Jumaat, September 04, 2009

Majlis Iftor PJS bersama PU dan Ulama Satul Thailand

/
Pengarah Urusan HPA sedang menikmati juadah berbuka puasa bersama Sheikh Mohamed Zaki Napalain
ulamak dari Selatan Thailand.

/
Suasana majlis berbuka puasa diperkarangan Gudang utama HPA di Tunjang Jitra Kedah.

Inilah wakil PJS dari KPA yang dapat turut serta dalam Majlis Iftor ini. Dari kiri PJS Siti Habibah,
PJS Baharuddin Jantan, PJS Jamaluddin Yeop Majlis dan PJS Abdullah Abdul Rahim.


Rabu 2 Sept 2009 bersamaan 12 Ramadhan 1430H, satu majlis berbuka puasa PJS bersama Pengarah Urusan HPA telah berlangsung di perkarangan Gudang Utama HPA di Tunjang Jitra Kedah. Lebih 100 tetamu yang hadir terdiri dari PJS, pegawai atasan syarikat dan rombongan tetamu dari Darul Ma'arif School Satul Thailand yang diketuai oleh Sheikh Mohamed Zaki Napalain.

Sheikh Mohamed Zaki Napalain dari Thailand ketika memberi tazkirahnya pada para hadirin.
Beliau fasih berbahasa Melayu.


Syeikh Mohamed Zaki dalam ucapan tazkirahnya mendoakan agar perjuangan HPA yang diterajui oleh Tn Hj Ismail dapat menakluki dunia khususnya Negara Thailand. Sehubungan dengan itu, beliau menawarkan stesyen radio yang dimiliki oleh Darul Ma'arif School di Satul Thailand dapat dijadikan perantara untuk HPA mengembangkan perjuangannya di Thailand.

Terdahulu dari itu Tn Hj Ismail dalam ucapannya aluannya mengumumkan bonus pengedar HPA bulan Ogos akan dibayar sebelum Hari Raya Idil Fitri. Beliau juga mengumumkan satu wilayah baru akan diujudkan di Zon Tengah yang dikenali sebagai Wilayah Khas yang akan diterajui sendiri oleh GM En. Mohd Faisol Abd Rahman. Sebanyak 20 cawangan baru akan dibuka di Wilayah Khas yang merangkumi seluruh Lembah Klang dan akan berpusat di Shah Alam.

Ucapan aluan Pengarah Urusan selepas jamuan berbuka puasa dibawah khemah.

2 RFC akan dibuka segera selepas Raya ini iaitu di Kluang dan Mydin Melaka. Kemudian akan disusuli di Shah Alam, Bangi dan Gombak seterusnya 20 RFC di seluruh Malaysia sebelum menjelang 2010.

Sementara itu GM AWM En Mohd Faisol selaku Pengerusi Majlis dimalam itu memaklumkan KOWAHIDA telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM untuk memberi dividen sebanyak 14% kepada ahli yang membuat pelaburan. Beliau merupakan Pengerusi KOWAHIDA HPA BHD.

Sebahagian dari para hadirin yang berhimpun dibawah khemah yang disediakan
untuk mendengar taklimat PU dan Tazkirah Ulamak.


/

Tiada ulasan: