Jumaat, November 28, 2008

RFC Buka Pelaburan


Restoran Radix Fried Chicken RFC milik HPA telah dibuka pada 1 Jun 2008 di Lagenda Height Sg Petani. Ianya merupakan projek untuk menaikkan imej HPA sebagai sebuah syarikat MLM Syariah yang terulung di Malaysia disamping memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Kalau dulu Pak-pak Aji dan Mak Aji malu nak masuk KFC sekarang kalau kita pergi ke Restoran RFC golongan inilah yang memeriahkannya disamping pengunjung-pengunjung bangsa asing yang tak putus-putus hingga terpaksa menunggu giliran yang kadang-kadang berjam-jam. Walaupun operasinya dibuka hingga jam 11 malam masih belum boleh menampung pengunjung yang tak putus-putus.

Ini mendorong HPA nak membuka banyak lagi RFC. Fasa pertamanya di Pasar Moden Bandar Laguna Merbok, UUM Sintok, Sahab Perdana Alor Star dan di Pulau Pinang. Fasa kedua di Kelantan dan Terengganu. Selepas itu barulah di Zon Tengah dan Selatan. Tapi dengar-dengar dalam masa terdekat ini nak buka di Shah Alam dan di Klang. Moga-moga cepatlah terlaksana.

Oleh itu RFC sekarang membuka pelaburan khususnya kepada Koperasi Wahida dan juga kepada ahli-ahli yang berkemampuan dengan mengikut sistem Al Mudharabah yang telah diputuskan dalam mesyuarat Panel Syariah HPA pada bulan Ogos 2008.

Kepada semua mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dalam RFC,disini diberikan syarat awal pelaksanaan Mudharabah RFC.

1. Ahli HPA yang telah mengikuti PBC.
2. Pelaburan bernilai sejuta ringgit.
3. Keuntungan 50/50.
4. Tempoh perjanjian 5 tahun dan modal dikembalikan selepas 5 tahun.
5. Pelaburan semula bergantung kepada penilaian baru.
6. Lokasi mestilah dengan kelulusan RFC.
7. Keuntungan dibayar pada setiap bulan.
8. Pelabur tidak mempunyai hak dalam pentadbiran.
9. Pelabur tidak mempunyai hak menghalang pembinaan cawangan-cawangan baru.
10. Untung dan rugi ditanggung bersama.
11. Anggaran keuntungan antara 18% - 25% setahun.
12. Pemberian keuntungan bermula pada bulan operasi.
13. RFC mengambil tempoh 3 hingga 5 bulan bagi menyiapkan sesuatu cawangan.
14. Jika keuntungan 18 % (pelabur akan mendapat RM900,000.00 / 5 tahun- anggaran )

Kepada ahli-ahli yang kurang berkemampuan melabur sahajalah dengan Koperasi Wahida Hpa. Pelaburan minima cuma RM200 sahaja. Yuran pendaftaran RM10 boleh daftar di semua cawangan HPA di Malaysia. Borang pendaftaran koperasi ada dimasukkan dalam Kit PBC. Sila semak balik. Oleh itu daftar segera jangan tak daftar. Rugi.. Sebelum ini tahun pertama operasi koperasi tanpa adanya RFC pun boleh dapat dividen 10%, inikan pula sekarang dah ada RFC dan Ladang Ayam Organik serta Pusat Penyembelihannya sendiri. Subhanallah...

1 ulasan:

Jamaluddin Yeop Majlis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.