Isnin, Januari 19, 2009

PBC Rawang Catat Sejarah





Tarikh 17-18 Jan 2009 merupakan tarikh bersejarah bagi Cawangan Rawang apabila PBC kali pertama dapat diadakan di Dewan Seminar HPA Cawangan Rawang. Sebelum ini Jawatankuasa Komuniti Cawangan Rawang yang bernaung dibawah KPA sudah 10 kali mengendalikan PBC di Masjid Al Ghufran Kompleks Balai Islam Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur. Peringkat awal apabila cadangan hendak mengadakan PBC di tempat sendiri, berbagai reaksi yang kita terima baik dari PJS mahupun daripada pengedar dan bakal peserta. Antara reaksi spontan yang kita terima "Nak menginap dimana?". Persoalan ini terjawab apabila hampir 100 orang peserta dan urusetia serta motivator jemputan dapat menginap dengan selesa dan selamat di hotel budjet yang kita sewa di sekitar bandar Rawang.

Persoalan makan minum pula lebih selesa malah para peserta merasakan puas hati dengan makanan yang kita sediakan sendiri ala majlis perkahwinan. Makanan sentiasa berlebih. Kuih nak makan berapa pun tak kisah, tidak dihadkan 2 ketul seorang seperti yang biasa kita buat ditempat lain. Kita mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Selayang MPS dan Balai Polis Rawang dengan diberikan permit untuk Majlis Keramaian selama 2 hari 1 malam di situ. 3 biji khemah 20' x 20' didirikan di depan Pejabat Cawangan Rawang. Antara menunya sudah tentulah Ayam Organik HPA..

Istimewanya lagi PBC di Cawangn Rawang ini, walaupun yurannya cuma RM130.00 peserta mendapat Tshirt percuma. Tshirt Perkongsian Bijak Cemerlang KPA yang diusahakan sendiri oleh PJ En Rosli Che Ros salah seorang AJK Komuniti Rawang. Ini disebabkan kos penyelenggaraan PBC di tempat sendiri menjimatkan namun tanpa komitmen team pengurusan, agak sukar untuk melaksanakannya. Saya selaku PJS KPA dan Penasihat di Komuniti Rawang mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Prof Madya Dr Ishak Suliaman selaku Pengerusi Jawatankuasa Komuniti HPA Rawang yang bertungkus lumus menjayakan PBC kali pertama di Cawangan Rawang ini. Ada yang sanggup bermalam sehari sebelum PBC di Cawangan Rawang. Kita juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan HPA Zon Tengah yang diketuai oleh Pn Siti Hazliana dan kakitangan HPA Rawang yang banyak memberi kerjasama.

Antara PJS yang hadir di hari pertama ialah PJS Ramly Ahmad, PJS Nurshidah Daud, PJS Abdullah Kadir, PJS Hafidzan Faudzi, PJS Shafei Tasiron dan PJS Rosjulila selain dari saya sendiri. Slot pertama Isu Halal Haram dan Pengenalan Syarikat dibentangkan oleh PJ Prof Madya Dr Ishak Suliaman selaku Anggota Panel Syariah HPA. Slot kedua Pelan Pemasaran MLM Syariah HPA dan Strategi Menjana Pendapatan disampaikan oleh Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi. Sesi petangnya pula PJS Shafei Tasiron dari Tangkak Johor menyampaikan Gerakerja 6M dan Eagle Eyes Sponsoring. LDK selepas itu dikendalikan oleh saya dan sebelah malamnya pula iaitu Kongsi Kejayaan dan Tayangan Video PPIM dikendalikan oleh muka baru iaitu PJ Rosli Che Ros. Rosli Che Ros merupakan graduan PBC TTDI yang berjaya mendapat pangkat Pengarah Jati dalam masa 3 bulan.

Program Qiamullail, Kuliah Subuh dan Bacaan Al Maathurat dihari kedua dikendalikan oleh Pegawai Agama UTM Jln Semarak PR Us. Khairuddin Ramli juga merupakan graduan PBC di Uniten Bangi 6 bulan sudah. Beliau merupakan student PhD Dr Ishak Suliaman di Akademi Pengajian Islam UM. Senaman Pernafasan dan Demo Produk harian dikendalikan oleh PJ Mohd Shafarul Nizam yang tak pernah ketinggalan menjadi pendemo setiap kali PBC di TTDI sebelum ini. Beliau juga sentiasa mengetuai Nasyid yang kita dendangkan bersama dengan peserta. Nasyid-nasyid motivasi inilah yang dapat menghidupkan suasana bersesuaian dengan program kita.

Asas Perawatan JAWI dan Pengesanan Penyakit melalui saraf tangan pula kita menjemput PJS Pn Rosjulila dari Tangkak Johor yang baru sahaja habis mengikuti kursus Sijil Herbalis selama 3 minggu dengan Tn Hj Ismail di Sg Petani. Manakala slot terakhir iaitu Produk Pilihan: Radix dan Kelebihannya disampaikan oleh saya PJS Jamaluddin Yeop Majlis. Saya juga mengendalikan Pembentangan Kumpulan pada sebelah petangnya. Kumpulan Radix Koko yang diketuai oleh Sdr Mohd Hafiz bin Ramlee dari Batang Kali diisytiharkan sebagai Pemenang Kumpulan Terbaik. Antara peserta PBC kali ini ialah 6 orang Nazir Masjid di Hulu Selangor yang mewakili masjid masing-masing. 6 masjid yang terlibat itu ialah
1. Masjid Ar Rahimah Kuala Kubu Bharu.
2. Masjid Ar Rahmah Sungai Buaya.
3. Masjid Al Falah Ulu Yam Bharu.
4. Masjid Nurul Iman Serendah.
5. Masjid Jamek Kariah Sungai Masin.
6. Masjid Nurul Islamiah Sg Choh.

InsyaAllah PBC kali ke 2 di Rawang akan diadakan pada 21-22 Feb 2009.


1 ulasan:

Fairuz Liyana Azman berkata...

Salam....nk tny,,bju yg dipakai oleh eserta PBC tu bru diperkenalkn ek??erm lau bleh sy pon nk jgak beli...baju tu utk lelaki je ek,,perempuan x de ek???