Isnin, Disember 01, 2008

PJS Abdullah Kadir: Penggempur HPA Di Bukit Beruntung.


PJS Abdullah Kadir atau lebih dikenali sebagai Pak Chop telah menjadikan HPA sebagai kerjaya hidupnya sejak ia menyertai HPA pada Julai 2005. Beliau mula mengintai peluang perniagaan dalam HPA ini apabila bersetuju mengikut saya ke Majlis Konvensyen 2005 di Dewan Perdana Felda KL. Beliau menjadi ahli seumur hidup melalui anak saudara majikannya iaitu Sdr. Nasrul bin Nurulin. Majikannya ketika itu ialah Datuk Osman bin Abdul, bekas Ahli Parlimen Pendang yang pernah menjadi Timbalan Menteri dan Pengerusi MARA. Sekarang Pengerusi Kurnia Insuran Berhad. Sdr. Nasrul ketika itu pelajar PTPL di Shah Alam mengambil kursus Diploma Pengurusan Perniagaan dan menjadikan saya dan HPA sebagai bahan kajiannya di akhir kursus.

Di Majlis Konvensyen itu Pakchop membawa keluarganya sekali mungkin untuk meyakinkan pada keluarganya apa yang ia telah ceburi dan nak bersama selama-lamanya. Apa yang saya sangkakan itu memang betul kerana setelah habis progrem beliau menyatakan pada saya yang ia nak berhenti kerja dan nak full time bersama HPA. Ye ke ni Pakchop.. Jangan le nak ikut macam saya.. Saya ni ya lah memang tak pernah makan gaji.. Tapi Pakchop tu dah lebih 40 tahun makan gaji dengan orang. Dan memang Datuk Osman lah majikannya sejak di Pendang lagi sehinggalah berhijrah ke Bukit Lanjan Kuala Lumpur. Tapi dia dah bertekad. Katanya, Pakchop ni kalau dah kata A tu A lah... Begitu bersemangat dan yakinnya dia.. Okey la Pakchop, kita gempur sama-sama jangan pandang belakang lagi malah kiri kanan pun kalau ada yang mengacau jangan pandang, kita mara terus ke hadapan..

Sebulan selepas itu Pakchop datang memberitahu saya bahawa ia telah berhenti kerja dan menyatakan hasratnya nak terus jadi stokis. Katanya Pakchop dah taja semua anak isteri jadi ahli dan semuanya bersetuju nak bergerak bersama Pakchop. Begitu bersemangat sekali Pakchop ketika bercerita kepada saya. Alhamdulillah... Semoga Allah tunjukkan jalan kejayaan kepada mereka yang berkehendak. Amin.. Beliau berusaha mencari lokasi perniagaan untuk mempromosikan produk HPA di tempat awam seperti yang saya lakukan di Pasaraya Taman Tun Dr Ismail. Akhirnya beliau memilih di Pasar Awam Bukit Beruntung sebagai tempat nak mempromosikan barangan HPA untuk mendapatkan lebih ramai rakan kongsi perniagaannya dalam MLM HPA.

Disember 2005 kali pertama HPA mengadakan progrem Perkongsian Bijak PB di Jejawi Perlis. Peringkat percubaan tetapi berhasil kerana semua peserta yang kesemuanya dari Lembah Klang iaitu group Kak Bib dan Hafidzan berikrar dan berjanji nak membawa 6 orang ke progrem PB akan datang. Ini mendorong pihak urusetia PB yang diketuai oleh Pengurus Besar AWM En Mohd Faisol menganjurkan progrem PB di Hotel Putra Palace pada bulan Januari 2006. Berita ini saya sampaikan pada Pakchop. Saya ceritakan kelebihan mengikuti progrem PB ini. Diantaranya terus mencapai pangkat pertama iaitu Pengurus Melati PLX tanpa lagi perlu mengumpul sehingga 1501NM.

Bayarannya cuma RM250 untuk 3 hari 2 malam. Banyak ilmu yang kita dapat. Apalagi Pakchop yang sedang bersemangat waja dengan kereta wajanya menggempur rangkaiannya yang terdiri dari keluarga, kawan dan jiran terdekatnya untuk menyertai progrem PB di Kangar Perlis.

Alhamdulillah beliau bersama saya dapat mengumpulkan 17 orang peserta ke progrem PB pada bulan Januari 2006 di Hotel Putra Palace Kangar Perlis. Kesemua peserta berjumlah 250 orang. Majoritinya dari Lembah Klang. Apa tidaknya PJS Siti Habibah Yusof saja berjaya membawa peserta 3 buah bas dan PJS Hafidzan pula membawa peserta 2 buah bas. Peserta lain dari Kelantan. Dari utara tidak ada walaupun buat di utara. Mereka tak nampak lagi. Tapi sekarang di utaralah yang nampak hebat. Apa tidaknya tiap-tiap minggu sekarang di utara ada PBC terutamanya di Sg Petani dibawah PJS Us Zahir Ghazali. Alhamdulillah mereka dah nampak malah dapat melahirkan ramai leader-leader baru seperti PJS Syed Ageel dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada PJS di utara. Mungkin ada keberkatannya di sana. Semoga mengalir di semua tempat. Amin...

Berbalik kepada kisah Pakchop. Pakchop ini dulu driver peribadi aje. Bukannya macam orang lain yang berhenti kerja dah ada wang simpanan yang banyak. Pakchop ni dah la tak ada wang simpanan, wang pampasan kerja pun tak diberi.. Begitulah antara ungkapan Pakchop pada saya setelah balik dari PB di Perlis. Maklumlah yang pergi tu majoriti keluarganya sendiri. Sudah tentulah banyak yang nak kena top-up. Seorang 300NM. Yuran kursus rm250. Kos pergi balik lagi.. Tetapi dengan kecekalan yang ada pada Pakchop, beliau dapat juga selesaikan. Antara usahanya ialah dengan membuat jualan di Bukit Beruntung setiap hari Sabtu dan Ahad.

Usahanya berbaloi kerana tak sampai 6 bulan ia telah mencapai pangkat Pengarah Jati dan dilantik sebagai PJS 3 bulan selepas itu pula. Beliau menerima anugerah ini di Majlis Konvensyen HPA di Dewan Wawasan Jitra Kedah pada Oktober 2006. Di Majlis ini juga beliau menerima anugerah Keluarga Gemilang HPA. Pada Konvensyen HPA 2007 di PICC Putrajaya pula beliau dianugerahkan sebagai Pengarah Jati Terbaik dan menerima anugerah Top 50 dikalangan pengedar HPA yang berjaya. Beliau bersama saya berpeluang melawat Bandung dan Jog Jakarta atas tajaan HPA. Alhamdulillah..

Kini beliau berjaya melahirkan ramai pelapis di kalangan keluarganya sendiri. Diantaranya anak sulungnya sendiri PJ Shaiful Anita yang sekarang menjadi stokis di Sentul KL. Anak keduanya PJX Shaiful Azharuddin jadi stokis di Prima Damansara. Anak ketiganya PL Mohd Fariyuddin jadi stokis di Damansara Damai. Isterinya sendiri PL Khadijah Jaafar juga stokis di Damansara Damai. PL Abdul Razak Shukor Stokis di Seksyen 27 Shah Alam. PJX Jamaliah Ali Stokis di Bukit Beruntung dan PJX Ahmad Kamizi Stokis di Rasa Ulu Selangor. Tahniah diucapkan kepada beliau. Barakallah...



Tiada ulasan: