Isnin, September 07, 2009

Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan OKU

/

Komiti HPA Rawang sekali lagi akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Perkarangan Cawangan Rawang pada hari Sabtu 12 September ini. Sebelum ini kita mengadakan pada hari Nisfu Syaaban dihadiri 60 orang walaupun makanan disediakan untuk 100 orang. Pada kali ini kita mengharapkan tetamu yang hadir biarlah tidak membazirkan makanan yang bakal kita sediakan untuk 150 orang pula. Oleh itu melalui blog ini saya selaku Penasihat kepada Komiti HPA Rawang menjemput semua pembaca yang berkesempatan untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis disamping dapat kita merapatkan lagi ukhwah yang sudah sedia terjalin terutamanya dikalangan pengedar yang berhampiran dengan Cawangan Rawang.

OKU Hj Shanizal dari Putrajaya dan OKU En Azlan dari Petaling Jaya antara tetamu yang akan hadir di Majlis Iftor nanti. Mereka merupakan Presiden dan Bendahari Badan Bertindak Orang Kurang Upaya Malaysia BBOKUM.

Majlis Iftor kali ini akan dimeriahkan lagi dengan tetamu yang kita jemput khas di kalangan Orang Kurang Upaya dan Anak-anak yatim di kawasan berdekatan. Mereka akan diraikan dengan memberikan sedikit sumbangan dan cenderahati dari pihak syarikat yang akan sampaikan oleh Pengurus Besar AWM En Mohd Faisol Abdul Rahman.

Pihak penganjur iaitu Komuniti HPA Cawangan Rawang hanya menyediakan makanan nasi secara buffet untuk 150 orang melalui katering, makanan tambahan seperti kuih-kuih dan buah-buahan digalakkan kepada semua jemputan untuk membawanya masing-masing untuk kita kongsikan terutamanya untuk jamuan moreh selepas majlis berakhir. Manakala minuman kopi radix dan minuman kodial disediakan oleh pihak cawangan sendiri. Tabung derma sumbangan untuk majlis iftor ini akan disediakan kepada mereka yang nak menyumbang dalam bentuk wang. InsyaAllah wang ini kita akan manfaatkan untuk menampung kos katering, khemah dan lain-lain.

Alamat HPA Cawangan Rawang:
2D-1-13, Jalan Rawang Mutiara 3,
Rawang Mutiara Business Centre 2,
48000 Rawang.
Tel: 03-60924200
/

Tiada ulasan: