Isnin, September 14, 2009

Lebih 200 hadir Majlis Berbuka Puasa di HPA Cawangan Rawang

/

PJ Us. Khairuddin Ramli sedang memberikan tazkirah dan seterusnya membacakan tahlil sebelum bebuka puasa

Suasana Majlis Berbuka Puasa di perkarangan HPA Cawangan Rawang

Alhamdulillah dengan berkat bulan Ramadhan, makanan yang disediakan untuk 150 orang dapat menampung lebih 200 orang yang hadir di Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Komuniti Hpa Rawang dengan kerjasama Kelab Pemimpin Al Wahida KPA dan HPA Zon Tengah. Majlis dimulakan dengan Tazkirah ringkas dan bacaan tahlil oleh PJ Us. Khairuddin Ramli, pegawai agama UTM KL. Beliau menggantikan PJ Prof Madya Dr Ishak Suliaman yang tak dapat hadir disaat akhir kerana menerima undangan berbuka puasa bersama YM Raja Nazrin di Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar.

Anak-anak Yatim dari Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Sg Buaya.

Majlis juga turut meraikan 12 orang golongan OKU dan 18 orang anak-anak yatim yang dijemput khas dari sekitar Lembah Klang. 9 orang dari anak yatim adalah merupakan pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Sg Buaya yang turut memberi persembahan Nazam HPA sebelum majlis sumbangan selepas solat tarawih yang diadakan bersama di dalam dewan kuliah. Sumbangan wang tunai RM100.00 seorang disediakan oleh pihak syarikat sendiri melalui wakilnya yang turut hadir Cik Siti Norhafiza Diyana Bt Abdul Rahman Pegawai Latihan & Program HPA Zon Tengah.

Presiden KPA PJM Hafidzan Fauzdzi sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim

Salah seorang Orang Kurang Upaya OKU yang menerima sumbangan dari HPA yang disampaikan oleh Presiden KPA.

Presiden KPA PJS Hafidzan Fauzi yang turut hadir diberi penghormatan memberikan sumbangan itu bersama kuih raya yang disumbangkan oleh YB Senator Dato' Ikhwan Salim Sujak dari Petaling Jaya Utara kepada semua penerima sumbangan. Beliau diiringi oleh PJE Mohd Shafarul Nizam dan PJ Abdul Jamil Othman dari Komuniti Rawang.
/

Tiada ulasan: