Khamis, Julai 30, 2009

Pusat Jualan HPA di Ulu Klang Selangor

/

Pada hari Ahad 26 Julai sehari selepas KONVEK di Serdang, sebuah lagi Pusat Jualan HPA yang ekslusif telah dibuka di Taman Permata Ulu Klang bersebelahan dengan Giant Ulu Klang. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Pengurus Besar AWM En. Mohd Faisol Abd Rahman di premis perniagaan yang beralamat:

5B, Persiaran Permata,
Taman Permata Ulu Klang,
53300 Kuala Lumpur.




Walaupun premis terletak di tingkat 2, kemudahan lif yang disediakan memudahkan orang ramai khususnya pengedar dari kawasan yang berhampiran untuk mendapatkan semua jenis produk HPA seperti Ayam Organik, Sate ayam organik segera, Aiskrim pelbagai perisa, barangan kegunaan harian dirumah, ubat-ubatan herba, makanan & minuman kesihatan dan banyak lagi produk keluaran muslim lainnya yang diakui kesucian dan kebersihannya seperti dodol dan krepek-krepek.



Selepas majlis perasmian, semua para hadirin dijamu makan Nasi Ayam Organik di luar bangunan dibawah khemah yang agak ekslusif. Ayam organik HPA dibakar segera disitu oleh Komiti HPA NILAI yang diketuai oleh En Azmiley.

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah AGM/Pengurus HPA Zon Tengah Pn Siti Nor Hazliana, Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi, PJS Rosmandi Ishak, PJS Siti Habibah Yusoff, PJS Hj Marjuni, PJS Hj Zainal Ahmad, PJS Baharuddin Jantan dan PJS Jamaluddin Yeop Majlis.

Pn Hamsiah kanan sekali bersama suami dan PJS Siti Habibah Yusof dan PJS Baharuddin Jantan

Pemilik Pusat Jualan HPA Ulu Klang Puan Hamsiah binti Ja'afar boleh dihubungi melalui talian 012-3151010 atau 016-2616900
/

Tiada ulasan: