" (GMP).

  • Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)

  • dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

  • Menggunakan 100% herba.

  • Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

  • Tidak mengandungi Steroid.

  • Melepasi ujian had kandungan logam berat.

  • Melepasi ujian had Mikrob.

  • Melepasi ujian had kecairan.

  • Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.

  • Gunakan tanpa was-was.

ciri-c2


Katalog Produk-produk HPA:


perawatan_small
keperluanharian_small
makanandanminuman_small
kosmetik_small

Senarai Penuh Produk HPA yang Terkini boleh dilihat di blog MIS HPA disini:http://departmentinformationsystem.blogspot.com/

Dan anda boleh mendownload file ini dalam format MS Excel di sini:http://hpa.com.my/buy_online/downloadproduk.xls


Selasa, Disember 15, 2009

KING SALAMON OIL SOFTGEL HPA mengembalikan paras kolestrol ketahap normal

/

HPA mengeluarkan produk terbaru iaitu KING SALAMON OIL-OMEGA GOLD.
Antara khasiat nya adalah menurunkan paras kolestrol yang tinggi dalam badan. Juga terbukti dapat melancarkan perjalanan darah & mengembalikan paras kolestrol ke tahap normal.
Ia juga sesuai untuk mereka yang mengadapi masaalah darah tinggi,diabetis, ghout & reumatik...


KANDUNGAN NYA…

• Mengandungi omega 3, 6 dan 9
• Omega 3 dan 6 tidak dikeluarkan oleh tubuh badan.
• Omega 9 boleh diproduksi oleh tubuh badan dari gula dan kanji.

Apa itu OMEGA 3???

• Omega 3 bagus utk ibu menyusu, ibu mengandung membantu perkembangan otak janin dan bayi,Arthiritis, depression dan penyakit kulit.
• mengandungi EPA dan DHA

• EPA (Eicosa Pentaenoic Acid) dapat mencegah :
• 1. Kanser
• 2. Trombosit (pembekuan darah)
• 3. Atheroskerosis (pembekuan lemak dalam darah)
• 4. Kadar kolestrol yang berlebihan
• 5. Plasma lipid yang berlebihan
• 6. Penyakit jantung
• 7. Stress yang berlebihan
• 8. Tekanan darah tinggi
• 9.Kencing manis

DHA???
DHA (Docosa Hexaenoic Acid) berfungsi membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan.
• Mencegah radang sendi (rheumatoid arthristis)
• 2. Mencegah asma
• 3. Meningkatkan daya seks kesuburan
• 4. Mencegah kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat
• 5. Mencegah penyakit kulit
• 6. Mencegah migran, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan

KAJIAN DI UK MENDAPATI EPA BERKESAN DALAM MEMBANTU…
• Clinical Depression (kemurungan)
• Bipolar Disorder (tekanan/kemurungan)
• Schizophrenia (mental)
• Post Natal Depression (meroyan)
• Pre-menstrual Tension
• Obsessive Compulsive Disorder
• Alzheimer’s disease and other forms of dementia
• Dyslexia (masalah pembelajaran)


Kemurungan adalah reaksi normal kepada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kekhuatiran yang berturut-turut mungkin disebabkan disorder kebimbangan. Gangguan kerisauan boleh membuat hidup sengsara. Kebanyakan kemurungan kebimbangan dapat dirawat dengan kejayaan, biasanya melalui bantuan campuran dari kaunseling dan ubat-ubat.
Gangguan kemurungan sangat umum, dengan satu dalam 10 orang mengalami sakitan ini pada suatu masa dalam hidup mereka.

Gejala-gejala nya
• Kebimbangan boleh menjejaskan berlainan orang dengan berlainan cara:
• Kesusahan bertidur
• Debaran jantung yang sangat cepat
• Bergetaran, kepeningan
• Kesusahan bernafas.
• Merasa rengsa, tidak senang, tidak dapat rehat atau tiada kawalan
• Tidak dapat memikir dengan jelas atau berkonsentrasi
• muntah-muntah
• Merasa tercekek atau bengkak dalam kerongkong
• Berpeluh
• Pening kepala
• Otot tegang (panas baran,cepatmarah,emosi)
• Mudah merasa pengsan

BIPOLA DISORDER???
• Salah satu penyakit mental yang akan menyerang pesakit secara tiba-tiba yang disebabkan oleh tekanan/kemurungan.
• Kes terbaru terjadi kepada penyanyi & komposer terkenal YASSIN (BROTHERS)
• Pesakit juga kadang kala mengalami MANIC (berkenaan dirasuk sawan gila)
• BIPOLA DISORDER terjadi apabila 2simptom (MANIC + DEPRESSION) bergabung menjadi satu.

DYSLEXIA???
Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

CIRI-CIRI PENGHIDAPNYA…
• Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
• Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
• Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
• Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
• Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
• Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
• Sering berlaku di kalangan lelaki.
• Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
• Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Di UK pada thn 2002 di lebih 100 buah sekolah rendah dimana pelajar-palajar mengalami masalah DYSLEXIA.
Setiap pelajar diberi minyak ikan tinggi dengan EPA (SALMON OIL OMEGA-GOLD), dalam 3bulan sahaja pelajar menunjukan perkembangan positif dari segi membaca,mengeja & perangai mereka juga peningkatan dalam akademik pelajaran mereka.

Schizophrenia???
Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.
Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.
Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

Post Natal Depression???(meroyan – wanita)
Meroyan atau rayan (juga dikenali dikalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression - PPD) merupakan satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadang kala lelaki, selepas melahirkan anak. Kajian menunjukkan kadar berlaku dikalangan wanita antara 5% hingga 25%, tetapi perbezaan metodologi antara kajian menjadikan kadar berlaku sebenar tidak jelas.[
Asid lemak Omega-3: Sesetengah pakar percaya bahawa kemurungan postpartum boleh dikatakan disebabkan kekurangan asid lemak omega-3 dari otak ibu bagi membantu pembentukan otak fetus atau anak menyusu. Ini boleh dielakkan dengan memastiian bekalan asid lemak omega 3 yang mencukupi dalam diet si ibu.[13] Sumber asid lemak omega 3 semulajadi yang baik termasuk minyak linseed boleh dimakan, sestengah ikan, daging haiwan ragut dan bukannya memakan bijirin, dan telor dari ayam yang diberi makan biji benih flax atau permakanan lain yang tinggi dengan lemak omega 3. Omega 3 juga boleh dibeli dalam bentuk kapsul sebagai permakanan tambahan.

OMEGA 6
• Anti inflammatory (peradangan sendi)
• baik utk wanita sebelum haid
• baik utk kulit, kuku dan rambut.
• kombinasi omega 3 & 6 sgt penting utk kesihatan tubuh badan
• Membantu metabolisma gula di dalam darah
• menurunkan kolesterol
• penyakit Autisme

DENGAN PENERANGAN INI,DAPAT LAH KITA BERKONGSI KHASIAT SALMON OIL OMEGA-GOLD YANG SUDAH LAMA DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT DIBARAT (UK) SEJAK DARI PERINGKAT IBU MENGANDUNG (FETUS).JIKA DINILAI DENGAN HARGANYA RM80 (60BIJI).BEGITU KECIL KERANA KESIHATAN KITA (ANAK2 & KELUARGA) LEBIH BERERTI.
SELAMAT MENCUBA….





Isnin, Disember 14, 2009

Rebut Peluang Melancung ke Pulau Makasar dalam Insentif KONVEK 2010

/


Insentif Ta'awun 2010 sempena Konvensyen Nasional HPA (KONVEK)

Syarat mudah ;

1. Anda mendapat status Pengarah Jati (PJ) atau ke atas dalam tempoh mulai Disember 2009 - Sept 2010 (10 bulan)

2. Anda berjaya mendapat bonus RM1000.00 ( tidak termasuk bonus agen
stok) hanya sekali dalam tempoh 10 bulan tersebut.

3. Anda hanya perlu membuat belian peribadi 300 NM sebulan atau akumulatif
3000 NM dalam 10 bulan tersebut.

4. Jualan syarikat mencapai 20 juta sebulan sebelum September 2010.


MAKA ANDA LAYAK :



1. Ke PULAU MAKASSAR 5 HARI 4 MALAM !


2. Hadiah pasti RM500 saham KOWAHIDA


3. Berpeluang dapat hadiah cabutan bertuah
130 barangan elektrik.

GEMPUR PBC.....
////////////////////

Selasa, Disember 08, 2009

PU umumkan Insentif KONVEK HPA 2010

/


Insentif Ta’awun 2010

Pemulaan bulan insentif: Dis 2009
Penamat bulan insentif: Sept 2010

MATLAMAT
• Memudahkan pengedar memahami dan mengejar sasaran tersebut
• Mengaktifkan PBC dan memastikan upline melakukan proses pembinaan jaringan
• Menuju kearah pencapaian jualan RM 20juta (Malaysia Sahaja)

SYARAT
• HPA Mencapai jualan RM 20 juta (Malaysia Sahaja )
• Bagi semua kategori

JANGKAAN TARIKH KONVEK
• Disember 2010
• Lokasi akan diumumkan kemudian

INSENTIF

Katagori Pertama

• Terbuka kepada semua pengedar HPA yang berdaftar di Malaysia.
• Melakukan minima nilai mata peribadi 200NM selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 2000NM hingga 2999.99 NM akumulatif.
Atau
• Melakukan minima nilai mata peribadi 300 keatas selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 3000NM akumulatif
• Bagi yang baru mendaftar sebagai pengedar juga dimestikan melakukan jumlah akumulasi sebanyak yang disyaratkan.

Hadiah pasti adalah

1) 200-299 nm atau akumulasi 2000-2999.99 – pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah
RM300 .00
2) 300 keatas atau akumulasi 3000 dan keatas - pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM 500.00

Hadiah cabutan bertuah- 100 unit barangan elektrik –jenis pensonic

Grand Prize - 30 unit air Cooler atau yang setaraf yang bernilai RM1000.00

Kategori Kedua

• Terbuka kepada PB hingga ke Pengarah Meranti (status mulai Dis 2009)
• Melakukan maintain 300NM atau akumulasi 3000NM
• Mencapai pangkat Pengarah Jati ke Atas dalam tempoh bulan Insentif dan mesti mencapai bonus RM1000.00 semasa pangkat Pengarah Jati ke Atas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok).

Insentif merupakan pakej melancong ke Indonesia (Pulau percutian Makasar) selama 5 hari 4 malam untuk seorang atau pakej yang setaraf dengannya.

Top 20 Bonus tertinggi untuk kategori ini akan menerima pekej percutian ke Indonesia(Pulau Percutian Makasar) untuk 2 orang selama 5 hari 4 malam atau pakej yang setaraf dengannya.

Kategori Ketiga

• Terbuka kepada Pengarah Jati dan keatas
• Melakukan maintain 350 NM atau akumulasi 3500NM
• Membina PJ di mana-mana aras selagi belum bertemu PJ dalam bulan Insentif.(dis 09 – sept 2010)
• PJ yang dibina mesti mencapai bonus minima RM1000(Malaysia) dan Rp3juta(Indoneisa) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok)
• PJ yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya daripada 2 rangkaian yang berbeza

Insentif yang ditawarkan adalah bagi pencapaian mengikut kategori seperti berikut

Mencapai 2 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (seorang)
Mencapai 3 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (berdua)
Mencapai 4 Pengarah Jati : Umrah (seorang)
Mencapai 5 Pemgarah Jati : Umrah (berdua)
Mencapai 6 Pengarah Jati dan keatas : Haji (seorang)

Katagori Keempat

• Melakukan maintain 200 atau akumulasi 2000 NM
• Pengiraan bonus adalah di jumlahkan kepada purata perbulan.

1. Top 1 hingga 30 Bonus Tertinggi Malaysia(tidak termasuk bonus jualan stok) – nilaian hadiah RM 60 ribu .
2. Top 31 hingga 60 bonus tertinggi Malaysia (tidak termasuk bonus jualan stok) - nilaian hadiah RM 40 ribu



PASTIKAN SEMUA BERPELUANG UNTUK MENIKMATI INSENTIF YANG LUAR BIASA.

GEMPUR RADIX

/

Isnin, Disember 07, 2009

MADU DAN HERBA DIURETIK BAIK UNTUK RHEUMATOID ARTHRITIS DAN OSTEOARTHRITIS

/
Madu Ardisia ialah Madu Asli yang telah disenergikan dengan produk Ardisia. Kandungan utama Ardisia ialah Pokok Mata Pelanduk yang bersifat Diuretik dan mengeluarkan asid urik melalui air kencing.

Jari jemari
yang terasa sengal rasa selesa apabila dilipat untuk “dipatah-patahkan” (atau biasa digelar “mematahkan jari”). Bunyi letupan yang kedengaran bukannya bunyi jari atau sendi yang patah atau terselaras, tetapi bunyi gas yang terkumpul dan meletup kerana tersingkir melalui geseran semasa jari dipatahkan.

Amalan mematahkan jari seperti ini tidak digalakkan kerana gas yang terdapat di dalam sendi jari adalah sangat penting untuk mengimbangi kehadiran urik asid di situ. Malah sebenarnya apabila urik asid terkumpul pada sendiri jari, maka gas akan terbentuk bertujuan menukar bentuk urik asid kepada bentuk gas untuk dineutralkan atau diproses untuk disingkirkan dari tubuh.

Tindakan mematahkannya akan menyebabkan gas tersebut terkeluar dan proses meneutralkan urik asid pada sendi tidak terjadi.

Selain sendi jari, hampir keseluruhan sendi pada tubuh boleh menghasilkan bunyi apabila dilipatkan dengan niat hendak mematahkan atau membunyikannya. Antaranya siku, bahu, pinggul dan lutut. Sengaja melakukan perbuatan “mematahkan” ini lama kelamaan akan menyebabkan ia akan berterusan berbunyi setiap kali sendi digerakkan walaupun sedikit. Pekara ini biasa terjadi di sendi-sendi utama seperti lutut dan siku.

Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid Arthritis terjadi apabila urik asid telah menghakis dan memusnahkan tisu-tisu pada dinding rawan pada sendi jari. Mereka yang mengalami masalah sendi selalu berbunyi apabila digerakkan atau sengaja mematah-matahkan sendi (seperti jari) menunjukkan tanda-tanda awal masalah kelemahan pada organ tulang atau simptom Rheumatoid Arthritis.

Rheumatoid Arthritis

Osteoarthritis

Tulang yang kuat boleh mengikat mineral untuk perkembangan tisu dan pertumbuhan tulang. Osteoarthritis terjadi apabila rawan pada sendi tulang terhakis akibat kelemahan tenaga pada tulang yang gagal mengikat mineral untuk membentuk tisu baru rawan sendi.

Osteoarthritis

Rawatan Tulang

Tulang memainkan peranan menyerap dan meneutralkan urik asid yang berlebihan. Kehadiran urik asid yang tinggi akan melemahkan fungsi tulang ini. Tulang yang bertenaga akan mudah untuk mengikat mineral terutama pottasium dan kalsium untuk membentuk tisu rawatan dan tulang. Tulang yang kuat akan mudah mengawal kehadiran urik asid dan mengelakkannya daripada mudah terhakis oleh urik asid.

Dalam kaedah Rawatan holistik HPA terdapat banyak set untuk sihat ceriakan sendi dan tulang...Kopi RADIX amat baik untuk permulaan rawatan ini serta di dapatkan set GOUT di cawangan HPA berhampiran....pasti teruja pesakit kearah pulih kesihataan nya...

Oleh itu, tidak kira walau seteruk mana keadaan masalah tulang seperti Rheumatoid Arthritis dan Osteoarthritis, selagi sekiranya tulang boleh dipertenagakan semula, insya Allah ia masih ada harapan untuk sembuh.

Kita juga sering terlupa bahawa ginjal merupakan salah satu organ yang penting dalam penjagaan kesihatan. Lihat sahaja kepada mereka yang menggunakan mesin hemodilisis terpaksa tidur menghabiskan masa 4 jam untuk sekali proses rawatan. Jika seminggu 3 kali bererti sepanjang hidupnya terpaksa menghabiskan 12 jam berbaring dalam keadaan suka ataupun tidak. Jadi tidak salah jika HPA ingin mengemukakan beberapa jenis herba yang telah terbukti keberkesanannya pada mereka yang tergantung hidup dengan mesin selama ini.



Kapsul Malac dibuka (3 X 3) dan dimasukan kedalam gelas yang mengandungi air panas. Kacau hinggga ia benar-benar larut dan tunggu hingga berlaku mendapan hampas di bawah gelas. Ambil airnya sahaja(hampas ditinggalkan) dan campur dengan madu lebah 1 sudu teh kecil. Minum 3 kali sehari'. Jangan lupa lakukan bekam di titik ginjal (kedua belah)dan di titik tengah tulang c 7. InsyaAllah dalam masa terdekat kekerapan melakukan hemodilisis akan semakin berkurangan.

HPA juga mengeluarkan Madu berherba lain seperti Madu Paramaria, Madu Coscinium, Madu Radix dan Madu Plantisol

Sumber: www.jawimedherb.blogspot.com dan www.sobhi.blogspot.com
/

Jumaat, Disember 04, 2009

3 DISEMBER.. Selamat Hari OKU


Orang Kurang Upaya(OKU) sesungguhnya memerlukan pengiktarafan dari semua pihak. Golongan ini mempunyai hari nya tersendiri iaitu pada setiap 3 Disember setiap tahun. Oleh itu saya dan seluruh warga HPA mengucapkan Selamat Hari OKU kepada golongan tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan bahawa 10 peratus daripada penduduk setiap negara ialah OKU.


Di Malaysia sendiri dianggarkan terdapat seramai 2.6 juta OKU.

Sementara itu, statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mencatatkan negara ini mempunyai 197,519 OKU yang berdaftar dengan mereka sehingga akhir tahun 2006. Ini termasuklah seramai 18,258 cacat penglihatan, 29,522 cacat pendengaran, 66,250 cacat anggota, 887 (cerebral palsy) dan 76,619 menghadapi masalah pembelajaran. Lain-lain jenis kekurangan upaya yang dicatatkan ialah seramai 5,983.




Selasa, Disember 01, 2009

Jadual PBC bulan DIS'09 di Zon Tengah

/
Berikut disiarkan jadual Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang berada dalam zon tengah dan selatan. Diharap semua leader HPA dapat menghubungi pengarah PBC yang tertera dibawah untuk mendaftarkan peserta dibawah jaringan masing-masing.

5-6 Disember 2009

1. Hotel Residence, Uniten, Bangi: RM 180: PJS Fatin (013-3962550)

2. Puteri Resort, Melaka : RM 150 : PJS Fauziah (013 6317154)

3. Hotel SeaView, Balok Kuantan : RM 150: PJS Zainal (019 2886641)

4. Hotel Allson Kelana, Nilai : RM 170 : PJS Habibah (019 6685083)

5. Ayer Keroh Country Resort, Melaka : RM 150 : PJS Habibah (019 6685083)


12-13 Disember 2009

1. Hotel Sri Malaysia, Ipoh Perak : RM 150 : PJS Khalilah Wong (019 4288416)/PJ Cg Sani- 013 6641872)

2. Hotel Sri Impian Jasin, Melaka : RM 140 : PJS Zahirah (013 6137313)

3. Hotel Adamson, Kuala Lumpur (Sebelah KLIH) : RM 160 : PJS Juita (016 6525380)

4. Teluk Batek Resort, Lumut Perak: RM150 : PJS Hj. Jamaluddin Md Noor


19-20 Disember 2009

1. Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya Selangor: RM180: PJS Syed Ageel (013-4882778)


26-27 Disember 2009

1. Kem Bina Taqwa, Banting, Selangor: RM150 : PJS Us. Asri (019-2398620) / PJS Us. Safuan Pamidi (019-6002996)

2. Gunung Ledang Resort, Tangkak : RM 170: PJS Rosjulila (013 6820068)


/

Ahad, November 29, 2009

Minuman Roselle untuk menguatkan imuniti tubuh.

/

Roselle
adalah sejenis tumbuhan dari spesis bunga raya atau dikenali dengan nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa. Di Malaysia tumbuhan ini dikenali dengan nama "Asam Paya" dan di negara-negara barat ia dikenali dengan nama "Florida cranberry". Di negara-negara arab pula tumbuhan ini sangat terkenal dan digunakan sebagai pemakanan harian dan dikenali dengan nama "Karkadeh".

Mengikut kajian yang telah dibuat, Roselle secara semulajadinya mengandungi Asid Hidroksi Citrik (HCA). Bahan aktif ini bertindak bertindak melalui 2 cara:

1. Merencatkan pembentukan lemak baru.
2. Meningkatkan kadar penghasilan hormon serotonin yang akan merangsang sel T mengeluarkan hormon melatonin iaitu hormon keceriaan untuk mendapatkan deep sleeping.

Roselle juga mempunyai kandungan mineral, vitamin C (L-Ascorbic acid) dan antioksidan. Antara bahan antioksidan yang banyak terdapat dalam roselle ialah "Anthocyanins" sebagai agen anti penuaan dengan mengawal dan menyingkirkan zarah radikal bebas dari badan. Antioksidan ini juga bertindak memperkukuhkan ketahanan sel, membantu merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang dirosakkan zarah radikal bebas itu.


Minuman Roselle HPA merupakan penyediaan roselle dalam bentuk uncang teh. Setiap uncang mengandungi 2gm kelopak halus (calyx) bunga roselle. Penyediaan produk dalam bentuk uncang teh adalah lebih alami dan juga membolehkan pengguna mengawal sendiri jumlah pengambilan gula atau menggantikannya dengan madu asli HPA.

Penghasilan produk ini adalah melalui proses yang terkini. Pengeringan kelopak roselle dilakukan dengan dua peringkat. Pertama ia dikeringkan secara semulajadi (penjemuran) dan kemudiannya dikeringkan melalui mesin pengeringan dalam tempoh waktu dan suhu yang terkawal. Ini memastikan kualitinya terjamin. Kemudian proses pembungkusan ke dalam uncang dan bungkusan siap dilakukan dikilang yang bertaraf GMP sekaligus menjanjikan produk ini selamat, bersih dan berkualiti.

1 kotak mengandungi 35 uncang
Harga pengguna RM20.00
Harga pengedar RM16.00 dengan 7NM.

Jadikanlah ia sebagai minuman rasmi di rumah. InsyaAllah ianya dapat menguatkan DAYA KETAHANAN TUBUH dari serangan RADIKAL BEBAS.
/


Isnin, November 23, 2009

Minuman ALG untuk mereka yang alahan.


alg

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 7

Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkenaan Minuman ALG

Minuman ALG

Minuman ALG merupakan salah satu produk herba dalam bentuk uncang (sachet) teh . Ia dibuat 100 peratus dari daun kaca beling matang Nama saintifiknya ialah Strobilanthes crispa.. Selain digunakan untuk tujuan melawaskan kencing, darah tinggi, gout dan batu karang, HPA menggunakan teh ALG untuk tujuan anti kanser atau anti ketumbuhan serta resdung yang serius. Herba ini merupakan herba diuretic yang akan membanyakan pembuangan air kecil.


Manafaat daripada Minuman ALG ialah:

1. Resdung/sinusitis

2. Darah tinggi

3. Pecah batu karang

4. demam

5. Sakit sendi.

5. Mengecilkan ketumbuhan.

Jika produk coscinium mungkin agak panas kepada sesetengah orang berbeza dengan minuman ALG yang bersifat dingin. Dalam penggunaan harian ada juga masyarakat yang menggunakan herba ini untuk demam panas. Apapun ALG sangat baik digunakan sebagai minuman harian untuk kesihatan.

Pelbagai khasiat daun pecah beling Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae)

Merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu.

Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik. Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia.

Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik. Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah.

Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol). Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan.

Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan agen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati. Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas.

Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap. Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level).

Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal. Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis.

Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi. Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.

Artikel oleh: Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar. Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.
~Nor



Selasa, November 10, 2009

Persembahan Raihan dalam KPJ di Hotel DePalma Ampang

/

4 orang anggota Raihan sedang mendendangkan lagu Puji Pujian dan Allah Hu sebelum kuliah bermula.

Tn. Hj Ismail bersama barisan PJS KPA khusyuk mendengar senikata yang didendangkan oleh Kumpulan Raihan.

Peserta Muslimah juga memenuhi dewan semasa Kuliah Perubatan Jawi

Kuliah Perubatan Jawi yang disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail Ahmad di Hotel De Palma Ampang baru baru ini diserikan dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Raihan. Mereka membuka majlis dengan lagu pertama dari album pertama Puji pujian dan lagu yang popular mereka dendangkan di luar negara terutamanya di negara Eropah iaitu lagu Allah Hu. Selepas kuliah sekali lagi mereka mengalunkan nasyid "Thank you Allah".
Bergambar selepas progrem berakhir jam 11.30 malam.

Kumpulan Raihan kini telahpun menyertai HPA atas nama HPA Raihan. HPA Raihan akan bergerak seiringan dengan HPA selepas ini dalam perjuangan memertabatkan produk halal yang menjadi tanggungjawab kita bersama. InsyaAllah. Menurut salah seorang anggota kumpulan itu En. Cik Amran yang berasal dari Kelantan, mereka akan bergerak bersama HPA ke seluruh dunia untuk mempromosikan perniagaan halal yang diasaskan oleh Tn Hj Ismail. Semua anggota kumpulan Raihan termasuk pengurusnya En Mubin merupakan kenalan lama saya sejak mereka menubuhkan kumpulan Raihan pada 1997 lagi. Alhamdulillah kini mereka bersama saya semula dalam HPA. Barakallah.. Segala pujian hanya untuk Allah...
/

Khamis, November 05, 2009

JADUAL PBC NOVEMBER DI WILAYAH TENGAH HPA


Tarikh : 07-08 Nov

Hotel Residence, Uniten, Bangi
RM 180
PJS Fatin (013-3962550)

Hotel De Palma, Ampang
RM180
PJS Zainal (019-2886641)

Puteri Resort, Melaka
RM150
PJS Fauziah (013-6317154)

Masjid Al-Ghufran, TTDI
RM150
PJS Jamaluddin (013-9812655)

Tarikh : 14- 15 Nov

Wisma MAIS, Shah Alam
RM150
PJS Habshah (019-3337245)

Rumah Rehat, Grik
RM160
PJS Abdullah (012-6849263)

Allson Kelana, Nilai
RM170
PJS Habibah (019-6685083)

Hai Resort Sabak Bernam
RM150
PJS Hj Marjuni (019-3835008)

Tarikh : 21- 22 Nov

Kem Bina Taqwa, Banting
RM150
PJS Ust. Asri (019-2398620)

Pusat Dakwah Islam Paroi Negeri Sembilan
RM130
Puan Aishah (0196694760)
Hj Saaid (013-2066505)
Prof Madya Dr Ishak Suliaman (013-3699787)
PJS Hafidzan Faudzi (013-2082550)

Tarikh : 28-29 Nov

Gunung Ledang Resort, Tangkak
RM170
PJS Rosjulila (013-6820068)

/