Rabu, Ogos 12, 2009
60 Hadiri Majlis Iftar KPA di HPA Cawangan Rawang.
Alhamdulillah Majlis berbuka puasa dan Usrah bulanan KPA dapat diadakan di HPA Cawangan Rawang pada hari Khamis 6 Ogos baru-baru ini berkebetulan jatuh pada 15 Syaaban yang mana umat Islam disunatkan berpuasa di hari Nisfu Syaaban ini.
Jawatankuasa baru Komuniti Rawang yang masih dipimpin oleh Panel Syariah HPA Prof Madya Dr Ishak Suliaman selaku tuan rumah majlis ini telah menyusun program seminggu lebih awal. Antaranya pemasangan khemah, katering dan jadual program. Perbelanjaan dibiaya separuh oleh KPA dan selebihnya diambil dari tabung Komiti Rawang disamping sumbangan ahli pengedar sendiri. Ada yang bermurah hari membawa juadah tambahan seperti kuih muih dan buah-buahan.
Program dimulakan dengan Majlis berbuka puasa sunat Nisfu Syaaban dengan buah kurma, kuih dan minuman kopi radix dan kodial pegaga. Solat Maghrib berjemaah di Dewan Seminar HPA Rawang. Selepas solat Maghrib para hadirin menyambung makan Nasi bungkus yang disediakan oleh katering. Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan bacaan Yasin beramai-ramai.
Selepasa bacaan Yasin, pengerusi majlis PJS Hj Shahir Naim selaku Ketua Unit Kebajikan dan Kerohanian KPA menjemput Al Fadhil Us. Prof Madya Dr Ishak Suliaman selaku Panel Syariah HPA untuk menyampaikan tazkirah sempena menyambut bulan Ramadhan. Majlis diakhiri dengan taklimat semasa oleh Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan