Sabtu, Januari 30, 2010

Penapis Air Organik pertama guna tempurung ganti tulang haiwan - Metro 30 Jan 2010

/

Dew dijamin halal

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my
2010/01/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HPA Industries Sdn Bhd, antara syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini, memperkenalkan empat produk terbaru termasuk penapis air dikenali Dew yang dijamin halal, organik dan suci.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata penapis air Dew dijangka menjadi produk popular HPA yang juga diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) pertama di negara ini.


Menurutnya, berbeza dengan kebanyakan penapis sedia ada yang menggunakan unsur tulang haiwan yang tidak diketahui jenis dan kaedah sembelihannya, penapis air keluaran HPA menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.


“Formula kandungan setiap katrij di dalam penapis air ini berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh meniru sukatan dan ukuran bahan dalam katrij HPA kerana kajian hampir tujuh tahun dilakukan untuk menghasilkan Dew yang berkualiti ini.


“Sesetengah penapis air di pasaran pula tempoh hayat gantian katrij ialah setahun dengan kos sehingga RM300 atau RM400, namun kos Dew hanya RM98 untuk tahun pertama.


“Berdasarkan kajian, pH air daripada penapis air Dew hampir menyamai air zam zam,” katanya ketika ditemui di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.


Majlis pelancaran penapis air Dew dan produk terbaru HPA yang lain iaitu Madu Cuka Nipah, minuman Radix Sahara dan minuman Kristal Mineral Asli diadakan di Hotel De Palma, Ampang, Selangor pada 21 Januari lalu.


Ismail berkata, penyelenggaraan Dew juga mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik dan sudah melalui ujian makmal Sirim.


Menurutnya, berbeza dengan penapis air lain yang berharga ribuan ringgit, penapis air keluaran HPA dijual pada harga mampu milik iaitu RM900 untuk bukan ahli dan RM750 untuk ahli HPA di Semenanjung Malaysia manakala RM1,000 bukan ahli dan RM850 ahli HPA di Sabah dan Sarawak.


“Lebih menarik setiap ahli HPA mendapat 50 nilai mata daripada pembelian ini yang akan dikira sebagai bonus,” katanya.


Sementara itu, beliau berkata, produk baru dijangka melonjak jualan syarikat dan menepati sasaran RM20 juta sebulan.


HPA yang kini mempunyai kira-kira 600,000 ahli di Malaysia dan 250,000 di Indonesia terkenal sebagai syarikat MLM berteraskan Islam yang memperjuangkan produk yang halal dan suci.


Syarikat berkenaan juga mempunyai rangkaian perniagaan makanan segera yang berkonsepkan organik seperti Radix Fried Chicken, Radix Chicken House, Radix Oriental Cuisine, Radix Bakery House dan Radix Pizza House.

Tiada ulasan: