Jumaat, April 03, 2009

82 Calon PJS KPA berkursus di Broga





Alhamdulillah seramai 82 orang pemimpin pelapis dari Kelab Pemimpin AlWahida (KPA) yang berpangkat Pengurus Jati (PJX) keatas dapat dihimpunkan didalam satu kursus yang dinamakan Menjana Pemimpin Berhemah di Kem Latihan Dato Dr Mohamad Fadhilah Kamsah yang dikenali sebagai Excel Training Resort di Broga Ulu Beranang Negeri Sembilan.

Kursus yang julung kali diadakan baru-baru ini adalah untuk pemimpin Generasi kedua KPA. Kursus ini merupakan pra syarat kepada mereka yang nak memohon PJS setelah mereka mendapat pangkat Pengarah Jati kelak jika memenuhi syarat-syarat tertentu. Mereka yang tamat latihan ini juga akan diberikan peranan dalam menjayakan program PBC dan kelas-kelas mingguan di Cawangan-Cawangan HPA di Zon KPA.

Dalam sessi pagi, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil selaku setiausaha Panel Syariah HPA telah memulakan majlis dengan membacakan doa memohon keberkatan kursus yang akan diadakan. Selepas itu peserta telah dapat mendengar ucapan alu-aluan dari Pengarah Program; PJS Rosmandi dan diikuti oleh ucapan Presiden KPA; PJS Hafidzan Faudzi.

Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd; Encik Mohd Faisol yang turut dijemput telah menyampaikan amanatnya dengan panjang lebar dan mengakhiri ucapannya dengan merasmikan Kursus Menjana Pemimpin Berhemah ini dengan bacaan Ummul Kitab beramai-ramai.

Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil yang dijemput khas dari HQ telah diberi satu slot dan beliau telah menjelaskan tentang apa yang dikatakan MLM Syariah, kefahaman dan konsepnya. Tentang perniagaan yang dijalankan oleh HPA, beliau menjelaskan bahawa HPA adalah sebuah syarikat yang menjalankan urusniaganya secara MLM dan mempunyai satu badan panel syariah.

Kursus selama 2 hari 1 malam ini telah diisi dengan 8 modul. Juga tidak ketinggalan progrem Qiamullail dan Kuliah Subuh. Kuliah subuh diisi oleh Pengetua Kolej Universiti Islam Selangor Us. Radhi yang sebelum ini pernah memimpin kumpulan Nasyid AlWahida dan menjadi juruacara Majlis KONVEK 2007 di PICC Putrajaya.

a) Modul 1 - MLM Syariah: Penjelasan & Soal Jawab
Penceramah: Ustaz Adnan - Salah seorang Panel Syariah HPA

b) Modul 2 - Tugas Dan Peranan Pemimpin HPA
Penceramah: GM En Faisol bin Abdul Rahman

c) Modul 3 - Gerakerja Usahawan MLMS HPA
Penceramah: PJM(S) Hafidzan bin Fauzi

d) Modul 4 - Teknik Penajaan Berkesan
Penceramah: PJM(S)Murad bin Abu Bakar

e) Modul 5 - Pembentangan Modul-Modul Tentatif PBC
Penceramah: PJM(S)Rosmandi bin Ishak

f) Modul 6 - Teknik Pengucapan Berkesan
Penceramah: En Badrul Sani - Az Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC)

g) Modul 7 - Tugas & Peranan Fasilitator HPA
Penceramah: PJM(S)Khalid Iskri

h) Modul 8 - Kaedah Pengurusan & Pengendalian PBC
Penceramah: PJM(S)Siti Habibah bt Yusof


Tiada ulasan: