Khamis, Disember 31, 2009

KOWAHIDA HPA BHD Keluarkan Zakat Perniagaan di Kelantan

/



/
Hari ini dalam sejarah ! Rombongan 14 Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Kowahida telah mengunjungi YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abd. Aziz b. Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan tepat jam 12.45 tgh pada 30 Disember 2009 di Pejabat Menteri Besar.

Matlamat kehadiran ALK Kowahida adalah untuk menyerahkan pembayaran zakat perniagaan Kowahida kepada kerajaan Negeri Kelantan di bawah PERKIM yang berjumlah RM249,000.00. Tuan Guru telah menerima replika cek zakat tersebut daripada Penerusi Kowahida, En. Mohd. Faisol dan seterusnya menyerahkan kepada Dato' Nik Amar selaku Pengerusi PERKIM Negeri Kelantan.

Menteri Besar amat mengalu-alukan penglibatan HPA dan Kowahida di dalam membangunkan industri produk halal di Kelantan. Malah Tuan Guru telah mencadangkan beberapa produk keperluan yang harus dikembangkan seperti Radix Cereal (berasaskan oat) dan lain-lain. Alhamdulillah, Tuan Guru adalah pengamal Kopi Radix dan Radix Cereal.

Sejurus sahaja penyerahan mock up check tersebut, Tuan Guru telah membacakan doa semoga Allah melimpahkan keberkatan dalam perniagaan HPA dan Kowahida termasuk kesejahteraan ummah. Sesi terakhir, wartawan akhbar tempatan telah menemuramah En. Mohd. Faisol berkaitan Kowahida dan bergambar beramai-ramai bersama Tok Guru !

Sumber blog groupsahabatnetwork
/


Tiada ulasan: