Rabu, Julai 08, 2009

Kalimah ALLAH dalam kopi radix HPA?

/


SUBHANALLAH... pada 6 Julai 2009 anak kepada pengedar HPA Zabidah Bt Man (Salak Tinggi) iaitu bendahari komuniti Nilai telah menemui objek kalimah Allah di dalam kopi Radix HPA yang dibancuh oleh anaknya.

Pada jam lebih kurang 6.20 pagi anak perempuan Pn. Zabidah iaitu Nurul Atiqah Habidin (17 thn) telah membancuh kopi Radix untuk sarapan adik beliau (Mohd. Afiq Hafizuddin Habidin-11 thn) yang dikatakan kurang menggemari kopi radix. Selepas itu, Nurul terus menaiki bas untuk kesekolah lebih kurang jam 6.30 pagi.

Manakala Mohd. Afiq yang diminta oleh ibunya minum kopi radix tersebut, tiba-tiba memanggil ibunya kerana melihat objek kalimah Allah (6.50 pagi) pada buih kopi Radix. Lantas Pn. Zabidah bergegas dan terkejut terus memanggil suaminya (Habidin Mat) dan mereka sempat merakamkan gambar seperti yang kita lihat di atas.

Pn. Zabidah, selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya membancuh kopi radix dengan kaedah mengacau kopi radix arah lawan jam dan membaca selawat syifa'. Beliau sehingga menitiskan airmata dengan kejadian yang berlaku dan dikatakan barulah Mohd. Afiq menggemari kopi Radix.

Subhanallah, inilah yang dikatakan keberkatan bulan Rejab dan secara kebetulan mereka sekeluarga berpuasa sunat Rejab kecuali Mohd. Afiq.

Kita sebagai ahli keluarga HPA perlu meneruskan penyatuan hati untuk memasarkan produk halal dan baik ketengah masyarakat sebagai satu amanah dan tuntutan fardhu kifayah demi membangunkan ekonomi ummah.

Ambillah iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku. Semoga Allah mengetuk pintu hati kepada sesiapa yang masih belum lagi bersama-sama memperjuangkan produk halal tanggungjawab kita bersama. Bagi pengedar-pengedar baru yang mula berputus asa dengan kemunculan kopi palsu Master Radix, harus bangkit kembali dengan semangat baru yang yakin dengan kelebihan produk kita.

Berfirman Allah SWT yang bermaksud:

" Dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barang siapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaati-Nya, berjayalah dia. "

( Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali:
al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah )
/

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maha suci Allah...

Tanpa Nama berkata...

I confirm. I join told all above. Let's discuss this question.