Sabtu, September 26, 2009

Ucapan Takziah buat keluarga Allahyarhamah PJS Zabedah Abdullah

/
Allahyarhamah ketika menghadiri Majlis Iftar KPA di HPA Cawangan Nilai pada Julai 2009

Al Fatehah untuk Allahyarhamah PJS Pn Zabedah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kak Bedah dikalangan pengedar HPA. Allahyarhamah merupakan orang lama dalam MLM HPA. No ahlinya 037388.MY01. Saya menerima sms dari GM En Faisol berita pemergiannya ketika dalam perjalanan dari Temerloh ke KL pada pukul 8.00 malam hari Khamis malam Jumaat 5 Syawal 1430H.

Berikut saya siarkan ucapan mereka yang seangkatan dengannya diatas pemergian Kak Bedah ke Rahmatullah yang saya petik dari blog mereka.


"24 hb SEPTEMBER 2009, HPA TELAH KEHILANGAN SEORANG PJS DAN PEMIMPIN LAMA YANG BEGITU SETIA MELALUI JATUH BANGUN PERJALANAN BERSAMA PERNIAGAAN HPA.SEMOGA KEBAIKAN DAN AMALAN BELIAU DITERIMA OLEH ALLAH SWT .
SAYA MASIH MENGINGATI KETIKA KAMI BERDEPAN DENGAN SAAT MENCEMASKAN DI DALAM PERNIAGAAN SATU KETIKA DAHLU.NEGERI PERAK BAGAIKAN DISERANG THUNAMI HEBAT YANG MENGHERET KELUAR SEBAHAGIAN BESAR PEMIMPIN SETIA HPA PADA KETIKA ITU.NAMUN TIDAK BAGI BELIAU, TETAP SETIA MEMPERTAHANKAN HPA WALAU SEBATANG KARA DAN BIARPUN SEMAKIN DI MAMAH USIA."SORRY..KAK BEDAH TAK AKAN BIARKAN MEREKA MERUNTUHKAN HPA.."ANTARA KATA-KATA BELIAU YANG MASIH DIINGATI. PERJUANGAN YANG BELIAU RENTASI BERSAMA HPA TANPA DIBATASKAN DENGAN TEMBOK USIA SEWAJARNYA MENJADI GEGARAN INSPIRASI DAN LEDAKAN MOTIVASI BUAT KITA. AL FATIHAH..."

Dari: PJS UST MOHD ZAHIR GHAZALI
/

"Selesai sahaja azan Maghrib berkumandang pada 24 September (5 Syawal), seorang pemimpin HPA telah kembali kerahmatullah, Khamis malam Jumaat di hadapan kesemua anak-anak Allahyarham. PJS Kak Bedah yang merupakan pemimpin veteran dan sangat gigih memperjuangkan HPA terutamanya disekitar zon Tengah (Perak). Allahyarham berusia 64 tahun. Mempunyai 8 anak. Suami beliau, abang Yusof sekarang berusia 74 tahun.

Saya dan isteri-isteri telah bertolak dari Bukit Mahkota Bangi pada jam 7.30 pagi. Tiba di rumah Kak Bedah, Taman Sri Bidor jam 9.30 pagi pada ketika jenazah sedang dimandikan. PU2, Tn. Hj. Fisal dan GM, En. Mohd Faisol lebih awal sampai. Antara leader yang sempat hadir pada hari pengkebumian adalah PJS Hj. Jamaluddin, PJS Pak Dollah, PJS Kholilah Wong dan lain-lain. Pn. Siti Hazliana dan Cik Dayana juga turut hadir.

Sama sama kita mendoakan semoga Allah mengampunkan segala kesalahannya dan semoga rohnya dicucuri RahmatNYa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang bertaqwa serta menerima ganjaran syurga Allah."

Dari: PJS Hafidzan Faudzi
/

Dengan rasa sedih lagi duka cita saya umumkan PJS Zabedah Abdullah(Kak Bedah) telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 malam tadi. Marilah kita semua menyampaikan alfatihah pada beliau. Beliau seorang yang peramah dan punyai kekuatan serta semangat berjuang bersama HPA walaupun dalam keadaan uzur.
Pada semua cawangan sila anjurkan majlis tahlil dengan seberapa segera.

Moga roh beliau berada bersama kalangan orang beriman.
AL FATIHAH

Dari: GM Mohd Faisol Abdul Rahman

/
“Selama ini ku mencari-cari..teman yang sejati..buat menemani perjuangan suci”

Kini dia pergi buat selama-lamanya(kak Bedah ).Walaupun usianya di mamah masa namun semangat dan perjuangannya terus kental tanpa mengenal erti surut kebelakang. Saat HPA berada dalam situasi gawat,pada ketika itu ramai leader-leader utama meninggalkan peniagaan mlm ini,dialah satu satunya leader yang menjadi benteng kuat mempertahan HPA terutama di Telok Intan dan Perak. “Kak bedah nak mati dalam memperjuangkan HPA” kata-katanya yang sering diulang-ulang apabila bertemu. “Kak bedah percaya perjuangan HPA bukan hanya untuk dunia tetapi mencari kerezaan Allah” tambahnya lagi. Ucapan ini menyebabkan airmataku tak mampu ditahan lagi ,apatah lagi bila mendengar kematian Kak Bedah. Sebelum ini kembalinya Pak Kusnadi juga menggoncang rasa hiba yang panjang dan berita ini juga semakin mengamit seribu nostalgia aku dengan kak Bedah.

Ketika pic di Dewan Amir Ramadhan Perlis setahun lalu kak Bedah sempat bergurau “Abang Yusuf ni baik orangnya,dialah kekasih awal dan akhir kak Bedah”.Abang Yusuf tersenyum dan aku tumpang bahagia melihat pasangan ini. “kalau kak Bedah mati, peniagaan ini kak Bedah wariskan pada anak kak Bedah”itulah pesanan akhir kak Bedah kepadaku.

Aduhai..hibanya aku malam ini,kak Bedah menemui tuhan pada malam Jumaat. Allahuakbar...kepada abang Yusuf Sekeluarga,bersabarlah dan ikhlaskan diri dengan takdir ilahi ini. Kita doakan ruhnya ditempatkan dalam simpanan ruh orang orang yang beriman. Paling Istimewa seorang Isteri ialah apabila mendapat kerezaan suaminya. Kak Bedah...di pesada niaga ini,aku tidak akan mungkiri janji ini bahawa semua usaha dagang kita semata-mata mencari kerezaan Ilahi. Ya Allah..terimalah amal bakti kami dan ampunilah kami.Amin. Al fatihah.

Dari: Tn Hj Ismail. Pengarah Urusan HPA

/


Ahad, September 20, 2009

Koleksi Ucapan Madah Hari Raya


Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung blog jamalmajlis.blogspot.com. Ampun maaf dipagi raya ini diiringi dengan takbir menandakan tanda kesyukuran dan kemenangan kita menempuh ujian pada bulan Ramadhan. Sejak pagi semalam 29 Ramadhan saya menerima banyak ucapan madah hari raya aidilfitri melalui sms. Sebelum saya membuangnya daripada peti simpanan handphone, saya catatkan dalam blog ini untuk tatapan kita bersama.

"Selamat Hari Raya Eidul Fitri maaf zahir batin. Semoga kita kembali kepada fitrah Islam, selepas menjalankan ibadah puasa selama sebulan. Jika balik kampong... pandulah dengan cara berhemah, semoga selamat pergi dan kembali. Daripada Zamzuri sekeluarga" Penghantar Zamzuri Mat Jam 016-2222534.

"Ya ALLAH, diakhir Ramadhan yang berkah ini, muliakan Saudaraku ini, Bahagiakan keluarganya, sihati tubuh badannya, berkati rezkinya, kuati Imannya. Ber kenikmatan ibadah padanya, jauhkannya dari fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN pada keturunannya dan masukkan dia dalam Syurga-Mu tanpa hisab. Taqabballhumminna wa minka. Kullu A'min wa antum bi khair. AMIN YA ALLAH. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin." Penghantar PJM Cikgu Murad 012-3033230.

"Taqaballhu Minna Wa Minkum Eid Mubarak."SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI MAAF DIPINTA ZAHIR & BATIN drp Hafidzan & famili." Penghantar PJM Hafidzan Faudzi. 013-2082550

"Sebulan Ramadhan latihan mendidik nafsu yg sentiasa mengajak kejahatan. Syawal menelang sebagai permulaan hidup secara Islam dan meneruskan perjuangan membina Koperasi & Angkasa MAJU dan menegak Jihad ekonomi Fardhu Kifayah. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Dari NYDP Hj Mustapa Maulut." Penghantar Hj Mustapa Kamal Maulut NYDP ANGKASA & Pengerusi Koperasi UKHWAH. 013-3410461.

"AsSalam. Imbas kembali kata yang diucap, Ingat kembali janji yang dikata, Imbau kembali masa yang berlalu, renung kembali hati yg terguris , Izinkan memohon maaf.. utk lisan yg tak terjaga, janji yg
terabai, hati yg berprasangka & sikap yg pernah menyakiti. SALAM AIDIL FITRI DR ZAINAL LASIM SEKELUARGA." Penghantar Zainal Tasik Puteri 012-3185093.

"Dgn ketulusan hati, buat rakan taulan dan kenalan; dgn rendah hati saya memohon ampun maaf andai ada keterlanjuran bahasa yg mengguris dihati, tingkah yg melampaui batas kebiasaan sepanjang bersilaturrahim. moga ramadhan yg berlalu menjadi madrasah perubahan, perindu syurga penggerun neraka, selamat hari raya edul fitri. Maaf zahir batin. Munif & family." Penghantar Munif Ahmad Hijjaz 012-3591617.

"Kian layu fajar Ramadhan, kian hampir fajar syawal.. menangkah kita di Ramadhan ini.. utk layak menyambut syawal gemilang? Ramadhan Mu Ya Allah amat dinanti, sayu dilepasi.. apakah bertemu Ramadhan lagi, sekadar memadai dapat diisi kali ini Kira mampu didakap syawal ini.. Tingkatkan taqwa muhasabah diri, Tingkatkanlah silaturrahim, , Sabar dan redha dengan ujian kesakitan dan kehilangan yg tesayang.. kerana Allah memilih kita untuk diuji .. tanda syukur dgn rezeki dilimpah ilahi.. bantu yg memerlukan disaat memerlukan disaat ramadhan terakhir ini.. barulah bisa kita bgembira kerana itu juga ujian nikmatNya.. bergembiralah sekadar perlunya. Moga Allah mengampuni kita, memberi rahmatNya, membebaskan dari siksa api neraka.. aminnn. Salam Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin dari Klinik Herbalis Jeram PJI Fauzani sekeluarga." Penghantar PJI Wak Fauzan Jeram Selangor 019-2230769.

"Eid al-Mubarak, Kullu 'Am wa Antum bi Khyar. Maaf Zahir Batin. Semoga ukhuwwah & silaturrahim tetap terjalin. Ishak & keluarga Btg Kali." Penghantar Prof Madya Dr Ishak Suliaman 013-3699787.

"Wahai teman seperjuanganku, marilah kita tanam semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian.. kenalkan dirimu kpd Allah ketika engkau dalam keadaan lapang, Allah akan mengenalimu ketika engkau dalam kesusahan. InsyaAllah ... semjoga Allah mengurniakan kita hasanah dunia serta hasanah akhirat dan dimasukkan dalam syurga tanpa hisap serta dijauhkan dari azab api neraka. amin... ya Allah. Salam Aidilfitri maaf zahir batin dari PJI Abdul Yadie." Penghantar PJS Abdul Yadie 019-2692072.

"YA ALLAH... Bulan Ramadhan yg mulia ini akan meninggalkan kami, ampunkan dosa-dosa kami, terimalah doa kami, ibadah puasa kami, sedekah kami dan amalan yg telah kami lakukan. Dan berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Dari Rosman, Hasaniah, Alif dan Hakimi. - 016-2834565.

"Salam Ya Allah, terimalah amalan kami berikan keampunan, dunia akhirat, selamat hari raya maaf zahir batin dari HPA dan Kamal sekeluarga. Pengirim Kamal HPA 013-4804717.

"Dalam kelembutan lidah ada ketelanjuran kata. Dalam gurau dan senda ada khilaf dan dosa. Harap dimaafkan. Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin. Daripada Aziz Osman dan keluarga - 013-3311742.

"Saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia akhirat dan amalan serta rezeki yang diberkati. Pengirim PJS Azam sekeluarga
012-3737581.

"Malam akhir Ramadhan menangislah malaikat langit dan bumi atas umat Nabi Muhammad SAW kerana Ramadhan berlalu pergi. Tinggallah kita sendiri. Hina dina dengan dosa yang belum diampuni. Hati yang masih tak suci. Nasib yang belum pasti. Ya Tuhan Arrahim. Ampunilah dosa kami dan kekasih kami ini sebelum Ramadhan berlalu pergi. Amin Alfu Amin. Selamat hari raya. Ampun dan maaf dipinta. Dari Kak Nor dan keluarga". Pengirim PJS Siti Zawiyah Kelantan 013-9221915.

" Takbir raya bergema lagi. Kita memuji kebesaran Ilahi. Saya menghulur sepuluh jari memohon ampun di Aidilfitri. Selamat hariraya semoga Allah menerima semua amalan kita. Ikhlas daripada En Awaluddin sekeluarga 019-2190192.

"Salam gemersik alunan gema takbir penyeri hari. Ikhlas ingatan penyegar hati nurani. Berzikir dan muhasabah diri di hari mulia ini. Saling bermaafan sesama insani. Selamat hariraya Aidilfitri. Pengirim Stokis Seberang Jaya 017-4016011.

"Kambing ranggi naik LRT. Katak pisang tercekik tulang. Walau sms saja yang diberi itu tandanya ingatan tak hilang. Selamat hariraya juga maaf zahir dan batin. Pengirim PJM Zaharah Mat Zain. 013-4893699.

"Ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan. Orang yang banyak menderita jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah SWT. Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapinya pasti ada kemenangan yang menanti. Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin." Pengirim Hawa Rawang 019-6407898.

"Jika kesilapan semalam belum terampun, ampunkanlah. Jika kesilapan hari ini menyakitkan, harap dimaafkan. Dan kesilapan esok yang mendatang jangan dibawa ke akhirat. Kullu amin waantum bi khair wailalika' ma'assalama." Pengirim Siti Khana Kundang. 012-5365046.

"Sepuluh batalion tentera Islam mula bergerak dari bukit Marrul Zaharan menuju ke kota Mekah. Abbas ra. membawa Abu Suffian menyaksikan kemaraan tentera Islam. Setiap batalion ketika melintasi mereka berdua akan bertakbir Allahuakbar 3X dimulai dengan komander disahut serentak oleh semua anggota batalion. Abu Suffian kagum dengan disiplan tentera Islam. Semangat melawannya semakin mati. Sekarang batalion terbesar dengan 5 ribu anggota mula melintasi mereka berdua berseragam hijau dikenali sebagai batalion hijau (katiibul hadra'). Diketua oleh general yang paling gagah perkasa Muhammad SAW. lengkap berbaju besi menunggang unta bergelar Alqaswa'. Ali kw bertakbir Allahuakbar. Kali ini semua tentera Islam serentak menyahut dengan takbir Allahu Akbar. Gema takbir sebanyak 3 kali ini gemuruh memenuhi langit Mekah membunuh semangat kekafiran. Abu Suffian mengeluh kepada Abbas ra. "Anak saudara mu telah menanag" Setiap jalan masuk ke Mekah dijadikan pos kawalan oleh batalion-batalion setiap satu. Batalion hijau berkawal. Batalion hijau berkhemah di bukit Hajun. Nabi SAW berkhemah disebelah kubur Pakcik kesayangannya Abu Talib. Saat-saat manis ini tanpa Pakcik kesayangan disisi tentunya sayu dihati. Mekah dikepong di setiap penjuru. Nabi SAW arahkan semua komander bahawa ini adalah hari Marhamah (belas ihsan). Bukan hari malhamah (penyembelihan). 20 Ramadhan, Nabi SAW pakai ihram umrah dan bergerak menuju kaabah. Tiba di hajarulaswad, Nabi SAW beri hormat lalu mengangkat tongkatnya ke langit dan bertakbir. Semua tentera dan umat Islam disitu ikut bertakbir. Gema takbir penuhi ruang angkasa Mekah menggugat jiwa musyrik. Nabi SAW arahkan Ali kw pijak bahunya untuk naik ke atas kaabah bagi pecahkan berhala terbesar. Hubbal jatuh terhempas dan berkecai. Nabi SAW mulakan tawaf bersama sahabat ra sambil pecahkan semua 360 berhala. Tiba dipintu kaabah, Nabi SAW bertahlil Lailahaillallah Wahdah Sadaqa Wakdah Wanasaro Abdah Wahazamal Ahzabawahdah lalu berkata "walaupun kamu musuhi dan perangi aku begitu lama (21 tahun) kamu semua tulaqa'." Pengirim Hj Shuhardi Md Isa Bangi 012-3900740

"Andai lidah tersalah bicara, andai hati tersalah firasatnya, andai perbuatan sumbang langkahnya. Maafkan kami atas segalanya. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Pengirim PJM Siti Habibah Yusof 019-6685083.

"Didoakan agar dikurniakan Allah ketenangan dalam mengharungi apa jua ujian hidup dengan sentiasa mengingati Nya. Amin. Salam Aidilfitri. Pengirim Pahrol Mohd Joui 019-3319848.

"Salam Aidilfitri semoga bertambah keimanan dan taqwa setelah sebulan beribadah Ramadhan. Mohon kemaafan zahir dan batin" Pengirim Mohd Fadhli Yusof 017-3117929.

"Pelita dipasang penaik seri, Ramadhan diganti si Aidilfitri, Mesej pendek pengganti diri. Tanda dirimu sentiasa diingati. Selamat hari raya maaf zahir batin. Pengirim Abbas Kuang 019-2733066.

"TAQABALALLAH MINNA WA MINKUM...Mudahan Allah menerima segala amalan kita. SALAM EID MUBARAK... Drpd Ustaz Mad China, Ustazah Roslina, Mus'ab, Sumaiyah, Tasnim & Asma' 019-2776976.

Isnin, September 14, 2009

Lebih 200 hadir Majlis Berbuka Puasa di HPA Cawangan Rawang

/

PJ Us. Khairuddin Ramli sedang memberikan tazkirah dan seterusnya membacakan tahlil sebelum bebuka puasa

Suasana Majlis Berbuka Puasa di perkarangan HPA Cawangan Rawang

Alhamdulillah dengan berkat bulan Ramadhan, makanan yang disediakan untuk 150 orang dapat menampung lebih 200 orang yang hadir di Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Komuniti Hpa Rawang dengan kerjasama Kelab Pemimpin Al Wahida KPA dan HPA Zon Tengah. Majlis dimulakan dengan Tazkirah ringkas dan bacaan tahlil oleh PJ Us. Khairuddin Ramli, pegawai agama UTM KL. Beliau menggantikan PJ Prof Madya Dr Ishak Suliaman yang tak dapat hadir disaat akhir kerana menerima undangan berbuka puasa bersama YM Raja Nazrin di Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar.

Anak-anak Yatim dari Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Sg Buaya.

Majlis juga turut meraikan 12 orang golongan OKU dan 18 orang anak-anak yatim yang dijemput khas dari sekitar Lembah Klang. 9 orang dari anak yatim adalah merupakan pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Sg Buaya yang turut memberi persembahan Nazam HPA sebelum majlis sumbangan selepas solat tarawih yang diadakan bersama di dalam dewan kuliah. Sumbangan wang tunai RM100.00 seorang disediakan oleh pihak syarikat sendiri melalui wakilnya yang turut hadir Cik Siti Norhafiza Diyana Bt Abdul Rahman Pegawai Latihan & Program HPA Zon Tengah.

Presiden KPA PJM Hafidzan Fauzdzi sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim

Salah seorang Orang Kurang Upaya OKU yang menerima sumbangan dari HPA yang disampaikan oleh Presiden KPA.

Presiden KPA PJS Hafidzan Fauzi yang turut hadir diberi penghormatan memberikan sumbangan itu bersama kuih raya yang disumbangkan oleh YB Senator Dato' Ikhwan Salim Sujak dari Petaling Jaya Utara kepada semua penerima sumbangan. Beliau diiringi oleh PJE Mohd Shafarul Nizam dan PJ Abdul Jamil Othman dari Komuniti Rawang.
/

Isnin, September 07, 2009

Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan OKU

/

Komiti HPA Rawang sekali lagi akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Perkarangan Cawangan Rawang pada hari Sabtu 12 September ini. Sebelum ini kita mengadakan pada hari Nisfu Syaaban dihadiri 60 orang walaupun makanan disediakan untuk 100 orang. Pada kali ini kita mengharapkan tetamu yang hadir biarlah tidak membazirkan makanan yang bakal kita sediakan untuk 150 orang pula. Oleh itu melalui blog ini saya selaku Penasihat kepada Komiti HPA Rawang menjemput semua pembaca yang berkesempatan untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis disamping dapat kita merapatkan lagi ukhwah yang sudah sedia terjalin terutamanya dikalangan pengedar yang berhampiran dengan Cawangan Rawang.

OKU Hj Shanizal dari Putrajaya dan OKU En Azlan dari Petaling Jaya antara tetamu yang akan hadir di Majlis Iftor nanti. Mereka merupakan Presiden dan Bendahari Badan Bertindak Orang Kurang Upaya Malaysia BBOKUM.

Majlis Iftor kali ini akan dimeriahkan lagi dengan tetamu yang kita jemput khas di kalangan Orang Kurang Upaya dan Anak-anak yatim di kawasan berdekatan. Mereka akan diraikan dengan memberikan sedikit sumbangan dan cenderahati dari pihak syarikat yang akan sampaikan oleh Pengurus Besar AWM En Mohd Faisol Abdul Rahman.

Pihak penganjur iaitu Komuniti HPA Cawangan Rawang hanya menyediakan makanan nasi secara buffet untuk 150 orang melalui katering, makanan tambahan seperti kuih-kuih dan buah-buahan digalakkan kepada semua jemputan untuk membawanya masing-masing untuk kita kongsikan terutamanya untuk jamuan moreh selepas majlis berakhir. Manakala minuman kopi radix dan minuman kodial disediakan oleh pihak cawangan sendiri. Tabung derma sumbangan untuk majlis iftor ini akan disediakan kepada mereka yang nak menyumbang dalam bentuk wang. InsyaAllah wang ini kita akan manfaatkan untuk menampung kos katering, khemah dan lain-lain.

Alamat HPA Cawangan Rawang:
2D-1-13, Jalan Rawang Mutiara 3,
Rawang Mutiara Business Centre 2,
48000 Rawang.
Tel: 03-60924200
/

Jumaat, September 04, 2009

Majlis Iftor PJS bersama PU dan Ulama Satul Thailand

/
Pengarah Urusan HPA sedang menikmati juadah berbuka puasa bersama Sheikh Mohamed Zaki Napalain
ulamak dari Selatan Thailand.

/
Suasana majlis berbuka puasa diperkarangan Gudang utama HPA di Tunjang Jitra Kedah.

Inilah wakil PJS dari KPA yang dapat turut serta dalam Majlis Iftor ini. Dari kiri PJS Siti Habibah,
PJS Baharuddin Jantan, PJS Jamaluddin Yeop Majlis dan PJS Abdullah Abdul Rahim.


Rabu 2 Sept 2009 bersamaan 12 Ramadhan 1430H, satu majlis berbuka puasa PJS bersama Pengarah Urusan HPA telah berlangsung di perkarangan Gudang Utama HPA di Tunjang Jitra Kedah. Lebih 100 tetamu yang hadir terdiri dari PJS, pegawai atasan syarikat dan rombongan tetamu dari Darul Ma'arif School Satul Thailand yang diketuai oleh Sheikh Mohamed Zaki Napalain.

Sheikh Mohamed Zaki Napalain dari Thailand ketika memberi tazkirahnya pada para hadirin.
Beliau fasih berbahasa Melayu.


Syeikh Mohamed Zaki dalam ucapan tazkirahnya mendoakan agar perjuangan HPA yang diterajui oleh Tn Hj Ismail dapat menakluki dunia khususnya Negara Thailand. Sehubungan dengan itu, beliau menawarkan stesyen radio yang dimiliki oleh Darul Ma'arif School di Satul Thailand dapat dijadikan perantara untuk HPA mengembangkan perjuangannya di Thailand.

Terdahulu dari itu Tn Hj Ismail dalam ucapannya aluannya mengumumkan bonus pengedar HPA bulan Ogos akan dibayar sebelum Hari Raya Idil Fitri. Beliau juga mengumumkan satu wilayah baru akan diujudkan di Zon Tengah yang dikenali sebagai Wilayah Khas yang akan diterajui sendiri oleh GM En. Mohd Faisol Abd Rahman. Sebanyak 20 cawangan baru akan dibuka di Wilayah Khas yang merangkumi seluruh Lembah Klang dan akan berpusat di Shah Alam.

Ucapan aluan Pengarah Urusan selepas jamuan berbuka puasa dibawah khemah.

2 RFC akan dibuka segera selepas Raya ini iaitu di Kluang dan Mydin Melaka. Kemudian akan disusuli di Shah Alam, Bangi dan Gombak seterusnya 20 RFC di seluruh Malaysia sebelum menjelang 2010.

Sementara itu GM AWM En Mohd Faisol selaku Pengerusi Majlis dimalam itu memaklumkan KOWAHIDA telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM untuk memberi dividen sebanyak 14% kepada ahli yang membuat pelaburan. Beliau merupakan Pengerusi KOWAHIDA HPA BHD.

Sebahagian dari para hadirin yang berhimpun dibawah khemah yang disediakan
untuk mendengar taklimat PU dan Tazkirah Ulamak.


/