Jumaat, Disember 04, 2009

3 DISEMBER.. Selamat Hari OKU


Orang Kurang Upaya(OKU) sesungguhnya memerlukan pengiktarafan dari semua pihak. Golongan ini mempunyai hari nya tersendiri iaitu pada setiap 3 Disember setiap tahun. Oleh itu saya dan seluruh warga HPA mengucapkan Selamat Hari OKU kepada golongan tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan bahawa 10 peratus daripada penduduk setiap negara ialah OKU.


Di Malaysia sendiri dianggarkan terdapat seramai 2.6 juta OKU.

Sementara itu, statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mencatatkan negara ini mempunyai 197,519 OKU yang berdaftar dengan mereka sehingga akhir tahun 2006. Ini termasuklah seramai 18,258 cacat penglihatan, 29,522 cacat pendengaran, 66,250 cacat anggota, 887 (cerebral palsy) dan 76,619 menghadapi masalah pembelajaran. Lain-lain jenis kekurangan upaya yang dicatatkan ialah seramai 5,983.




Tiada ulasan: