Khamis, Januari 08, 2009

Anak saya terpilih belajar di GUANGZHOU CHINA tajaan HPA


Alhamdulillah setelah melalui proses pemilihan yang dilakukan oleh HPA bermula temuduga terbuka pada 21 Dis di Hpa Sg Petani, anak sulong saya Mohd Abu Al Ghida 20 (gambar disebelah) adalah antara yang terpilih mengikuti pengajian Bahasa China dan Perniagaan di GuangZhou China. Sebenarnya anak saya ini baru sahaja selesai pengajian tahun asas di UNISEL. Sepatutnya beliau menyambung ke tahun pertama di Unisel Shah Alam dalam bidang Bioinformatik di Fakulti Bioteknologi dalam bulan Disember tahun lepas. Namun minatnya yang mendalam untuk bersama HPA bagi meneruskan cita-citanya beliau sanggup menolak tawaran itu apabila mendapat kelulusan belajar ke China atas pembiayaan sepenuhnya oleh HPA.

Sebelum ini HPA telah pun menghantar seramai 3 0rang belajar di sana dan ini merupakan trip kedua hanya 2 orang sahaja yang terpilih. InsyaAllah mereka akan berangkat pada 18 Feb 2009.

Terimakasih yang tak terhingga diucapkan kepada pihak HPA khususnya Tn Hj Ismail, Us Adnan Fadhil dan Us. Mad China yang telah memilih anak saya untuk dihantar belajar di Guangzhou China.

Tiada ulasan: