Ahad, Mac 22, 2009

AHLI PERTAMA HPA KONGSI KEJAYAAN DI PBC RAWANG



PBC kali ke 3 di Dewan Seminar HPA Cawangan Rawang hari ini menampilkan tokoh lama dalam HPA iaitu PJM PUAN NORHAYATI YUNUS yang no ahli HPA nya 000002.MY01 dalam slot Malam Bintang HPA. Beliau memberitahu bonus bulan Feb 2009 yang baru dikeluarkan untuknya ialah RM56,600.00 merupakan ranking kedua selepas PJM(S) Cikgu Murad Abu Bakar. Beliau menceritakan detik pertemuan dengan Tn Hj Ismail sejak 1994 lagi ketika bersama bertugas di Lembaga Pertubuhan Peladang. Ketika itu Tn Hj Ismail sebagai Pengurus LPP di Mata Ayer Perlis dan beliau sebagai Juruaudit LPP di Ibu Pejabat KL.

Ketika Tn Hj Ismail menyatakan hasrat nak berhenti kerja pada 1995 kerana nak menumpukan perniagaan herba yang telah lama diusahakan oleh keluarganya, Kak Yati telah pun membeli 3 produk utama ketika itu iaitu RESDONG, MENAWAN KASIH dan TONGKAT ALI dalam bentuk makjun dengan kuantiti yang banyak untuk tujuan promosi. Sekarang RESDONG telah diberi nama COSCINIUM PLUS, MENAWAN KASIH ditukar nama PARAMARIA PLUS dan TONGKAT ALI diberi nama RADIX dalam bentuk kapsul. Semuanya ini Kak Yati pasarkan secara SLM sehinggalah MLM HPA dilancarkan pada 1 Ramadhan pd tahun 1997, Kak Yati lah individu pertama yang menjadi ahlinya. Sebab itulah no ahli Kak Yati 000002.MY01 dibawah AlWahida Marketing Sdn Bhd yang no ahlinya 000001.MY01 ujarnya.

Peringkat awal Kak Yati membuka Pusat Jualan di Kajang yang sekarang telah dijadikan Cawangan. Dengan ilmu yang ada katanya Kak Yati mampu menjual lebih 1000 botol herba keputihan sebulan pada 1997. Nak tahu rahsianya? Jemputlah lah lagi Kak Yati atau datang ke rumah Kak Yati bila-bila masa, Kak Yati sedia kongsikan rahsianya..

Katanya lagi antara rahsia kejayaan Kak Yati dalam MLM HPA ini ialah:
1. Tepati masa terutamanya solat diawal waktu.
2. Jangan melawan orang yang lebih tua dari kita walaupun dia downline kita sendiri.
3. Jangan suka menipu. Tiada bohong sunat dalam perniagaan.
4. Jangan banyak berahsia.. Kalau duda katakan duda, kalau janda katakan janda...

Kak Yati baru kematian suami tercinta pada 8 Feb 2009 di Hospital Selayang. Marilah sama-sama kita hadiahkan bacaan surah Al Fatihah untuk Allahyarham. Al-Fatihah. Berita dalam http://kpa2u.wordpress.com/fikir-fikir/suami-pji-norhayati-yunus-kembali-kerahmatullah/


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sabar dan tabah seorng insan...dan ganjaran ini yg kita harapkan apatah lagi diakhirat nanti

tak lupa juga al-fatihah buat suami beliau