Memaparkan catatan dengan label berita KPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita KPA. Papar semua catatan

Isnin, September 14, 2009

Lebih 200 hadir Majlis Berbuka Puasa di HPA Cawangan Rawang

/

PJ Us. Khairuddin Ramli sedang memberikan tazkirah dan seterusnya membacakan tahlil sebelum bebuka puasa

Suasana Majlis Berbuka Puasa di perkarangan HPA Cawangan Rawang

Alhamdulillah dengan berkat bulan Ramadhan, makanan yang disediakan untuk 150 orang dapat menampung lebih 200 orang yang hadir di Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Komuniti Hpa Rawang dengan kerjasama Kelab Pemimpin Al Wahida KPA dan HPA Zon Tengah. Majlis dimulakan dengan Tazkirah ringkas dan bacaan tahlil oleh PJ Us. Khairuddin Ramli, pegawai agama UTM KL. Beliau menggantikan PJ Prof Madya Dr Ishak Suliaman yang tak dapat hadir disaat akhir kerana menerima undangan berbuka puasa bersama YM Raja Nazrin di Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar.

Anak-anak Yatim dari Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Sg Buaya.

Majlis juga turut meraikan 12 orang golongan OKU dan 18 orang anak-anak yatim yang dijemput khas dari sekitar Lembah Klang. 9 orang dari anak yatim adalah merupakan pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Sg Buaya yang turut memberi persembahan Nazam HPA sebelum majlis sumbangan selepas solat tarawih yang diadakan bersama di dalam dewan kuliah. Sumbangan wang tunai RM100.00 seorang disediakan oleh pihak syarikat sendiri melalui wakilnya yang turut hadir Cik Siti Norhafiza Diyana Bt Abdul Rahman Pegawai Latihan & Program HPA Zon Tengah.

Presiden KPA PJM Hafidzan Fauzdzi sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim

Salah seorang Orang Kurang Upaya OKU yang menerima sumbangan dari HPA yang disampaikan oleh Presiden KPA.

Presiden KPA PJS Hafidzan Fauzi yang turut hadir diberi penghormatan memberikan sumbangan itu bersama kuih raya yang disumbangkan oleh YB Senator Dato' Ikhwan Salim Sujak dari Petaling Jaya Utara kepada semua penerima sumbangan. Beliau diiringi oleh PJE Mohd Shafarul Nizam dan PJ Abdul Jamil Othman dari Komuniti Rawang.
/

Jumaat, Ogos 14, 2009

Slot Muamalah Islam dalam PBC Kuala Selangor

/

PBC di Hotel dePalma Kuala Selangor yang diadakan pada 8-9 Ogos baru-baru ini merupakan satu contoh atau model kepada PBC PBC yang akan diadakan selepas ini dalam hendak memperkenalkan MLMS yang dibawa oleh HPA. Ini adalah kali pertama Panel Syariah HPA Prof Madya Dr Ishak Suliaman menjelaskan apa yang dikatakan MLMS dalam satu slot khas yang diadakan pada sebelah malam.


Dalam slot Muamalah Islam: Apa Itu MLM Syariah, Prof Madya Dr Ishak banyak menekankan tentang Bai'Mabrur dan Konsep Al Jua'lah. Bai' Mabrur bererti urusniaga yang terhindar daripada penipuan, manipulasi & perkara yang bertentangan dengan sistem muamalah Islam iaitu:

1. Penjual & pembeli (dikenali & mencukupi syarat berakal termasuk mekanisme jual beli itu dikenalpasti).

2. Perniagaan mempunyai barang @ produk @ barang yang dijual beli.

3. Mempunyai akad/terma yang diredhai diantara penjual & pembeli.

4. Terhindar daripada urusniaga yang bersifat gharar (ketidakpastian & penipuan) dalam muamalah.

Manakala Ju'alah atau ja'ilah ialah apa-apa yang diberikan kepada seseorang atas sesuatu perbuatan, ataupun apa yang diberikan kepada seseorang atas sesuatu yang dilakukannya. Ulama mendefinasikannya sebagai upah bagi sesuatu manfaat yang dijangka terhasil, maka ia akan mendapat sekian dan sekian. Kebiasaannya para fuqaha' memberikan contoh mengembalikan binatang tunggangan yang sesat (hilang) ataupun hamba yang bersembunyi (lari). Ju'alah atau pemberian bersyarat ini diharuskan menurut ulama' Maliki, Syafi'i dan Hambali.
Dr Ishak juga diamanahkan memimpin qiamullail dan seterusnya memberi kuliah subuh bertajuk: Kearah Melahirkan Usahawan Muslim sejati





Lain-lain penceramah yang mengisi modul yang telah disediakan ialah:

1. PJE Fauzani Abdul Rahim: Isu halal & haram, Kenali HPA, Asas Perawatan JAWI dan Demo produk.

2. PJE Mohd Shafarul Nizam Mohd Idris: Strategi Menjana Pendapatan melalui MLMS HPA. Kendalikan persembahan multimedia keinsafan dan Pembentangan kumpulan.

3. PJS Siti Habibah Yusoff: Diagnos penyakit & Sinergi produk

4. PJS Jamaluddin Yeop Majlis: Pengetahuan produk (Kopi Radix dan Minyak But But)

5. PJS Hafidzan Faudzi: Gerakerja Usahawan MLMS HPA dan Motivasi penutup.

Lain-lain pemimpin yang turut serta menjayakan PBC disini ialah PJE Aspalela, PJE Asma', PJ Maimunah Pawanteh, PJ Shafrida dan PJ Nor Izah Mohd Ghazali (Isteri Prof Madya Dr Ishak).









Jumaat, Julai 17, 2009

GM Lancarkan Laman Web KPA di Malam Motivasi HPA

/


Alhamdulillah di Malam Motivasi HPA yang diadakan di Dewan Besar Hotel KLIH pd 15 Julai baru-baru ini, Pengurus Besar HPA En Mohd Faisol Abdul Rahman berkenan melancarkan Laman Web baru Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA). Sebelum ini Webblog KPA beralamat www.kpa2u.wordpress.com telah ditukar kepada laman yang lebih besar fungsinya iaitu www.kpa2u.com. Laman Web baru ini insyaAllah akan diselenggarakan oleh 3 moderator iaitu saya sendiri selaku Ketua Unit IT KPA, PJS Hj Ramly Ahmad dan PJS Us Mohd Asri Zakaria. Manakala designer En Fadhil Pengerusi Komuniti Hpa Bandar Baru Bangi.

Seramai 500 pengedar baru dan lama dari Lembah Klang termasuk dari Negeri Sembilan, Melaka dan Tangkak Johor dapat memenuhi dewan utama KLIH untuk mendengar motivasi yang disampaikan oleh GM En Mohd Faisol dan PJM En. Khalid Iskri. PJM Siti Habibah Yusof pula menceritakan kisah suka dukanya 11 tahun bersama HPA. Seorang suri rumahtangga yang mendapat pendapatan lebih RM30,000 sebulan hasil dari perjuangan menegakkan Fardhu Kifayah melalui HPA ini amatlah kita banggakan.

Majlis yang dipengerusikan oleh PJM Rosmandi dan kata-kata aluan oleh Presiden KPA PJM Hafidzan Faudzi mendapat sambutan dengan penuh semangat dari para hadirin. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Top Leader HPA iaitu PJM Cikgu Murad Abu Bakar.

Diakhir majlis, semua barisan penerima Anugerah PJ di Konvek pd 25 Julai nanti juga diperkenalkan dengan memanggil mereka yang mendaftarkan diri seorang demi seorang ke pentas untuk menerima sedikit hadiah dari KPA.. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Panel Syariah HPA Prof Madya Dr Ishak Suliaman yang juga penerima anugerah Pengarah Jati.

Untuk dapatkan berita selanjutnya dan gambar suasana program lagi sila klik http://www.kpa2u.com/malam_motivasi_hpa_09N15.htm.
/

Selasa, Julai 07, 2009

Barisan Baru Kepimpinan PJS KPA

/

Mesyuarat AJK Kelab Pemimpin Al Wahida yang diadakan pagi tadi di Cawangan Bandar Baru Bangi telah melakukan sedikit rombakan. Ini berikutan Negeri Johor tidak lagi duduk dibawah KPA. Kelab Al Wahida Selatan KAS dibawah kepimpinan PJS En. Rahmat Daim di Johor telah diiktiraf oleh Pengarah Urusan Tn Hj Ismail sebagai satu kelab yang setaraf dengan KPA, KPU dan KPT. Ini telah dinyatakan oleh Tn Hj Ismail dalam ucapannya di Majlis Mini Konvek di Dewan Universiti Tun Hussin Onn pada 4 Julai baru-baru ini. KPA hanya menyelaraskan program kepimpinan dan latihan ahli pengedar HPA di negeri Perak, Selangor, Wilayah Perseketuan, Negeri Sembilan dan Melaka sahaja.

Berikut ialah barisan kepimpinan baru PJS KPA yang berkuatkuasa pada hari ini 7 Julai 2009:

Presiden:
PJM/PJS Hafidzan Faudzi

Tim. Presiden:
PJM/PJS Rosmandi Ishak

Setiausaha:
PJE/PJS Nor Haida @ Fatin bin Ramli

Bendahari:
PJM/PJS Siti Habibah Yusof

Ketua Unit Latihan:
PJM/PJS Rosmandi Ishak

Ketua Unit IT & Multimedia:
PJE/PJS Jamaluddin bin Hj Yeop Majlis

Ketua Unit Aduan & Kaunseling:
PJI/PJS Hj Marjuni Mohd Salleh

Ketua Unit Herbalis:
PJS Ramly Ahmad

Ketua Unit Kebajikan & Kerohanian:
PJS Hj Shahir Naim

Ketua Unit Penerbitan & Publisiti:
PJS Radiyati
/

Jumaat, Jun 12, 2009

KPA raikan 6 PJS baru di Zon Tengah HPA






Bandar Baru Bangi, 11 Jun, Sempena dengan Majlis Iftar dan Usrah Bulanan KPA di HPA Cawangan Bandar Baru Bangi, 6 orang lagi PJS baru yang baru dilantik pada bulan Jun ini diraikan. Seramai 35 orang PJS KPA dari Zon Tengah dan Zon Selatan hadir bersama AJK KPA dalam majlis yang agak santai. Majlis dimulakan dengan Tazkirah ringkas oleh PJS Ust. Asri Zakaria. Taklimat semasa oleh PJS Rosmandi diikuti oleh Taarof ringkas 5 orang PJS baru yang dapat hadir. Mereka yang diraikan itu ialah:

1. PJS Us. Safuan Pamidi (NPB: 104650.MY01) dari Kg Sijangkang Kuala Langat Selangor. Pendidikan dari Universiti Al Azhar Mesir. Penajanya PJS Us. Zahir Ghazali dari Sg. Petani Kedah. No. hp: 019-6002996

2. PJS Us. Muhammad Asri bin Zakaria (NPB: 302892.MY01) berasal dari Kelantan dan kini menetap di Meru Klang Selangor. Penajanya PJE Hj. Mesday dari Banting Selangor. No. hp: 016-3474992

3. PJS En. Baharuddin Jantan (NPB: 051319.MY01). Keluaran Sijil Herbalis ke 16 baru-baru ini. Lahir di Kuala Pilah Negeri Sembilan dan sekarang menetap di Nilai. Penajanya isteri beliau sendiri iaitu PJS Siti Habibah Yusof atau lebih dikenali sebagai Kak Bib.

4. PJS Pn.Siti Rahmah Ujang (NPB: 060621.MY01). Isteri pertama PJS Hafidzan Fauzi. Sedang mengandung anak ke 8. Bekas pensyarah UPM dalam bidang Teknologi Makanan selama 10 tahun. Kini beliau sepenuh masa bersama HPA.

5. PJS Pn. Hajah Noliah bt Ahmad (NPB: 418332.MY01). Umur 57 tahun. Merupakan bekas pentadbir sekolah. Mempunyai 2 orang anak dan 2 orang cucu. Baru 11 bulan menyertai HPA dan pertama kali mengikuti PBC di utara sebagai proksi. Selepas itu beliau menyertai PBC di Masjid Al Ghufran bersama suami dan terus mengembangkan rangkaiannya. Petua kejayaannya "Pegang Kepala Keluarga.".

Seorang lagi PJS yang tak dapat hadir ialah PJS Munirah bt Shafei (NPB: 272256.MY01) dari Sabak Bernam.

Majlis diakhiri oleh ucapan Presiden KPA, PJS Hafidzan Fauzi. Antara perkara yang disentuh dalam ucapannya ialah:

1. Peranan KPA - Menyelaraskan program di Zon Tengah dan Zon Selatan.
2. Surat Pekeliling Agen Stok - Perlukan surat kuasa guna nama agen stok di cawangan.
3. Konvek 2009 - Semua PJS telah dibekalkan sekurang2nya 30 keping tiket KONVEK.
4. Mesyuarat Agung Koperasi HPA pd 20 Jun di Hotel de Palma Ampang akan diresmikan oleh Datuk Mangsor.
5. Penggabungan PBC di Zon Tengah, Utara dan Selatan KPA.
6. Peranan PJS - Mempositifkan keadaan.