Sabtu, November 15, 2008

PJS Cikgu Jalal: Penggerak HPA di Kelantan.

Pjs Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis merupakan penggerak HPA peringkat awal di Kelantan ketika HPA bangun semula pada 2001. Beliau bersama Pjs Siti Zawiyah atau lebih dikenali sebagai Kak Nor dan Pjs Us Ramizu adalah diantara leader di Kelantan yang dapat mempertahankan HPA ketika HPA difitnah dan ditohmah diawal tahun 2000.

Mengenang semula kisah penglibatannya dalam HPA 10 tahun yang lalu. Tahun 1999. Sebelum menyertai HPA beliau merupakan seorang pengedar Sharklee di Gua Musang Kelantan. Ketika beliau memperkenalkan produk Sharklee pada keluarga saya di Kuala Lumpur, saya baru saja 3 bulan menyertai HPA. Belum begitu faham perjalanan MLM lagi. Cuma apa yang saya tahu Sharklee dan HPA sama-sama menggunakan kaedah MLM dalam memasarkan produknya. Apa yang menjadi tanda tanya saya ketika itu kenapa produk Sharklee begitu mahal dibandingkan dengan produk HPA. Sedangkan fungsi umumnya sama. Menjaga kesihatan. Back to nature. Mencegah itu lebih baik daripada berubat. Apa yang diungkapkan oleh adik saya ini sama saja bunyinya dari leader HPA yang saya dengar ketika itu. Waktu itu leader hebat HPA di Lembah Klang selain daripada Cikgu Murad dan Khalid Iskri ialah PJ Rashidi Jamri. PJ Tn Hj. Mokhtar, PJ Zainal Bahri, PJ Zainal Abidin, PJ Nasaruddin dan PJ Khalid Sabran. Waktu itu PJE, PJI, PJM dan PJS belum ujud lagi dalam HPA. Pengarah Jati merupakan pangkat yang tertinggi.

Kalau begitu kenapa harganya mahal sangat. Sedangkan produk HPA jauh lebih murah tetapi fungsi umumnya sama. Kalau begitu kita guna produk HPA sahajalah. Lebih-lebih lagi ianya diusahakan oleh syarikat Bumiputera Islam yang mana pekerja-pekerjanya sendiri orang Islam yang sentiasa ditarbiah dengan ilmu dan amal Islam. Mereka menjaga syariat. Malah bekerja sentiasa dalam keadaan berwuduk. Sharklee pula syarikat milik orang bukan Islam dan sudah tentu pekerjanya juga bukan orang Islam kerana kilang dan ladang herbanya juga di luar negara. Itulah hujah pertama saya kepada Cikgu Jalal yang sedang memperkenalkan produk Sharklee kepada saya. Untuk lebih meyakinkannya lagi saya bawa dia pergi ke Muktamar PAS di Taman Melewar yang kebetulan sedang berlangsung ketika itu dimana ada agen stok HPA yang mengambil bahagian dalam ekspo di sana. Disitulah beliau terus mengisi borang untuk menjadi pengedar HPA seumur hidup sebanyak RM10 sahaja. Ayat pertama yang keluar dari mulutnya semasa mengisi borang ahli pengedar HPA "Jangan dicabar?". Agaknya ketika itu hatinya dah tak sabar-sabar nak memperkenalkan HPA pada rakan taulannya di Kelantan.
Setelah dia balik ke Kelantan, saya pula tidak menguhubunginya kerana sibuk dengan kerjaya saya yang baru nak memulakan kehidupan baru. Rujuk artikel saya yang pertama dalam blog ini. Rupanya dalam senyap-senyap beliau berusaha mencari agen stok HPA di Kelantan. Beliau berjumpa dengan Kak Nor di Kota Bharu. Kak Nor atau PJS Siti Zawiyah @ Nor Zakiah merupakan satu-satunya agen stok yang bertaraf Pusat Agensi di Kelantan. Beliau menyatakan hasratnya nak mengembangkan HPA di Gua Musang, Kuala Krai dan Machang. Kak Nor begitu gembira sekali lalu menawarkan Cikgu Jalal menjadi stokis. Mulai tahun 2000 Cikgu Jalal resmi menjadi stokis dan seterusnya menjadi Pengurus Stokis Daerah pada 2004. Beliau juga belajar ilmu perawatan daripada Kak Nor. Kak Nor membawanya berjumpa dengan Tn Hj Ismail di Perlis dan belajar lagi di sana dengan memasuki kelas INTIBAH. Beliau juga mengikuti kursus herbalis selama 1 bulan.
Dari Gua Musang beliau berpindah ke Machang. Di Machang beliau membuka Pusat Rawatan yang dinamakan AZRA HERBSHOP. Disitu dia menawarkan khidmat bekam, sauna mandi wap, urutan refleksologi, Accupunture dan rawatan kesihatan berasaskan produk HPA sepenuhnya. Alhamdulillah kini beliau banyak melahirkan pelapis. Antaranya PJ Pn Zaharah Yusof juga membuka stokis dan pusat rawatan di Kuala Krai. PJ Cikgu Ahmad Jefridin menjadi Pengurus Stokis Daerah di Kuala Kangsar Perak.
Dalam KONVENSYEN HPA 2005 di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur, Cikgu Jalal adalah antara penerima anugerah Sijil Herbalis yang pertama dalam sejarah HPA. Saya yang menerima anugerah Pangarah Meranti Terbaik dalam majlis yang sama diperkenalkan kepada Kak Nor. Disitulah baru saya tahu rupanya Kak Nor adalah Upline saya dalam HPA. Patutlah Kak Nor bersungguh-sungguh menaikkan adik saya Cikgu Jalal sehingga berjaya menjadi salah seorang leader di Kelantan. Terima kasih kepada Kak Nor. Jasamu dikenang.
Tahun 2006 Cikgu Jalal dilantik dilantik menjadi Pengarah Jati Setia. Kami sama-sama naik kepentas menerima anugerah ini dalam KONVENSYEN HPA 2006 di Dewan Wawasan Jitra Kedah. Tugas Cikgu Jalal di Kelantan semakin banyak. Disamping agen stok, beliau adalah herbalis dan leader yang diiktiraf oleh syarikat. Oleh itu dia mengambil keputusan mengambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan dari Kementerian Pelajaran Malaysia mulai Jan 2007 untuk menumpukan sepenuhnya dalam HPA. Alhamdulillah usahanya berbaloi kerana dalam KONVENSYEN HPA 2007 di PICC Putrajaya beliau sekali lagi naik ke pentas menerima anugerah Pengarah Jati Emas PJE dan anugerah TOP 50 iaitu melancung ke JogJakarta selama 4 hari 3 malam. Di Jogjakarta beliau menginap sekali dengan saya bersama PJS Tn Syed Ageel di Hotel Inna Garuda.
Sekarang 2008 beliau dilantik sebagai Setiausaha Kelab Pemimpin Timur KPT sekaligus sebagai Anggota Tribunal KPT. KPT merupakan kelab yang diiktiraf oleh syarikat yang berperanan memantau pengedar-pengedar di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga terus berjaya ke puncak jaya. Jaya dunia dan akhirat. HPA Harapan Paling Akhir untuk umat Islam... Barakallah..

3 ulasan:

Rasha_rz berkata...

tahniah juga dari kami sekeluarga. usaha itu tangga kejayaan, nampak seorang lagi anak lambor bergelar wira. wira MLM. tahniah untuk pak mei juga. jenguk2 lah selalu ke blog salam kenal salam sayang, ikuti kerja2 pengkaryaan Ramlah Rashid.

Rasha_rz berkata...

hai, terima kasih sudi membalas kunjungan. tahniah jg buat Cikgu Jalal & abangnya. nampaknya masing2cemerlang. tahniah sekali lagi & selalu2lah berkunjung ke blog salam kenal salam sayang Ramlah Rashid. Dptkan info terkini aktiviti penulisan RR.

Tanpa Nama berkata...

how's things jamalmajlis.blogspot.com admin discovered your blog via Google but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your site http://xrumer-services.net they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic Take care. Roberto