Jumaat, Julai 31, 2009

Elakkan Influenza A (H1N1) menyerang Umat Islam

/

Wabak selesema babi 2009 bermula pada Mei dan sehingga 21 Jun 2009, terdapat 50 kes di Malaysia, tetapi hingga 28 Julai terkumpul 1219 kes dengan kematian tiga orang. Dan pada hari semalam satu lagi maut disahkan di Hospital Melaka. Pada hari ini seorang lagi budak berumur 10 tahun meninggal di Perak kerana H1N1. Peningkatan kes yang pantas ini amat membimbangkan semua pihak.

Persoalannya mengapa begitu pantas berlaku di negara ini padahal di peringkat awal pihak berwajib memberi jaminan bahawa kes ini terkawal. Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan berkerja keras bagi memastikan penyakit itu tidak menular ke negara ini. Namun kerja keras mereka berdua gagal membendung.

Bermula dari beberapa sekolah jenis kebangsaan Cina ditutup, tapi dalam tempoh tidak sampai sebulan beberapa UiTM ditutup, kemudian kolej dan politeknik termasuk sekolah agama di Johor turut terlibat. Perkembangan ini sungguh menghairankan. Mengapa pelajar Melayu dan Islam menjadi mangsa H1N1?

Rencana ini cuba menyingkap rahsia di sebalik wabak ini dan kaitannya dengan umat Islam. Sebenarnya sepanjang virus ini menyerang dunia, umat Islam daripada golongan pemimpin sehingga orang awam di kampung berasa sangat selesa dan selamat. Malah sebahagian orang Islam beranggap, selesema babi hanya akan menyerang orang yang makan babi. Maka orang Melayu tidak akan kena wabak itu.

Oleh sebab tidak bimbang penularannya terhadap orang Islam, pemimpin termasuk ulama tidak serius dalam usaha mengelaknya. Mereka tidak mengambil kisah dengan penjagaan kesihatan dan kebersihan. Umat Islam sudah ada rasa berbunga di hati bahawa mereka boleh bebas daripada selesema babi, namun hakikatnya mereka sombong kepada Allah.

Sebenarnya Allah datangkan wabak ini untuk menguji hamba-Nya, tetapi apabila hamba-Nya tidak mahu mengambil iktibar daripada wabak itu, maka Dia membiarkan wabak itu menyerang sesiapa sahaja. Siapa yang langsung tidak mahu menjaga kesihatan dan kebersihan akan lebih cepat mendapat penyakit itu.

Selain itu, umat Islam yang terus lalai, leka, dan sombong itu tidak pernah berpaut kepada Allah. Mereka tidak pernah berdoa kepada Allah untuk memohon ditolak bala itu. Mereka tidak pernah meminta perlindungan Allah daripada wabak itu. Inilah hakikat yang sukar dinafikan.

Menyedari keadaan ini, saya menyeru semua umat Islam supaya bertaubat daripada kealpaan itu. Marilah kita membaca doa minta Allah hindarkan wabak itu daripada kita dan negara.

Doa yang di syorkan adalah :-


عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ

Maksud: Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Sesiapa dari hamba Allah yang membaca (Doa/Zikir):

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

Sumber : - “Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan sore hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.” HR. Abu Dawud 4/323, At- Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332, Al-Allamah Ibnu Baaz berpendapat, isnad hadits tersebut hasan dalam Tuhfatul Akhyar hal. 39.
- Kitab Hisnul Muslim, Kumpulan Doa dan Dzikir Dari Al Quran dan As Sunnah, Said bin Ali Al Qathani

Umat Islam seharusnya bergantung kepada Allah dalam semua keadaan, waktu baik apatah lagi waktu bencana. Apabila kita banyak bergantung kepada Allah waktu senang pasti Allah bersama dengan kita waktu kita susah.

Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah "pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan" . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-

1. IMT - 3 biji 3 kali sehari
2. Roselle - 5 biji x 3 atau teh roselle - 2 uncang x3
3. Madu corcinium - 2 sudu x 3
4. kopi Radix bila perlu
5. Malac - 2 biji x 3
6. Teh herba bila perlu

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .

Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini .Amin.

Rujukan: Baei.blogspot.com, kulliyyah.blogspot.com, jawiherbshop.blogspot.com
/

Khamis, Julai 30, 2009

Pusat Jualan HPA di Ulu Klang Selangor

/

Pada hari Ahad 26 Julai sehari selepas KONVEK di Serdang, sebuah lagi Pusat Jualan HPA yang ekslusif telah dibuka di Taman Permata Ulu Klang bersebelahan dengan Giant Ulu Klang. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Pengurus Besar AWM En. Mohd Faisol Abd Rahman di premis perniagaan yang beralamat:

5B, Persiaran Permata,
Taman Permata Ulu Klang,
53300 Kuala Lumpur.




Walaupun premis terletak di tingkat 2, kemudahan lif yang disediakan memudahkan orang ramai khususnya pengedar dari kawasan yang berhampiran untuk mendapatkan semua jenis produk HPA seperti Ayam Organik, Sate ayam organik segera, Aiskrim pelbagai perisa, barangan kegunaan harian dirumah, ubat-ubatan herba, makanan & minuman kesihatan dan banyak lagi produk keluaran muslim lainnya yang diakui kesucian dan kebersihannya seperti dodol dan krepek-krepek.



Selepas majlis perasmian, semua para hadirin dijamu makan Nasi Ayam Organik di luar bangunan dibawah khemah yang agak ekslusif. Ayam organik HPA dibakar segera disitu oleh Komiti HPA NILAI yang diketuai oleh En Azmiley.

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah AGM/Pengurus HPA Zon Tengah Pn Siti Nor Hazliana, Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi, PJS Rosmandi Ishak, PJS Siti Habibah Yusoff, PJS Hj Marjuni, PJS Hj Zainal Ahmad, PJS Baharuddin Jantan dan PJS Jamaluddin Yeop Majlis.

Pn Hamsiah kanan sekali bersama suami dan PJS Siti Habibah Yusof dan PJS Baharuddin Jantan

Pemilik Pusat Jualan HPA Ulu Klang Puan Hamsiah binti Ja'afar boleh dihubungi melalui talian 012-3151010 atau 016-2616900
/

Rabu, Julai 29, 2009

PJS Shafei Hj Tasiron - "Leader" cemerlang dari Negeri Johor

/
PJS Shafei Hj Tasiron sedang menerima hadiah insentif Haji dari Pengarah Urusan 2 HPA Tn. Hj Fisal Ahmad Tajuddin di majlis KONVEK yang diadakan di dewan MAEP Serdang baru-baru ini.

PJS Shafei Hj Tasiron yang kini berpangkat Pengarah Jati Intan merupakan Upline aras ke-4 dalam hiraki upline saya. Antara saya dan dia ada 3 orang lagi upline saya yang masih berpangkat Pengurus Melati PLX. Dalam majlis KONVEK yang diadakan di dewan MAEP Serdang baru-baru ini, beliau merupakan satu-satunya leader dari Negeri Johor yang mendapat anugerah Insentif HAJI dan Pelancungan Asia Oceania. Manakala isterinya PJS Pn Rosjulila pula mendapat anugerah insentif UMRAH dan pemenang anugerah Pusat Jualan Terbaik disamping menerima cabutan bertuah 500NM iaitu satu unit Laptop dan seunit kamera digital.

Pada mulanya saya tidak tahu beliau adalah upline saya sehinggalah pada pertengahan tahun 2006 ketika beliau membawa beberapa rakan baru niaganya ke program PBC yang diadakan di Hotel Putra KL, kami berkenalan. Dalam statement bonosnya terdapat nama saya dalam bonus generasi pangkatnya. Ketika itu beliau masih PLX sedangkan saya sudah berpangkat PJS dan menjadi pemantau dalam program PBC yang dihadirinya disitu. Beliau nampak bersemangat ketika itu sehinggalah sekarang semangatnya tak luntur walaupun berbagai mehnah dan ujian yang beliau hadapi dalam mengejar cita-citanya. Dari seorang pemandu lori sayur dan petani moden kini beliau bergaya dengan MPV TOYOTA ALPHARD dengan pendapatan melebihi RM20ribu sebulan bersama isterinya. Tahniah diucapkan kepada beliau semoga bertambah IMAN terutamanya selepas pulang dari mengerjakan Haji dan Umrah kelak. Selamat berjaya dan bergaya didunia dan akhirat. AMIN...
/



Selasa, Julai 28, 2009

PROGRAM UNTUK PJS - MENGGENGGAM HARAPAN UMMAH


Berikut adalah info terkini dari blog gmalwahida.blogspot.com mengenai program "MENGENGGAM HARAPAN UMMAH" bersama Pengarah Urusan.


Disebabkan jumlah PJS terkini adalah 143 orang, maka program ini akan di bahagikan kepada 3 peringkat kumpulan.
Disini saya listkan senarai PJS yang perlu hadir pada 4hb dan 5hb Ogos ini. PJS yang lain akan saya infokan pada tarikh yang akan saya umumkan nanti.

266185.MY01 ASAH BT IBRAHIM
266663.MY01 MUZLINA BT ABDUL RAHIM
267421.MY01 RADIYATI BT ABD RAHMAN
267703.MY01 ZANBLI BIN ABDUL RASHID
268874.MY01 NIK MOOD BIN NIK WAN MEGAT
269256.MY01 NOOR HYZAD BIN MOHAMAD KASIM
269346.MY01 ABD RAZAK BIN IBRAHIM
269601.MY01 ROZMI BIN YUSOF
270659.MY01 JUITA BT HJ TAHA
270842.MY01 DAYANG SURINAH BT MOHAMAD SUPERI
270993.MY01 ABD RAZAK BIN MUSA
271304.MY01 MOHD ALI BIN ISMAIL
271703.MY01 MOHAMAD HELMI BIN ABD KADIR
272256.MY01 MUNIRAH BT SHAFIE
275018.MY01 FADZILAH BT YAHAYA
275152.MY01 MOHMAD BAKAR BIN AWANG
279002.MY01 NOR JERIAH BT LOKOMAN
279009.MY01 MOHD JOHARI SHAH BIN ARIFFIN
280041.MY01 NOR ZAIMI BIN CHE ME
281569.MY01 AHMAD ZAKI BIN HJ MOHD NOR
281680.MY01 SYED AGEEL BIN SYED MOHD MAHAYADIN
283958.MY01 ZAHIRAH BT MOHAMAD
284485.MY01 CIK MAT SUKRI BIN KHALID
284586.MY01 ROSLINA BT HASSIM
284610.MY01 ROHANI BT MOHD NOOR
285495.MY01 KHADI BIN SAARI
285501.MY01 MOHD BUSTAMAN BIN SALLEH
287738.MY01 NASIMAH BT MUSA
287742.MY01 FAUZIAH BT ABU SAMAH
287904.MY01 SUHAIZA BT RUSLI
288781.MY01 KHALILAH WONG BT ABDULLAH
288816.MY01 ABDUL JALIL BIN ZAINOL
290976.MY01 ZAINUDDIN BIN ABDUL
292666.MY01 SHOHIMI BIN AHMAD
293653.MY01 ABD RAZAK BIN MOHD ARIF @ RAHMAT
300223.MY01 ROZAIDA BT AHMAD
302892.MY01 MOHAMAD ASRI BIN ZAKARIA
303310.MY01 AMIRUDDIN BIN ABU BAKAR
303858.MY01 ABDULLAH BIN ABU HASAN
317562.MY01 ZAINAL ABIDIN BIN MOHD ALI
317980.MY01 MOHD RADZI BIN SHUIB
330408.MY01 AZNIN BIN UJANG
333060.MY01 MOHD FAIZAL BIN AZMI
418332.MY01 NOLIAH BT AHMAD

* Yang bertanda bold adalah PJS yang berada di Zon KPA. Harapan daripada Presiden KPA agar tidak menguzurkan diri..
/

64 Pengedar HPA dapat Anugerah UMRAH

/

INSENTIF UMRAH diberikan kepada semua pengedar HPA yang berpangkat dari Pengedar Biasa (PB) hingga Pengarah Jati Mahkota (PJM) yang membuat belian peribadi 300NM sebulan mulai Okt 2008 sehingga Mei 2009. Mencapai bonus RM 5,000 ke RM 9,999 menjelang Mei 2009. Mereka yang berjaya ialah seperti berikut:




Bil No Ahli HPA Nama Penerima
1 000250.MY01 NORMAH BT ABD SATAR
2 000518.MY01 ZAINAL BIN AHMAD
3 002063.MY01 HAMIJA BT ABD RAHMAN @ NGAH
4 002912.MY01 AHMAD SHAFFIK BIN MOHAMAD
5 003235.MY01 ALIMAH BT SAM
6 003592.MY01 JUMANI BIN ABDUL SALAM
7 004922.MY01 MD KHATIB BIN HUSSEN
8 006338.MY01 ABDUL RAZAK BIN HUSSAIN
9 006999.MY01 MARJUNI BIN HJ SALLEH
10 010388.MY01 ZAIMAH BT HAJI ABD KADIR
11 025312.MY01 ASNIEAH BT BADRI @ NADZRI
12 028437.MY01 RAHMAT BIN DAIM
13 028728.MY01 JAMALUDDIN BIN MD NOR
14 028792.MY01 AB MALEK BIN AHMAD
15 029568.MY01 NORINI BT GHANI
16 030091.MY01 KHAIRULANUAR BIN BARHANUDDIN
17 036086.MY01 AHMAD SUBRI BIN MURAD
18 037388.MY01 ZABEDAH BT ABDULLAH (1)
19 044159.MY01 ABD RAHIM BIN ABD TALIB
20 046187.MY01 MOHD ZAIDI BIN GHAZALI
21 049765.MY01 SABRI BIN JAAFAR
22 050310.MY01 MOHD YUSOF BIN MOHD SIDEK
23 064703.MY01 AMINAH BT MAMAT
24 066736.MY01 NOREDA BT HAMID
25 067943.MY01 MEOR JOHAIDI BIN HAMID
26 075385.MY01 ROSHADAH BT ABDUL RAZAK
27 087255.MY01 ROSJULILA BT HUSIN
28 089486.MY01 NORSHIDAH BT MOHD DAUD
29 092273.MY01 ZAILEHAN BT AB MANAP
30 092290.MY01 ABDUL YADI BIN MOHD SAID
31 115791.MY01 MUSLIANA BT MUSLIM
32 127251.MY01 JAMALUDDIN BIN HJ YEOP MAJLIS
33 152174.MY01 JALALUDDIN BIN HJ YEOP MAJLIS
34 163055.MY01 JAMALIAH BT OMAR
35 165494.MY01 SIHAM BT MOHD HASHIM
36 220823.MY01 Z.AZNAN @ AHMAD BIN ADRINE
37 234519.MY01 ROMLI BIN HJ ABU BAKAR
38 243526.MY01 ANUAR BIN ABD LAIB @ ABDUL LATIB
39 247608.MY01 SALIMI BIN ADNI
40 248484.MY01 NORAHINI BT HARUN
41 248512.MY01 MOHD BOKHARI BIN SALEH
42 248594.MY01 JAMALUDIN BIN JUSOH
43 249267.MY01 SITI ABIDAH BT ABDUL RAHMAN
44 250111.MY01 SAIFURAIN BIN ABDULLAH
45 250759.MY01 NAIMAH BT ISHAK
46 255002.MY01 NOR HAIDA BT RAMELI
47 260065.MY01 SITI NORWANDA BT MOHD YUSOFF
48 260659.MY01 ABDULLAH BIN KADIR
49 263723.MY01 SYED SALAHUDDIN B SYED MAHAYADIN
50 264941.MY01 MAZNAH BT DERANI
51 266663.MY01 MUZLINA BT ABDUL RAHIM
52 268874.MY01 NIK MOOD BIN NIK WAN MEGAT
53 271703.MY01 MOHAMAD HELMI BIN ABD KADIR
54 272256.MY01 MUNIRAH BT SHAFIE
55 279002.MY01 NOR JERIAH BT LOKOMAN
56 284485.MY01 CIK MAT SUKRI BIN KHALID
57 284610.MY01 ROHANI BT MOHD NOOR
58 285489.MY01 SHUKIMAN BIN AWANG MAT
59 285501.MY01 MOHD BUSTAMAN BIN SALLEH
60 285832.MY01 SYD SHAFULALWI BIN SYD AHMAD FUZI
61 288781.MY01 KHALILAH WONG BT ABDULLAH
62 317980.MY01 MOHD RADZI BIN SHUIB
63 377977.MY01 MOHD ZULKIFLI BIN MUHAMMAD NASIR
64
/

408638.MY01


KASWANI BT KASIM


Isnin, Julai 27, 2009

20 Pengedar Terbaik HPA dapat anugerah HAJI

/
20 pengedar terbaik HPA atau dikenali sebagai Top20 mendapat durian runtuh apabila dianugerahkan mengerjakan HAJI atau wang tunai RM15,000.00.

TOP 20 dipilih berdasarkan BONUS yang diterima dan juga memenuhi syarat dan kriteria dalam INSENTIF C : KATEGORI 1, KONVEK 2009... iaitu pengedar berpangkat minima PJE yang membuat belian peribadi 200NM dan 300NM bersih dari jaringan PLX kebawah dari Okt 2008 hingga Mei 2009 dan mempunyai bonus sekurang-kurangnya RM10,000 sebelum Mei 2009. Maka Top20 dari mereka yang layak diatas mendapat insentif HAJI yang ditawarkan.

Berikut disenaraikan mereka yang layak mengikut urutan no daftar keahlian HPA.... yang diumumkan semasa Konvek 2009 baru-baru ini.


1. 000002 : NORHAYATI BINTI YUNUS (Selangor)
2. 000014 : MOHD NADZRI BIN AHMAD (Kedah)
3. 000286 : ROSMANDI ISHAK (Selangor)
4. 001991 : CHE ABD RAHMAN BIN CHE OMAR (Kelantan)
5. 002550 : HADFIZAN BIN FAUZI (Selangor)
6. 003458 : AMINAH BT SAM (Negeri Sembilan)
7. 014605 : ZAHARAH BT MAT ZAIN (Kedah)
8. 017390 : SITI ZAWIYAH@NOR ZAKIAH ABD RAHMAN (Kelantan)
9. 019195 : ISMAIL BIN OTHMAN (Kedah)
10. 025053 : MOHD SHAFIE BIN TASIRON (Johor)
11. 031716 : SHARIFAH SULAIMAN (Kedah)
12. 041362 : MURAD BIN ABU BAKAR (Selangor)
13. 045875 : MOHD ZAHIR BIN GHAZALI (Kedah)
14. 049750 : SABRI BIN AHMAD (Kedah)
15. 049956 : SITI HABIBAH YUSOFF (Negeri Sembilan)
16. 085867 : KHALID BIN ISHKRI (Selangor)
17. 108524 : AZIZAN BIN AHMAD (Kedah)
18. 111252 : JAAFAR BIN ABDUL GHANI (Pahang)
19. 111801 : MOHD RAMIZU BIN ABDULLAH (Kelantan)
20. 281680 : SYED AGEEL SYED MAHAYADDIN (P.Pinang)

Tahniah diucapkan kepada mereka, semoga bertambah IMAN WAL MAAL. SELAMAT BERIBADAH...
/

Pusat Pentadbiran HPA akan berpindah ke Putrajaya

/
Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail ketika berucap merasmikan KONVEK HPA 2009 di Dewan MAEP Serdang


Selepas jualan HPA mencecah 15 juta sebulan pada tahun ini, pusat pentadbiran HPA yang kini beroperasi di Perlis akan berpindah ke Putrajaya secepat mungkin. Ini dinyatakan oleh Tuan Haji Ismail Hj Ahmad Pengarah Urusan HPA ketika merasmikan KONVEK 09 di Dewan MAEP Serdang pada 25 Julai 2009. Menurutnya lagi dalam kita mensasarkan 500 produk HPA penghujung tahun ini, banyak lagi projek besar yang akan dibangunkan oleh HPA. Antaranya RFC di Lembah Klang, HPA Mall, membangunkan beberapa buah hotel lagi setelah kita berjaya membuka dengan rasminya AzZahra Inn di Sg Petani dan akhirnya nanti dalam tempoh 10 tahun akan datang kita akan menukarkan KOWAHIDA kepada sebuah BANK WAHIDA yang bertaraf antarabangsa.

Menurutnya lagi HPA akan menubuhkan Universitinya sendiri suatu masa kelak yang kini kita telah memulakannya dengan menubuhkan Institut Teknologi HPA (IT HPA). IT HPA merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dimiliki dan diuruskankan oleh Teknologi HPA Sdn Bhd. Tujuan penubuhannya adalah untuk melahirkan seramai mungkin generasi salafussoleh (orang yang beriman) dengan menggunakan pendekatan AL-QURAN, Hadis, Ijmak dan Qias. Bidang pengajiannya terbahagi kepada tiga:

- Pengajian Islam (Manhal)
- Pengubatan Islam
- Kemahiran / Professional
/


Ahad, Julai 26, 2009

Presiden KPA dan Isteri Presiden KPU terima anugerah DOTY di KONVEK 09

/
Anugerah Distributor Of The Year atau singkatannya DOTY adalah anugerah tertinggi dalam setiap KONVEK HPA. Penerima anugerah sebelum ini ialah

DOTY 2003: PJS CIKGU MURAD ABU BAKAR
DOTY 2004: PJS KHALID ISKRI DAN PJS SHARIFAH SULAIMAN
DOTY 2005: PJS CIKGU MURAD ABU BAKAR DAN PJS SHARIFAH SULAIMAN
DOTY 2006: PJS SITI HABIBAH YUSOFF DAN PJS CIKGU NAZRI AHMAD
DOTY 2007: PJS USTAZ MOHD ZAHIR GHAZALI DAN PJS SITI ZAWIYAH @ NOOR ZAKIAH
DOTY 2008-2009: PJS HAFIDZAN FAUZI DAN PJS ZAHARAH MAT ZAIN

PJS Hafidzan Fauzi adalah Presiden Kelab Pemimpin AlWahida KPA manakala PJS Zaharah Mat Zain adalah isteri kepada PJS Azizan Ahmad Presiden Kelab Pemimpin Utara KPU.

PJS Hafidzan bersama 3 isteri naik ke pentas memberikan ucapan setelah ditabalkan sebagai Distributor Of The Year 2009.


PJS Zaharah Mat Zain yang dinobatkan sebagai DOTY 2009 bergambar bersama saya dan adik saya PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis yang merupakan downlinenya dari jaringan PJS Siti Zawiyah @ Noor Zakiah dari Kelantan. Kami adik beradik bersama 64 orang lagi pengedar mendapat insentif UMRAH.

DOTY 2009 selain mendapat insentif Haji, mereke diberi sejambak bunga, trofi kristal, plak DOTY, gelang emas 916 dan sijil penghargaan. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada jaringan saya PJS Abdullah Kadir yang banyak menerima anugerah kali ini. Selain daripada dapat insentif Umrah bersama saya, beliau juga mendapat insentif percutian di Langkawi dan penerima anugerah Pengurus Stokis Terbaik disamping menerima hadiah pasti dan menang cabutan bertuah.

PJS Abdullah Kadir atau lebih dikenali sebagai Pakchop bersama isteri Pn Khadijah atau lebih dikenali sebagai Makjah berbangga menerima banyak anugerah pada Konvek kali ini. Semoga selepas ini lebih aktif lagi mengembangkan jaringannya. Pakchop merupakan pejuang gigih sejak menyertai HPA selepas menghadiri KONVEK 2005 di Dewan Perdana Felda.

Seorang lagi jaringan saya iaitu PJE Mohd Shafarul Nizam bin Mohd Idris yang menerima anugerah Insentif Percutian ke Langkawi. Beliau merupakan pejuang gigih sejak menyertai HPA pada tahun 2006. Lebih membanggakan beliau lagi kerana berjaya menjadikan ibu kandungnya sendiri Pn Zulliah Ahmad menjadi Pengarah Jati. Begitu juga ibu angkatnya Pn Maimunah Pawanteh dari Batang Kali juga mendapat anugerah Pengarah Jati.

PJE Mohd Shafarul Nizam Mohd Idris berbangga menerima anugerah Pengarah Jati Emas iaitu pakej percutian ke Langkawi sempena KONVEK 2009.


Pn Zulliah kanan sekali bersama Pn Maimunah Pawanteh kiri sekali dan Ustazah Nor Izah Ghazali isteri kepada Prof Madya Dr Ishak Suliaman yang masing-masing menerima anugerah Pengarah Jati.

Bergambar kenangan diperkarangan MAEPS bersama Cikgu Abu Hasan Morad Pengarah Urusan Galeri Ilmu Sdn Bhd penerbit majalah ANIS dan Us Ahmad Baei Jaafar Editor majalah SOLUSI terbitan Telaga Biru Sdn Bhd yang turut hadir dalam majlis KONVEK 09 di MAEP Serdang.


Jumaat, Julai 24, 2009

Empayar Nestle dan Kejahilan Umat Islam

/
/
100 Tahun Yang Lalu

Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.

boikot-nestle-sahabat-israel. Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.

Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn’t sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat Malaysia

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.

Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O’Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:

O’Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world’s largest consumers of Milo.

Saya terjemahkan di sini:

O’Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo.

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.

Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam

Sumber rujukan: InMinds.co.uk

Selamat ber KONVEK untuk warga HPA

/


KONVEK adalah acara tahunan HPA untuk meraikan kejayaan pengedar-pengedarnya. KONVEK adalah singkatan dari Konvensyen dan Konvokesyen. Sejak saya menyertai HPA, saya hanya sempat menghadiri 5 kali majlis Konvek ini iaitu:

2003 - Pusat Belia Antarabangsa Cheras
2004 - Kuala Lumpur International Hotel
2005 - Dewan Perdana FELDA Kuala Lumpur.
2006 - Dewan Wawasan Jitra Kedah.
2007 - PICC Putrajaya

2008 - Majlis Konvek tidak dapat dijalankan. Ianya disekalikan pada tahun 2009 pada 25 Julai ini. Bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).


Khamis, Julai 23, 2009

Radix Koko - Minuman Malt Coklat HPA

/
Radix koko segera 1kg, Harga RM22.00. Harga pengedar RM18.00. Nilai mata 5

Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun begitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

Radix koko segera 1 kotak 15 sachet. Harga RM20.00. Harga pengedar RM16.00. Nilai mata 5

Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini. Gempur Radix Koko!


Khasiat Coklat



Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat.

Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas.

Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.
Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.
/

Selasa, Julai 21, 2009

Orang Lama HPA buka jaringan baru di UPSI

/
PJM PN HJH NORHAYATI YUNUS

PJI PN HJH NORMAH ABD SATTAR

Dua orang tokoh awal pengedar HPA di Lembah Klang iaitu PJM Puan Hajjah Norhayati Yunus NPB: 000002.MY01 dan PJI Puan Hajjah Normah Sattar NPB:000250.MY01 alhamdulillah berjaya membuka jaringan baru di Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim Perak (UPSI). Pada 18 Julai baru-baru ini, saya dijemput oleh mereka untuk mengisi slot mengenai Perniagaan MLM HPA dan Bagaimana nak menjadi Usahawan Herbalis MLM HPA. Seramai 80 orang pelajar yang mengambil Diploma Pengurusan Perniagaan dalam semester 5 dan 6 bersama 2 orang pensyarahnya iaitu Dr Khalid dan Dr Norizan hadir dalam majlis yang diadakan dalam Dewan Kuliah N UPSI.

Sebahagian daripada 80 pelajar Semester 5 dan 6 Fakulti Pengurusan Perniagaan UPSI


Saya yang dijemput menjadi moderator dalam majlis ini mengundang 2 orang tokoh lama ini untuk menceritakan kisah penglibatan mereka dalam HPA dan bagaimana mereka dapat bertahan dalam perniagaan MLM HPA dengan meraih pendapatan 5 angka dari HPA. Saya juga menjemput tokoh baru dalam HPA iaitu PJE Sdr. Mohd Shafarul Nizam NPB 275393.MY01 yang baru 3 tahun bersama HPA pun boleh berjaya dengan hanya bermodalkan RM100 tetapi boleh juga memperolehi pendapatan lumayan bersama HPA. Pendapatan beliau dalam HPA sekarang dah mencecah RM3,000 sebulan berbanding RM750.00 sebulan semasa bekerja sebagai "dispatch boy" disebuah syarikat swasta 3 tahun yang lalu. Ikuti kisahnya dalam link

PJE MOHD SHAFARUL NIZAM BIN MOHD IDRIS

Alhamdulillah hampir kesemua mereka yang hadir diakhir majlis telah mengisi borang sementara beserta wang kit niaga sebanyak RM30.00. Mereka akan dihubungi semula selepas ini. Menurut Dr Khalid, jika nak buat program PBC di UPSI pun boleh tetapi tunggu waktu cuti semester, semua asrama boleh digunakan. Nanti beliau akan uruskan. Semoga usaha beliau bersama pelajarnya itu dimudahkan oleh Allah SWT. Bersama kita doakan. Amin.

PJI Pn Hjh Normah Abd Sattar mempunyai Pusat Agensi HPA di Seksyen 18 Shah Alam atas nama Asiatika Enterprise. Manakala PJM Pn Hjh Norhayati Yunus mempunyai SPA sendiri di Taman Gamelan, Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru atas nama Spa Teja Lawang. Kisah kejayaan PJM Pn Hjh Norhayati Yunus ada saya catatkan dalam link.
/

Jumaat, Julai 17, 2009

GM Lancarkan Laman Web KPA di Malam Motivasi HPA

/


Alhamdulillah di Malam Motivasi HPA yang diadakan di Dewan Besar Hotel KLIH pd 15 Julai baru-baru ini, Pengurus Besar HPA En Mohd Faisol Abdul Rahman berkenan melancarkan Laman Web baru Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA). Sebelum ini Webblog KPA beralamat www.kpa2u.wordpress.com telah ditukar kepada laman yang lebih besar fungsinya iaitu www.kpa2u.com. Laman Web baru ini insyaAllah akan diselenggarakan oleh 3 moderator iaitu saya sendiri selaku Ketua Unit IT KPA, PJS Hj Ramly Ahmad dan PJS Us Mohd Asri Zakaria. Manakala designer En Fadhil Pengerusi Komuniti Hpa Bandar Baru Bangi.

Seramai 500 pengedar baru dan lama dari Lembah Klang termasuk dari Negeri Sembilan, Melaka dan Tangkak Johor dapat memenuhi dewan utama KLIH untuk mendengar motivasi yang disampaikan oleh GM En Mohd Faisol dan PJM En. Khalid Iskri. PJM Siti Habibah Yusof pula menceritakan kisah suka dukanya 11 tahun bersama HPA. Seorang suri rumahtangga yang mendapat pendapatan lebih RM30,000 sebulan hasil dari perjuangan menegakkan Fardhu Kifayah melalui HPA ini amatlah kita banggakan.

Majlis yang dipengerusikan oleh PJM Rosmandi dan kata-kata aluan oleh Presiden KPA PJM Hafidzan Faudzi mendapat sambutan dengan penuh semangat dari para hadirin. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Top Leader HPA iaitu PJM Cikgu Murad Abu Bakar.

Diakhir majlis, semua barisan penerima Anugerah PJ di Konvek pd 25 Julai nanti juga diperkenalkan dengan memanggil mereka yang mendaftarkan diri seorang demi seorang ke pentas untuk menerima sedikit hadiah dari KPA.. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Panel Syariah HPA Prof Madya Dr Ishak Suliaman yang juga penerima anugerah Pengarah Jati.

Untuk dapatkan berita selanjutnya dan gambar suasana program lagi sila klik http://www.kpa2u.com/malam_motivasi_hpa_09N15.htm.
/

Rabu, Julai 15, 2009

PBC di Hotel De Palma Kuala Selangor pada 8-9 Ogos.




Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA) bagi kawasan Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah memilih Hotel De Palma di Bukit Melawati Kuala Selangor tempat untuk meneruskan PBC di bulan Ogos akan datang. Tarikh yang telah di booking oleh HPA Ilham Holidays untuk program PBC di sini ialah pada 8-9 Ogos.

Oleh itu saya yang diamanahkan oleh KPA sebagai Pengarah PBC disini, marilah kita satu hati menggempur seramai mungkin peserta yang julung kalinya kita adakan disini.

Setiap peserta kita kenakan bayaran sebanyak RM180.00 untuk kursus selama 2 hari 1 malam termasuk penginapan dan makan di hotel.

Peserta terbuka untuk semua pengedar HPA, keutamaan diberi kepada pengedar yang belum berpangkat Pengurus Melati (PLX) khususnya dikawasan Kuala Selangor, Tg Karang, Sabak Bernam, Tg Malim, Kuala Kubu Baru, Rawang dan Sg Buloh tak kira dari rangkaian siapa.

Pendaftaran mula dibuka sekarang melalui:

1. Kuala Selangor: PJE Wak Fauzani 019-2230769
2. Tg Karang: PJS Abd Yadie Mohd Said 012-2248270
3. Sabak Bernam: PJS Munirah bt Shafei 013-2032656
4. Tg Malim: PJE Aspalela 012-6296323
5. Kuala Kubu Baru: PJS Abdul Razak Musa 017-3344174
6. Rawang: PJ Zulliah Ahmad 012-9199574
7. Bandar Baru Sg Buloh: PJS Abdullah Kadir (Pakchop) 019-6535486

Pengarah : PJS Jamaluddin Hj Yeop Majlis
Bendahari: PJS Siti Habibah Yusof

Motivator utama:
1. PJS Hafidzan Faudzi
2. PJS Rosmandi Ishak
3. PJS Khalid Iskri
4. Prof Madya Dr Ishak Suliaman

Ahad, Julai 12, 2009

Ayam Organik HPA tarik minat Ketua Eksekutif Jualan Hotel Sri Malaysia Ipoh


En. Mohamed bin Hj Jamaluddin. Senior Sales Executive Hotel Sri Malaysia Ipoh akhirnya menerima lamaran menjadi ahli pengedar HPA dan seterusnya menjadi peserta PBC di Hotel Sri Malaysia Ipoh pada 11-12 Julai yang berakhir petang tadi. Sebelum ini beliau telah banyak kali dilamar menjadi ahli HPA tetapi tidak berminat kerana beranggapan HPA sama saja dengan syarikat MLM yang lain. Menurutnya sebelum ini beliau pernah terlibat dengan banyak syarikat MLM yang besar besar malah pernah 2 tahun menjadi leader, fasilitator dan motivator kepada sebuah syarikat MLM bumiputra. Beliau yang sebelum ini bertugas sebagai Sales Executive Mc Donald selama 16 tahun baru saja menjawat jawatan Senior Sales Executive di Hotel Sri Malaysia Ipoh.


Beliau mula tertarik dengan HPA apabila pendekatan yang diberikan oleh Herbalis PJ Shafariah bt Ibrahim isteri kepada PJE Cikgu Sani semasa berurusan tentang menu makanan semasa PBC di hotel Sri Malaysia. Herbalis PJ Shafariah meminta supaya ayam jangan ada dalam menu makanan melainkan jika menggunakan ayam organik HPA. Shafariah memberitahunya ayam organik HPA digunakan sepenuhnya oleh 3 buah Restoran Makanan Segera yang terkenal di Kedah iaitu RFC di Sg Petani, RFC di Alor Star dan RFC di Bandar Laguna Merbok. Menurutnya lagi beliau pernah makan di RFC tetapi tak tahu pula yang RFC itu milik HPA. Inilah yang mendorong beliau untuk menjadi ahli dan terus mahu mengikuti PBC yang diadakan di hotelnya semalam dan hari ini.

Semasa sesi pembentangan diakhir kursus petang tadi, beliau nampak begitu faham tentang perjalanan Pelan Pemasaran HPA lalu beliau dinobatkan sebagai Peserta Lelaki Terbaik. Beliau dilahirkan pada tahun 1970 di Kg Kuchai Lambor Kiri, Parit, Perak dan memiliki Diploma Management Training dari Humberger University.



Seramai 32 peserta PBC kali ini di Hotel Sri Malaysia yang dikendalikan oleh KPA. Mereka yang terlibat sebagai fasilitator dan pengisian program ialah:

1. PJS Hj Ramly Ahmad.
2. PJS Jamaluddin Yeop Majlis
3. PJS Zabedah Abdullah
4. PJS Abdullah Abdul Rahim
5. PJE Rahaizan
6. PJE Sani
7. PJE Shafarul Nizam Mohd Idris
8. PJ Azakiah.
9. PJ Hasliza
10. PJ Ayob
11. PJ Shafariah