Selasa, Ogos 25, 2009

Industri Burung Walet (Layang-layang)

/
Salah satu komplek sarang burung layang-layang terbesar di Indonesia

Pemeliharaan burung layang-layang menjadi satu 'trend' kini di kalangan masyarakat Cina apabila pasarannya begitu melonjak terutamanya dari Negara China. Harganya antara RM4,000.00 hingga RM6,000.00 sekilogram menjadi rebutan pengusaha tempatan.

Sekitar Sungai Petani sahaja terdapat 500 pengusaha manakala seluruh Kedah sebanyak 2000 orang yang menjalankan perniagaan tersebut.

Kenapa HPA tak keluarkan produk daripada

sarang burung layang-layang?

Ini jawapan daripada Tn Hj Ismail Hj Ahmad Pengarah Urusan HPA dalam blognya www.jawimedherb.blogspot.com pada 22 Mei 2009

"Saya telah cuba mendapatkan beberapa fatwa tentang penggunaan sarang burung layang-layang dan ada fatwa yang menyatakan haram kerana sarang burung tersebut telah bercampur dengan najis dan tidak boleh diambil untuk tujuan minuman. Namun bagitu ada juga majlis fatwa negeri-negeri yang membolehkanya. Melihat kepada situasi ini biarlah HPA mengambil sikap “bertawakuf” dan tidak mengeluarkan produk ini untuk dipasarkan.

Kalau dilihat dari segi pemerosesan ,sarang burung yang mengandungi bulu dan najis itu dibersihkan sehingga tidak kelihatan najisnya di situ tetapi semasa pemerosesan percampuran dengan najis masih berlaku. Dari segi perubatan sarang burung layang-layang digunakan untuk batuk yang berterusan serta diberi minum pada wanita hamil untuk mencantikan serta memutihkan kulit si anak.Wallhualam."
/

2 ulasan:

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com berkata...

GEM Community (Direktori/Forum Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia) - http://gem.socialgo.com

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.