Isnin, Mac 09, 2009

2 OKU Antara Peserta PBC di Masjid AlGhufran 7-8 Mac.





PBC kali ke 11 di Masjid AlGhufran Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur yang tamat semalam sangat menarik dan istimewa. Selain dari seorang doktor pakar perubatan sebagai pesertanya ada 2 orang lagi peserta dari kalangan Orang Kurang Upaya OKU. Mereka ialah Dr Azahrudin dari Hospital Sungai Buloh, Hj Mohamad Sahnizal bin Hj Rahimin dan Nor Azlan Hj Alias dari Badan Bertindak OKU Malaysia.

Menurut Hj. Sahnizal Pengerusi Badan Bertindak OKU Malaysia (BBOKU),
Badan Bertindak OKU Adalah sebuah badan NGO yang dikendalikan oleh sekumpulan golongan OKU yang bergabung tenaga dengan orang biasa bagi membantu dan menolong meningkatkan prestasi Golongan OKU agar sentiasa kehadapan dalam semua aspek kehidupan dunia maupun akhirat. Ianya teleh ditubuhkan pada 27 Julai 2006, yang antara lain misinya ialah Mengujudkan dan memperkasakan Golongan Usahawan OKU dikalangan OKU melalui Pengkongsian Bijak Cemerlang.

Apabila ia mengetahui HPA ada menganjurkan Program Perkongsian Bijak Cemerlang melalui PJ Mohd Shafarul Nizam, beliau bersama bendaharinya En. Nor Azlan Hj Alias terus mendaftarkan diri sebagai peserta PBC di Masjid Al Ghufran. Mereka merancang akan menghantar 200 orang lagi ahli BBOKU ke PBC akan datang secara berperingkat-peringkat melalui PBC yang diadakan diseluruh Malaysia. Rujuk blog mereka http:www/bboku.blogspot.com.

Apa yang menariknya lagi PBC kali ini, ianya dihadiri oleh Pengurus Besar AWM Mohd Faisol Abd Rahman, 2 PJS dari Kelantan iaitu PJS Pn Siti Zawiyah @ Kak Noor dan PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis dan 3 lagi PJS dari Johor iaitu PJS Mohd Shafei Tasiron, PJS Pn Ros Julila dan PJS Pn Nadzifah bersama suaminya PJE Rosli Daud. Seramai 51 orang peserta berdaftar tetapi cuma 45 orang sahaja yang melaporkan diri. Antara yang menyampaikan perkongsian pengalaman di malam bintang bintang ialah PJE En Khalid dari Kota Tinggi Johor yang telah meraih pendapatan hampir 5 angka walaupun baru 1 tahun menyertai HPA.


Tiada ulasan: