Isnin, Julai 27, 2009

Pusat Pentadbiran HPA akan berpindah ke Putrajaya

/
Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail ketika berucap merasmikan KONVEK HPA 2009 di Dewan MAEP Serdang


Selepas jualan HPA mencecah 15 juta sebulan pada tahun ini, pusat pentadbiran HPA yang kini beroperasi di Perlis akan berpindah ke Putrajaya secepat mungkin. Ini dinyatakan oleh Tuan Haji Ismail Hj Ahmad Pengarah Urusan HPA ketika merasmikan KONVEK 09 di Dewan MAEP Serdang pada 25 Julai 2009. Menurutnya lagi dalam kita mensasarkan 500 produk HPA penghujung tahun ini, banyak lagi projek besar yang akan dibangunkan oleh HPA. Antaranya RFC di Lembah Klang, HPA Mall, membangunkan beberapa buah hotel lagi setelah kita berjaya membuka dengan rasminya AzZahra Inn di Sg Petani dan akhirnya nanti dalam tempoh 10 tahun akan datang kita akan menukarkan KOWAHIDA kepada sebuah BANK WAHIDA yang bertaraf antarabangsa.

Menurutnya lagi HPA akan menubuhkan Universitinya sendiri suatu masa kelak yang kini kita telah memulakannya dengan menubuhkan Institut Teknologi HPA (IT HPA). IT HPA merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dimiliki dan diuruskankan oleh Teknologi HPA Sdn Bhd. Tujuan penubuhannya adalah untuk melahirkan seramai mungkin generasi salafussoleh (orang yang beriman) dengan menggunakan pendekatan AL-QURAN, Hadis, Ijmak dan Qias. Bidang pengajiannya terbahagi kepada tiga:

- Pengajian Islam (Manhal)
- Pengubatan Islam
- Kemahiran / Professional
/


Tiada ulasan: