Isnin, Disember 14, 2009

Rebut Peluang Melancung ke Pulau Makasar dalam Insentif KONVEK 2010

/


Insentif Ta'awun 2010 sempena Konvensyen Nasional HPA (KONVEK)

Syarat mudah ;

1. Anda mendapat status Pengarah Jati (PJ) atau ke atas dalam tempoh mulai Disember 2009 - Sept 2010 (10 bulan)

2. Anda berjaya mendapat bonus RM1000.00 ( tidak termasuk bonus agen
stok) hanya sekali dalam tempoh 10 bulan tersebut.

3. Anda hanya perlu membuat belian peribadi 300 NM sebulan atau akumulatif
3000 NM dalam 10 bulan tersebut.

4. Jualan syarikat mencapai 20 juta sebulan sebelum September 2010.


MAKA ANDA LAYAK :



1. Ke PULAU MAKASSAR 5 HARI 4 MALAM !


2. Hadiah pasti RM500 saham KOWAHIDA


3. Berpeluang dapat hadiah cabutan bertuah
130 barangan elektrik.

GEMPUR PBC.....
////////////////////

1 ulasan:

Insentif berkata...

Assalamualaikum ...

Saya ada beberapa pertanyaan mengenai Insentif 2010 yang diumumkan PU ini. Serba salah nak tanya tapi atas dasar perlunya penjelasan maka saya perlu juga bertanya.

1) Apa pendapat Panel Syariah HPA terhadap Insentif 2010 yang diumumkan tersebut? Bukankah apabila ianya diumumkan, ahli akan berlumba-lumba meningkatkan pembelian untuk maintain dan akhirnya berlaku lambakan produk di rumah. Takut ada yang beli produk hanya semata-mata untuk mengejar insentif yang ditawarkan. Walaupun produk yang berlambak itu boleh dimanfaatkan samada dijual, dimakan sendiri atau sebagainya, hakikatnya ahli membeli bukan untuk produk tetapi untuk INSENTIF.

2) Bukankah di dalam plan pemasaran HPA ada menyentuh tentang TIADA syarat maintain yang membebankan. Jadi bila ahli yang mengejar insentif perlu maintain 200nm - 300nm sebulan sedangkan dengan jumlah nm tersebut boleh digunakan utk mengembangkan jaringan dan bonus dengan menghantar ahli ke PBC, bukankah ianya satu bebanan ???

3) Jumlah insentif yang disediakan terhad sedangkan ahli yang bakal mengejar insentif tersebut pastinya melebih jumlah insentif yang disediakan. Apa akan terjadi apabila beribu-ribu ahli yang berbelanja ratusan atau ribuan RM untuk mendapatkan insentif tersebut tetapi tak berjaya memenanginya. Hanya beberapa orang saja yang berjaya. Bukankah terdapt unsur PERJUDIAN di situ? Hampir sama sahaja bunyinya dengan peraduan2 SMS di TV utk hadiah2 tertentu cthnya : SMS menang Toyota Camry oleh Celcom. Yang keluar RM ramai tapi yang menang sedikit sahaja @ balik-balik mereka yang berpangkat tinggi di atas sahaja. Apa terjadi pada ahli-ahli biasa yang ni? Menang sorak sahaja ke?

Jadi kesimpulannya, apa bezanya MLMS HPA dengan MLM lain ???