Khamis, Mac 18, 2010

Majlis Pelancaran HPA RAIHAN

/
Lebih 700 orang hadir menyaksikan persembahan konsert Raihan sempena dengan Majlis Pelancaran HPA RAIHAN di hotel Depalma Ampang semalam (Rabu 17 Mac 2010). Satu majlis menandatangani MOU antara HPA Group Of Companies dan Raihan Group Of Companies telah diadakan serentak dengan pelancaran 4 produk baru hasil usahasama antara keduanya.

4 produk baru itu ialah:

1. Album Raihan Salawatherapy
2. Album Raihan Musafir Perjuangan
3. Raihan Fragrance Men
4. Raihan Fragrance Women

Tn Hj Ismail Hj Ahmad CEO HPA Group Of Companies dan Hj Abdul Mubbin Latiff CEO Raihan Group Of Companies bersalaman selepas menandatangani perjanjian usahasama.

Tn Hj Ismail melancarkan produk Raihan Fragrance Men and Women melalui ketukan bungkahan ais.


Kumpulan Nasyid Raihan bersama Tn Hj Fisal PU2 HPA dan En Mohd Faisol GM AWM.

PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis wakil KPT dan PJS Tn Syed Ageel wakil KPU turut hadir menyaksikan Majlis Pelancaran disamping PJS KPA yang hadir PJS Hafidzan Faudzi, PJS Zainal Ahmad, PJS Abdullah Abd Rahim, PJS Us Safuan Pamidi, PJS Sajaruddin Tasiron, PJS Tn Hj Marjuni, PJS Aznin, PJS Habshah Ariffin, PJS Nor Haida Ramli, PJS Abd Yadie, PJS Zambri Ibrahim, PJS Norshidah dan lain-lain PJS yang saya tak nampak..

Sdr Hawari dan Afifi turut hadir bersama 1 bas rombongan Mahasiswa dari PMIUM.


Sdr Md Nor Auzani ketua rombongan dari HPA PMIUM berbincang sesuatu dengan Pengurus Pentadbiran HPA merangkap SU Panel Syariah HPA Us. Adnan Fadhil.

Majlis diakhiri dengan Sesi menandatangani Autograf dengan Kumpulan HPA RAIHAN

Saksikan HPA Raihan di Selamat Pagi Malaysia esok(19 march 2010), Jam 7.00 pagi – 9.00 pagi, pelancaran album baru Musafir Perjuangan

Hebahkan…

Produk Halal Tanggungjawab Bersama. jangan lupa beli CD HPA Raihan Musafir Perjuangan dan selawatheraphy beserta Raihan Fragrance di Cawangan HPA Seluruh Negara








Tiada ulasan: