Pada minggu sudah saya dijemput mewakili HPA untuk menghadiri majlis sumbangan beras sempena bulan Ramadhan ini untuk golongan OKU yang dianjurkan oleh Badan Bertindak OKU di Seksyen 19 Petaling Jaya. Majlis dirasmikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara.
Seramai lebih 30 orang golongan OKU dari sekitar Lembah Klang yang masing-masing menggunakan kerusi roda mendapat 2 kampit beras (20kg) seorang. Diantara badan yang menyumbang ialah Badan Kebajikan Pusat Perubatan UM, Syarikat Jualan Langsung Revell dan HPA.
Saya yang mewakili HPA dalam majlis itu tidak menyangka sumbangan kecil saya sebelum itu dianggap sumbangan besar dari HPA dalam majlis yang dihadiri oleh orang kenamaan. Selain beberapa kampit beras yang saya sumbangkan, tidak ketinggalan semua tetamu saya hulurkan kopi radix dan koko radix 1 sachet seorang.
Majlis diakhiri dengan jamuan yang disediakan oleh OKU En Azlan dan isteri yang telah pun mengikuti program PBC di Masjid Al Ghufran beberapa bulan yang sudah. En Azlan merupakan Bendahari Badan Bertindak OKU Semalaysia. Link
Segala bentuk bantuan kewangan hendaklah namakan kepada BADAN BERTINDAK OKU
/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan