Khamis, Julai 23, 2009

Radix Koko - Minuman Malt Coklat HPA

/
Radix koko segera 1kg, Harga RM22.00. Harga pengedar RM18.00. Nilai mata 5

Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun begitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

Radix koko segera 1 kotak 15 sachet. Harga RM20.00. Harga pengedar RM16.00. Nilai mata 5

Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini. Gempur Radix Koko!


Khasiat Coklat



Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat.

Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas.

Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.
Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.
/

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I would like to express you some of my websites that can give way you is merest appealing. These are unusual things on the network and so please bear with us with their assessment. It is uncommonly grave to me, so I want you to be forgiving. The best of these is beyond a the [url=http://www.handsomemen.pl/wlosy,wlosy.html]pielêgnacja w³osów[/url] I foresee that you on like it there too much like me. Excellent wishes!

Tanpa Nama berkata...

I would like to show you some of my websites that can communicate you is very appealing. These are new things on the network and so please provoke with us with their assessment. It is dialect right substantial to me, so I want you to be forgiving. The first of these is incontrovertibly the [url=http://www.krn.pl]nieruchomości warszawa[/url], nieruchomości warszawa I anticipate that you will like it there too much like me. Greatest wishes!

Tanpa Nama berkata...

smash flash[url=http://www.smashflash.com/] website templates[/url], [url=http://www.smashflash.com/]flash templates[/url] and other products are accommodative gin designs, that can be used as a basis for feckless and high-quality website. Our bust templates, spider's finery templates and all other entanglement mellifluous manifest products are unqualifiedly customizable and in cheerfulness in behalf of run download.
We at smash limp-wristed do our supreme to harmony you with [url=http://www.smashflash.com/]web templates[/url] offer of perquisite quality.