Sabtu, September 26, 2009

Ucapan Takziah buat keluarga Allahyarhamah PJS Zabedah Abdullah

/
Allahyarhamah ketika menghadiri Majlis Iftar KPA di HPA Cawangan Nilai pada Julai 2009

Al Fatehah untuk Allahyarhamah PJS Pn Zabedah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kak Bedah dikalangan pengedar HPA. Allahyarhamah merupakan orang lama dalam MLM HPA. No ahlinya 037388.MY01. Saya menerima sms dari GM En Faisol berita pemergiannya ketika dalam perjalanan dari Temerloh ke KL pada pukul 8.00 malam hari Khamis malam Jumaat 5 Syawal 1430H.

Berikut saya siarkan ucapan mereka yang seangkatan dengannya diatas pemergian Kak Bedah ke Rahmatullah yang saya petik dari blog mereka.


"24 hb SEPTEMBER 2009, HPA TELAH KEHILANGAN SEORANG PJS DAN PEMIMPIN LAMA YANG BEGITU SETIA MELALUI JATUH BANGUN PERJALANAN BERSAMA PERNIAGAAN HPA.SEMOGA KEBAIKAN DAN AMALAN BELIAU DITERIMA OLEH ALLAH SWT .
SAYA MASIH MENGINGATI KETIKA KAMI BERDEPAN DENGAN SAAT MENCEMASKAN DI DALAM PERNIAGAAN SATU KETIKA DAHLU.NEGERI PERAK BAGAIKAN DISERANG THUNAMI HEBAT YANG MENGHERET KELUAR SEBAHAGIAN BESAR PEMIMPIN SETIA HPA PADA KETIKA ITU.NAMUN TIDAK BAGI BELIAU, TETAP SETIA MEMPERTAHANKAN HPA WALAU SEBATANG KARA DAN BIARPUN SEMAKIN DI MAMAH USIA."SORRY..KAK BEDAH TAK AKAN BIARKAN MEREKA MERUNTUHKAN HPA.."ANTARA KATA-KATA BELIAU YANG MASIH DIINGATI. PERJUANGAN YANG BELIAU RENTASI BERSAMA HPA TANPA DIBATASKAN DENGAN TEMBOK USIA SEWAJARNYA MENJADI GEGARAN INSPIRASI DAN LEDAKAN MOTIVASI BUAT KITA. AL FATIHAH..."

Dari: PJS UST MOHD ZAHIR GHAZALI
/

"Selesai sahaja azan Maghrib berkumandang pada 24 September (5 Syawal), seorang pemimpin HPA telah kembali kerahmatullah, Khamis malam Jumaat di hadapan kesemua anak-anak Allahyarham. PJS Kak Bedah yang merupakan pemimpin veteran dan sangat gigih memperjuangkan HPA terutamanya disekitar zon Tengah (Perak). Allahyarham berusia 64 tahun. Mempunyai 8 anak. Suami beliau, abang Yusof sekarang berusia 74 tahun.

Saya dan isteri-isteri telah bertolak dari Bukit Mahkota Bangi pada jam 7.30 pagi. Tiba di rumah Kak Bedah, Taman Sri Bidor jam 9.30 pagi pada ketika jenazah sedang dimandikan. PU2, Tn. Hj. Fisal dan GM, En. Mohd Faisol lebih awal sampai. Antara leader yang sempat hadir pada hari pengkebumian adalah PJS Hj. Jamaluddin, PJS Pak Dollah, PJS Kholilah Wong dan lain-lain. Pn. Siti Hazliana dan Cik Dayana juga turut hadir.

Sama sama kita mendoakan semoga Allah mengampunkan segala kesalahannya dan semoga rohnya dicucuri RahmatNYa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang bertaqwa serta menerima ganjaran syurga Allah."

Dari: PJS Hafidzan Faudzi
/

Dengan rasa sedih lagi duka cita saya umumkan PJS Zabedah Abdullah(Kak Bedah) telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 malam tadi. Marilah kita semua menyampaikan alfatihah pada beliau. Beliau seorang yang peramah dan punyai kekuatan serta semangat berjuang bersama HPA walaupun dalam keadaan uzur.
Pada semua cawangan sila anjurkan majlis tahlil dengan seberapa segera.

Moga roh beliau berada bersama kalangan orang beriman.
AL FATIHAH

Dari: GM Mohd Faisol Abdul Rahman

/
“Selama ini ku mencari-cari..teman yang sejati..buat menemani perjuangan suci”

Kini dia pergi buat selama-lamanya(kak Bedah ).Walaupun usianya di mamah masa namun semangat dan perjuangannya terus kental tanpa mengenal erti surut kebelakang. Saat HPA berada dalam situasi gawat,pada ketika itu ramai leader-leader utama meninggalkan peniagaan mlm ini,dialah satu satunya leader yang menjadi benteng kuat mempertahan HPA terutama di Telok Intan dan Perak. “Kak bedah nak mati dalam memperjuangkan HPA” kata-katanya yang sering diulang-ulang apabila bertemu. “Kak bedah percaya perjuangan HPA bukan hanya untuk dunia tetapi mencari kerezaan Allah” tambahnya lagi. Ucapan ini menyebabkan airmataku tak mampu ditahan lagi ,apatah lagi bila mendengar kematian Kak Bedah. Sebelum ini kembalinya Pak Kusnadi juga menggoncang rasa hiba yang panjang dan berita ini juga semakin mengamit seribu nostalgia aku dengan kak Bedah.

Ketika pic di Dewan Amir Ramadhan Perlis setahun lalu kak Bedah sempat bergurau “Abang Yusuf ni baik orangnya,dialah kekasih awal dan akhir kak Bedah”.Abang Yusuf tersenyum dan aku tumpang bahagia melihat pasangan ini. “kalau kak Bedah mati, peniagaan ini kak Bedah wariskan pada anak kak Bedah”itulah pesanan akhir kak Bedah kepadaku.

Aduhai..hibanya aku malam ini,kak Bedah menemui tuhan pada malam Jumaat. Allahuakbar...kepada abang Yusuf Sekeluarga,bersabarlah dan ikhlaskan diri dengan takdir ilahi ini. Kita doakan ruhnya ditempatkan dalam simpanan ruh orang orang yang beriman. Paling Istimewa seorang Isteri ialah apabila mendapat kerezaan suaminya. Kak Bedah...di pesada niaga ini,aku tidak akan mungkiri janji ini bahawa semua usaha dagang kita semata-mata mencari kerezaan Ilahi. Ya Allah..terimalah amal bakti kami dan ampunilah kami.Amin. Al fatihah.

Dari: Tn Hj Ismail. Pengarah Urusan HPA

/


3 ulasan:

Hj Alyas bin Mohamad berkata...

Ya Allah... tempatkanlah roh arwah Kak Bedah bersama para syuhadah.. para pejuang agama Allah. Al Fatihah.

Rangkaian Dcentella berkata...

al fatihah buat kak bedah dari rangkaian Dcentella

Tanpa Nama berkata...

I consider, that you commit an error. I can defend the position. Write to me in PM, we will communicate.