Sabtu, November 08, 2008

PJ Shafarul Nizam: Pendemo berbakat


Umurnya baru 23 tahun. Tapi bakatnya dalam membuat demo produk hpa dalam setiap progrem Pbc dan homeparty boleh memukau penonton. Pagi tadi di Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati beliau bersama saya menerima undangan dari para guru di sekolah berkenaan untuk menceritakan kebaikan produk hpa dan perjuangan hpa dalam memasarkan produk halal. Alhamdulillah hampir 100 orang guru hadir mendengar kuliah halal haram dan produk HPA sebagai alternatif daripada saya dan seterusnya menyaksikan demo produk yang dilakukan oleh saudara Shafarul. Muhammad Shafarul Nizam atau lebih dikenali sebagai Angah telah pun menjadi Pengarah Jati sejak bulan November 2007 lagi.

Mengenang kembali kisah penglibatan Sdr Shafarul dalam dunia perniagaan MLM HPA ini. saya paparkan dalam blog ini setelah mendapat keizinan daripadanya.

Beliau dibesarkan oleh neneknya sehingga ke tingkatan 5 di Batang Kali. Ibu dan abahnya tinggal berasingan dengan keluarga masing-masing semenjak ia kecil lagi. Selepas SPM, beliau hidup bersendirian tanpa hala tuju. Pernah ikut tabligh, bekerja dipasaraya, bekerja dikilang roti dan macam macam lagi kerja yang tidak tetap. Pekerjaan terakhirnya menjadi office boy di sebuah syarikat swasta atau lebih dikenali sebagai Mat Despatch. Sehinggalah suatu hari beliau bertemu saya ketika saya sedang mengedar kopi radix di sebuah kedai makan di Damansara. Beliau menegur saya dan menyatakan hasratnya hendak bekerja seperti saya dan bagaimanakah caranya.

Setelah saya mengenal hati budinya, membawa dia ke masjid berdekatan untuk berkenalan dengan lebih lanjut dan saya tengok beliau benar-benar ikhlas dan simpati dengan tugasannya yang selalu mendatangkan tension, lalu saya bertanya Angah ada berapa modal sekarang? Dengan ikhlas beliau menyatakan hanya ada Rm100. Itulah saja yang ada untuk perbelanjaannya jika dia berhenti terus dari pekerjaannya sekarang sebagai budak pejabat. Maka saya daftarkanlah beliau menjadi pengedar HPA ketika itu hanya rm20.00. Saya minta dia beli 5 papan kopi radix yang bernilai rm75.00. Saya minta dia jual malam tu juga. Alhamdulillah dalam tempoh 2 jam malam tu juga beliau berjaya menjual 5 papan kopi radix di kedai-kedai makan di sekitar Damansara dengan harga rm20.00 sepapan. Bermakna malam tu saja beliau telah ada gaji rm25.00 dan mengumpul 30NM. Beliau ulangi lagi malam berikutnya hinggalah beliau berjaya mengumpulkan 600 NM dalam bulan tu saja.

Maka saya tawarkan beliau untuk mengikuti progrem Perkongsian Bijak Cemerlang PBC yang ketika itu diadakan di hotel Putra KL jln Tun Razak pada bulan Jun 2006. Beliau pergi bersama seorang rakan kongsinya yang beliau taja sendiri. Bermula dari situlah beliau bergerak aktif dan berjaya menaja ramai rakannya di Gombak dan Batang Kali. Begitu gigihnya beliau mengedar kopi radix di sekitar Gombak, Selayang dan Petaling Jaya dengan motorsikal Lagenda Z yang dibelinya ketika bekerja sebagai Pembantu Pejabat di sebuah syarikat swasta di Sentul.

Suatu hari Allah uji ketabahannya apabila motisikal yang digunakan untuk mengedar kopi radix itu kena curi ketika beliau berurusniaga di sebuah restoran di Diamond Square Gombak. Maka terbantutlah sikit pergerakannya namun perjuangan mesti diteruskan. Untuk meringankan beban kos sara hidupnya beliau memohon jadi pembantu bilal di Masjid Bt. 4 Gombak dan dibenarkan tinggal dibawah tangga menara masjid berkenaan. Alhamdulillah tidak perlu lagi menyewa rumah yang sebelum ini menyewa rumah flat bersama rakan sebayanya yang masing masing ada pekerjaan tetap. Beliau ditugaskan menjadi muadzin bukan saja untuk solat Maghrib, Isyak dan Subuh malah Sembahyang Jumaat.

Beliau hanya ada masa waktu siang sahaja sekarang untuk terus mengedar kopi radix. Tetapi dengan apa? Motor dah tak ada. Dengan menggunakan basikal racing lama milik saudaranya beliau pinjam untuk mengedar kopi radix. PJM Tuan Hj Khalid selalu menyaksikan dia berpeluh-peluh datang ke HPA Cawangan Gombak dengan basikalnya itu untuk membeli kopi radix untuk diedarkan di kawasan Gombak, Selayang sehinggalah ke Petaling Jaya. Kemudian dengan duit bonus Hpa yang ia terima dapatlah ia membeli sebuah motosikal kapcai bernilai RM200 dan kos baikpulihnya juga RM200 untuk meneruskan kerjayanya sebagai pengedar kopi radix waktu itu. Akhirnya kini beliau telah dapat membeli sebuah motosikal baru Honda Wave 125 berharga lebih RM4,000 hasil titik peluhnya. Perjuangan mesti diteruskan.

Kini beliau tidak lagi menjadi bilal. Beliau menumpukan sepenuh masa dan hatinya untuk mengembangkan jaringannya yang telah bersepah bukan saja di Lembah Klang malah di seluruh Malaysia. Beliau jadikan kelas mingguan di Gombak, Rawang dan Kajang sebagai tempat memotivasikan diri dan setiap kali datang mesti ada saja orang baru yang beliau bawa.

Daripada tak pandai berucap di depan, sekarang pantang bagi mikrofon beliaulah yang akan menghangatkan kelas mingguan di Gombak, Rawang dan Kajang dengan slogan hpa boleh dan nasyid-nasyid pilihan hpa dan juga memberikan motivasi. Dalam progrem PBC di KPA, beliaulah yang ditugaskan sebagai pendemo jika tidak ada sifunya PJE Wak Fauzani dari Klang. Malah dijemput mengisi progrem PBC di tempat lain seperti di Tangkak, Teluk Intan , Raub dan Kota Bharu Kelantan.

Alhamdulillah sekarang beliau telah banyak melahirkan pelapis dan ramai juga rangkaiannya yang telah menjadi stokis. Antaranya ibu kandungnya sendiri Puan Zulliah Ahmad yang sekarang menjadi stokis di Batang Kali, Pak Indera di Labis Johor, Puan Junaidah di Dato Keramat KL, Puan Suzana di Seksyen 7 BBB, Puan Normah Abd Rahim di Kuala Sungai Baru Melaka dan Puan Rohayati Roslan di Tg Karang Selangor.

Tahniah diucapkan kepada Sdr Shafarul. Teruskan gempur!!!!!!! Barakallah...

Tiada ulasan: