Khamis, April 16, 2009

Bertemu kawan lama di Radix Oriental Cuisine




Sempena mesyuarat PJS SeMalaysia yang diadakan di Cawangan HPA Sg Petani baru-baru ini saya berkesempatan mengunjungi satu lagi restoran segera milik HPA yang baru dibuka di Lagenda Height Sg Petani iaitu Radix Oriental Cuisine (ROC). ROC terletak sebaris dengan RFC (Radix Fried Chicken), ROR (Radix Organic Recipe) dan Hotel AzZahra yang sedang dibangunkan.

Selepas restoran Cheng Ho milik Amy Search di Kuala Lumpur menjadi perbualan orang kini ROC di Sungai Petani pula jadi tumpuan. Ramai sekali pelanggan yang terdiri dari kaum Cina,India dan Melayu datang bagi mencuba makanan cina halal yang disediakan oleh HPA. Buat masa kini tempahan makan malam telah banyak diterima terutama daripada pehak bank, badan kerajaan dan swasta.

HPA telah berjaya buktikan tanpa memasukan sumber-sumber yang haram, makanan masih sedap dan berkhasiat. Terima kasih pada En Hirman yang menguruskan persiapan makanan dan tahniah kepada Pn Khairul Nisak dan team yang nampaknya tidak letih-letih melayan tetamu.

Saya juga bertuah pada malam itu kerana dapat bertemu dengan kawan lama iaitu Prof Dr Mokhtar Saidin yang berkebetulan tinggal di Taman Lagenda Height. Beliau merupakan kawan lama saya semasa sama-sama belajar di UKM diawal tahun 80an. Beliau mengambil ijazah Geologi dan saya ijazah Sains Komputer. Kami bersahabat baik sejak belajar di Pusat Matrikulasi UKM di Greentown Ipoh pada tahun 1981 lagi. Selepas mendapat Ijazah Sarjanamuda Kepujian di UKM Bangi, beliau menyambung pelajaran keperingkat Sarjana dan PhD di Havard Universiti Amerika Syarikat dan sekarang bertugas sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global di USM Pulau Pinang.

Menurutnya beliau selalu mengunjungi ROC sejak ia dibuka 2 bulan lalu. RFC pula boleh dikatakan setiap minggu beliau mengunjunginya bersama keluarga. Alhamdulillah katanya lagi isterinya telahpun menjadi ahli pengedar HPA di bawah rangkaian PJM Us. Mohd Zahir Ghazali di Sg Petani. Malah anaknya mengaji di Kelas Pengajian Al Quran yang dibangunkan sendiri oleh Us Zahir di kawasan perumahannya itu.

Tahniah diucapkan kepada beliau kerana berjaya dalam bidang akademik dan bersama membangunkan ekonomi ummah.


1 ulasan:

hpajb berkata...

huhuhu.bile nak ada kat JB ni :)