Rabu, Julai 29, 2009

PJS Shafei Hj Tasiron - "Leader" cemerlang dari Negeri Johor

/
PJS Shafei Hj Tasiron sedang menerima hadiah insentif Haji dari Pengarah Urusan 2 HPA Tn. Hj Fisal Ahmad Tajuddin di majlis KONVEK yang diadakan di dewan MAEP Serdang baru-baru ini.

PJS Shafei Hj Tasiron yang kini berpangkat Pengarah Jati Intan merupakan Upline aras ke-4 dalam hiraki upline saya. Antara saya dan dia ada 3 orang lagi upline saya yang masih berpangkat Pengurus Melati PLX. Dalam majlis KONVEK yang diadakan di dewan MAEP Serdang baru-baru ini, beliau merupakan satu-satunya leader dari Negeri Johor yang mendapat anugerah Insentif HAJI dan Pelancungan Asia Oceania. Manakala isterinya PJS Pn Rosjulila pula mendapat anugerah insentif UMRAH dan pemenang anugerah Pusat Jualan Terbaik disamping menerima cabutan bertuah 500NM iaitu satu unit Laptop dan seunit kamera digital.

Pada mulanya saya tidak tahu beliau adalah upline saya sehinggalah pada pertengahan tahun 2006 ketika beliau membawa beberapa rakan baru niaganya ke program PBC yang diadakan di Hotel Putra KL, kami berkenalan. Dalam statement bonosnya terdapat nama saya dalam bonus generasi pangkatnya. Ketika itu beliau masih PLX sedangkan saya sudah berpangkat PJS dan menjadi pemantau dalam program PBC yang dihadirinya disitu. Beliau nampak bersemangat ketika itu sehinggalah sekarang semangatnya tak luntur walaupun berbagai mehnah dan ujian yang beliau hadapi dalam mengejar cita-citanya. Dari seorang pemandu lori sayur dan petani moden kini beliau bergaya dengan MPV TOYOTA ALPHARD dengan pendapatan melebihi RM20ribu sebulan bersama isterinya. Tahniah diucapkan kepada beliau semoga bertambah IMAN terutamanya selepas pulang dari mengerjakan Haji dan Umrah kelak. Selamat berjaya dan bergaya didunia dan akhirat. AMIN...
/



Tiada ulasan: