Rabu, Januari 14, 2009

"Ibnu Battuta Inn" Hotel HPA di Rawang



Satu alternatif hotel budget yang Islamik serta harmonis bakal dibangunkan oleh HPA di Pusat Bandar Rawang. Titik mula perniagaan ini adalah berpunca daripada kesedaran peri pentingnya sebuah penempatan yang selesa dan islamik untuk para peserta PBC yang bakal kita adakan 2 kali sebulan di Cawangan Rawang. Mulai Januari ini Komuniti HPA Rawang mula mengadakan PBC di Dewan Seminar HPA Cawangan Rawang tetapi terpaksa menyewa budget hotel milik orang bukan Islam yang ada di Pusat Bandar Rawang. Alhamdulillah setelah kertas cadangan ini kita kemukakan kepada Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail ketika majlis Hi-Tea di Cawangan Rawang baru-baru ini, Tn Hj bersetuju untuk melabur sebanyak RM70,000 atas nama Azzahra Hotel Sdn Bhd dan RM30,000 lagi disediakan oleh ahli komuniti di Cawangan Rawang atas nama Muamalah Komuniti HPA Sdn Bhd.. Satu syarikat baru atas nama HPA Properties Sdn Bhd akan ditubuhkan untuk pembinaan hotel ini dengan modal berbayar RM100,000.00

"Ibnu Battuta Inn" adalah nama yang dicadangkan untuk budget hotel ini. Konsep Islamik akan digunapakai di dalam mentadbir hotel ini serta dijalin bersama konsep tropika dalam penghiasannya (decorate). 2 unit bangunan 3 tingkat akan disewa, dimana tingkat 1 akan dijadikan budget hotel yang dirangka boleh dibina 20 unit bilik yang mana setiap bilik akan dilengkapi dengan penghawa dingin, tandas, TV dan wardrobe. Sementara ground floor pula bakal dibangunkan Radix Cafe. 1 unit ditingkat atas akan dijadikan dewan konferen yang boleh juga dijadikan surau selain pejabat pentadbiran dan juga SPA. Penyediaan SPA atau pusat kecantikan dan rawatan dengan konsep islamik seiring dengan penggunaan herba keluaran HPA serta mempunyai juga butik yang memasarkan barangan seperti HPA Collection serta Jawi Herbshop.

Lokasi premis yang bakal dibangunkan Ibnu Battuta Inn ini ialah di No. 29-31, Jalan RS1, Rawang Sentral, 48000 Rawang. Gambar premis diatas.

free hit counters
pengunjung blog ini

Tiada ulasan: