Jumaat, Januari 23, 2009

RFC Buka Cawangan Baru



Ramai yang tertunggu-tunggu pembukaan Radix Fried Chicken (RFC) di lokasi baru selain yang sedia ada sekarang ini di Sungai Petani, Kedah. Penantian anda akan berakhir tidak lama lagi. RFC kedua akan dilancarkan dengan rasminya di Alor Setar pada 7 Februari 2009. YAB Menteri Besar Kedah dijangka akan merasmikan pembukaannya nanti.

Pasti kebanyakan ahli HPA di utara tanah air sudah merasai kelazatan ayam goreng RFC dan juga menu-menu yang lain. Tak terkecuali juga ahli-ahli HPA di seluruh Malaysia yang turut turun ke Sungai Petani semata-mata untuk merasai sendiri menu RFC ini. Rata-rata mereka memuji kesedapan hidangan RFC dan masing-masing juga kagum dengan kemampuan HPA membina perniagaan restoran yang cukup hebat dan gah malah mampu bersaing dengan pesaing sedia ada.

Namun begitu, ada juga yang memberikan komen membina dan kritikan mengenai layanan/servis di RFC. Terima kasih diucapkan. InsyaAllah pihak RFC akan cuba memperbaikinya di masa hadapan.

Tahun ini bukan 1, bukan 2 RFC yang akan dibuka tapi lebih 10 buah restoran lagi akan dilancarkan. Berikut adalah senarai lokasi RFC yang akan dibuka segera

1. Cawangan Alor Setar di Sahab Perdana

2. Kepala Batas - Minggu pertama Mac

3. Ipoh - Minggu pertama April
4. Kulim - Minggu pertama April
5. Bangi - Minggu pertama April
6. Kangar - Minggu kedua April
7. Kelantan - Minggu akhir April
8. Shah Alam - Minggu akhir April
9. Kluang - Minggu akhir April

Anda tentunya teruja dengan berita ini. Kita ikuti ulasan Pengarah Urusan HPA berkenaan pembukaan RFC baru di Alor Setar:

Perasmian RFC cawangan Alor Setar pada 7 Feb 2009

Ucapan terima kasih HPA kepada YAB MB Kedah yang berkesudian untuk hadir bagi merasmikan cawangan RFC HPA yang ke 2. Ini benar-benar akan memberikan semangat yang lebih jitu kepada seluruh warga HPA untuk terus berjuang menjadi pengeluar utama produk halal di Malaysia. Semua PJS , leader-leader dan warga HPA dijemput hadir walaupun tidak menerima sebarang undangan. Rasakanlah “hak kebersamaan dalam mengerakan ekonomi ummah” kerana tanpa anda semua tidak akan kemana juga perjuangan HPA.

Pastikan kita sentiasa berada disetiap lokasi sejarah HPA diukir. Kita ingin melihat ribuan ummat Islam berkumpul sebagai sokongan kepada peniagaan ummah ini di tengah-tengah isu boikot yang sedang dilaungkan. HPA atau Harapan Paling Akhir mengambil tanggungjawab bagi merealitikan sebuah perjuangan “Pasar Ansor” untuk umat ini.

Cawangan RFC Alor Setar terletak di tengah-tengah stesen bas Shahab Perdana berhampiran dengan cawangan HPA. Ini memudahkan para ahli bagi mencari tempat tersebut. Turut dijemput hadir dalam program tersebut ialah rektor dan pensyarah Kolej Insaniah sebuah pusat pengajian Islam yang mengadakan program daripada diploma sampai PHD . InsyaAllah , saya menanti kedatangan seluruh warga HPA nanti.


3 ulasan:

abunyer berkata...

tak sabar menanti. Hidup RFC!

Prof. Dato' Dr.Burhanuddin Yeop Majlis berkata...

Kalau RFC boleh mencapai kualiti KFC, sudah pasti ianya menjadi alternatif kepada anak muda dan kanak2. Kita boleh kempen boikot KFC.
Kena ingat kelebihan mereka ialah kualiti(segala segi) dan sistematik.

Jamaluddin Yeop Majlis berkata...

Syukran. Alhamdulillah RFC di Sg Petani telah dapat menandingi KFC disitu. Jualan harian KFC di Sg Petani sekarang cuma RM4ribu berbanding RFC di Sg Petani sekarang jualan hariannya dah mencecah RM19ribu. RFC juga telah disaman oleh KFC kerana menggunakan warna merah sepertinya. Maka insyaAllah selepas ini RFC akan menukarkan kepada warna oren. Kita tak boleh lawan. Mereka menggunakan mahkamah antarabangsa. RFC baru nak bermula. Mereka ada 460 buah cawangan di seluruh MALAYSIA saya. Di dunia entah berapa ribu buah.