Sabtu, Ogos 22, 2009

"HPA CITY" DI SHAH ALAM

/

Petikan Harian Metro Jumaat 21 Ogos muka depan ruangan Bisnes:


"HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera yang terkenal dengan produk kopi Radix, merancang menjadikan Shah Alam sebagai bandar HPA City dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd (milik HPA), Mohd Faisol Abd Rahman, berkata pembangunan yang membabitkan nilai pembangunan kasar RM100 juta untuk fasa pertama itu akan bermula menjelang akhir tahun ini secara berperingkat mengikut fasa.

Beliau berkata, ketika ini, HPA City berpusat di Kedah mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan merangkumi pelbagai bidang antaranya Radix Fried Chicken (RFC), Hotel El Zehra Inn, HPA Ilham Holiday, Radix Bakery House, Thoharah Dobi dan Jawi Herb Shop.

Katanya, Shah Alam akan menjadi HPA City kedua selepas Kedah dan langkah itu bertujuan mengembangkan lagi perniagaannya, sekali gus sebagai batu lonjatan ke persada antarabangsa.

“Ketika ini HPA menembusi pasaran Indonesia dan bakal menerokai Timur Tengah dalam masa terdekat serta menjadikan Asia Tenggara sebagai sasaran utama.

Langkah menjadikan Shah Alam sebagai HPA City secara langsung dapat mengukuhkan lagi perniagaan kami di kawasan Lembah Klang yang akan memudahkan pelanggan mengakses serta mengenali produk kami,” katanya kepada Bisnes Metro pada majlis pelancaran Kad VIP HPA dan perasmian kios HPA pertama di hotel iaitu di Hotel De Palma, Ampang, Selangor, semalam.

Kad VIP HPA adalah kad istimewa untuk ahli HPA seluruh negara yang dicatatkan mempunyai lebih 550,000 ahli termasuk pengedar.

Mengulas lanjut, Mohd Faisol berkata, pihaknya mensasarkan untuk memperoleh jualan mencecah RM25 juta pada 2010 dengan disokong rancangan syarikat untuk membuka kiosk seumpama ini di pelbagai lokasi seperti di hotel, masjid, pusat beli-belah dan bangunan kerajaan serta korporat seluruh negara. "

KEISTIMEWAAN KAD VIP HPA

Pemegang kad layak berbelanja di setiap anak syarikat HPA terpilih tanpa mengeluarkan wang tunai

  • Pemegang kad diberi layanan VIP

  • Pemegang kad berpeluang mendapat diskaun 5%.

  • Kaedah bayaran melalui potongan bonus bulanan

  • Pengedar layak mendapat bonus melalui nilai mata seperti biasa dengan setiap perbelanjaan menggunakan HPA VIP CARD.
Kad VIP HPA diperkenalkan untuk keselesaan berbelanja di semua anak syarikat HPA tanpa menggunakan tunai. Antara anak syarikat HPA berikut menerima HPA VIP CARD:-

  • RADIX FRIED CHICKEN SDN BHD

  • RADIX ORIENTAL CUISINE

  • RADIX CHICKEN HOUSE

  • RADIX BAKERY HOUSE

  • EL ZAHRAA HOTEL

  • JAWI HOMESTAY

  • PUSAT PERABUT PJS

  • TOHARAH DOBI

  • HPA ILHAM HOLIDAY

  • HPA MULTIMEDIA SALES & SERVICES

  • JAWI HERB SHOP

  • HPA COLLECTION

  • HPA ORGANICS

  • MUTIARA HIKMAH (KEDAI BUKU & STATIONARY)

Tiada ulasan: