Ahad, Januari 11, 2009

Masjid pertama jadi Agen Stok HPA




Sabtu 10 Jan 2009.
Masjid Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru bakal menjadi Agen Stok bertaraf cawangan yang pertama dalam sejarah HPA apabila satu perjanjian antara Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail dengan Pengerusi Gabungan Nazir-nazir masjid Daerah Hulu Selangor Tuan Hj Othman Hj Mohd Tahir telah dibuat diakhir Seminar Halal Haram di Dewan Serbaguna Bandar Utama Batang Kali. Semasa membentangkan kertas kerja dalam seminar tersebut, Tuan Haji Ismail telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000.00 dalam bentuk produk HPA di Masjid berkenaan. Bonus Agen Stoknya akan dikembalikan kepada masjid. Malah HPA akan menanggung kos sewa premis dan bil api air. HPA juga akan menyediakan kakitangan sepenuh masa di sana tanpa membebankan pihak masjid untuk menggaji mereka. HPA sendiri akan membayar gaji kepada staf ini. HPA hanya mengambil harga pengedar sahaja.

Lebih 300 orang hadir ke Seminar Halal & Haram yang dianjurkan oleh Gabungan Nazir-Nazir Masjid Daerah Hulu Selangor dan Persatuan Ulama Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama HPA Industries Sdn Bhd. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDH Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Dato' Haji Aman Shah bin Mohd Shahar, Orang Besar Daerah Hulu Selangor. Antara yang hadir ialah semua Nazir-nazir, Imam-imam dan Jawatankuasa Masjid di Ulu Selangor. Kesemua 24 buah masjid di daerah Hulu Selangor juga ditawarkan menjadi ahli dan agen stok selepas ini.

Selain daripada Tn Hj Ismail yang membentangkan kertas kerja ialah Prof Madya Dr Ishak Suliaman selaku anggota panel syariah HPA yang juga Timbalan Pengarah APIUM. Kertas kerja Dr Ishak bertajuk Permasalahan HALAL + SHUBHAT = HARAM dalam pemakanan umat Islam di Malaysia. Bagaimana sikap dan pilihan kita? Manakala Tuan Haji Osman ketua Nazir telah membentangkan Resolusi Seminar Membina Rangkaian Ekonomi Islam. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 ptg turut dilengkapi dengan pameran dari Agensi Kerajaan seperti JAIS, Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Selangor dan PUM selain dari Unit Pameran HPA.


free hit counters
Bil Pengunjung Blog ini sejak 15 Okt 2008

Tiada ulasan: