Khamis, Januari 29, 2009

Siapa Atok Juara Gadis Melayu TV9?





Di Selayang ianya terkenal dengan panggilan Pak Ya Morning. Umurnya dah mencecah 76 tahun tapi belum tua lagi. Kalau ditanya berapa umurnya dia jawab 30 tahun lebih. Yalah 76 tahun tu lebih la 30 tahun... Isterinya 2 orang, Anak ada 9 orang dan cucu baru ada 31 orang termasuklah Aida yang jadi juara Gadis Melayu di TV9 tu. Sungguh pun begitu dia kata Pakya ni belum kawin lagi.. Maksudnya belum la kahwin lagi sekali... baru ada 2 isteri. Isteri pertamanya dah meninggal dan sekarang tinggal bersama isteri kedua di Selayang Utama. Beliau yang saya maksudkan ialah Tn Hj Yahya bin Yeop Majlis. Beliau merupakan abang saya tetapi bukan abang kandung. Ia dikandung oleh isteri pertama abah saya. Saya dikandung oleh isteri ketiga abah saya iaitu Allahyarham Haji Yeop Majlis bin Pandak Mohid.

Hari Ahad 25hb Jan, beliau bersungguh-sungguh mengajak saya ke rumah anaknya di Bandar Country Homes Rawang meraikan kenduri kesyukuran cucunya yang menjadi juara dalam pertandingan mencari gadis melayu anjuran TV9. Waktu itu saya di hotel de Palma Inn Ampang menyampaikan slot produk pilihan Kopi Radix dalam Program PBC. Katanya kalau datang nanti jangan lupa bawa Kopi Radix. Abangku ini telah menjadi pengamal Kopi Radix sejak 3 tahun sudah. Di rumahnya dah tak ada minuman lain. Hanya kopi radix. Siapa datang pun dijamu dengan kopi radix. Selain itu isterinya yang sedang terlantar uzur dirumah menjadikan Air Mineral HPA sebagai minuman harian. Tak mahu dah minum yang lain. Katanya air mineral HPA ini boleh melarutkan susu yang digunakan berbanding dengan air mineral yang lain. Itulah kelebihan air mineral HPA yang sumbernya dari telaga tiub di Kg Sg Gau Jalan Maran Temerloh Pahang. Air ini kaya dengan Kalsium dan Magnesium semulajadi dengan pH7.9. Alhamdulillah siapa yang mengamalkannya akan mendapat tenaga segera dengan izin Allah.

1 ulasan:

eidariesky berkata...

Assalamualaikum,
Salam kenal dari Sukabumi, West Java, Indonesia,
Mari kita jalin Silaturahim antar dua bangsa serumpun di bawah panji-panji Islam,..
kami Pustaka Eidariesky mengajak anda untuk bertukar link dengan kami,.. kami menunggu konfirmasi dari anda di Pustaka Eidariesky http://eidariesky.wordpress.com apabila sekiranya anda setuju untuk bertukar taut dengan kami,.
Wassalamualaikum