Ahad, Mac 22, 2009

AHLI PERTAMA HPA KONGSI KEJAYAAN DI PBC RAWANG



PBC kali ke 3 di Dewan Seminar HPA Cawangan Rawang hari ini menampilkan tokoh lama dalam HPA iaitu PJM PUAN NORHAYATI YUNUS yang no ahli HPA nya 000002.MY01 dalam slot Malam Bintang HPA. Beliau memberitahu bonus bulan Feb 2009 yang baru dikeluarkan untuknya ialah RM56,600.00 merupakan ranking kedua selepas PJM(S) Cikgu Murad Abu Bakar. Beliau menceritakan detik pertemuan dengan Tn Hj Ismail sejak 1994 lagi ketika bersama bertugas di Lembaga Pertubuhan Peladang. Ketika itu Tn Hj Ismail sebagai Pengurus LPP di Mata Ayer Perlis dan beliau sebagai Juruaudit LPP di Ibu Pejabat KL.

Ketika Tn Hj Ismail menyatakan hasrat nak berhenti kerja pada 1995 kerana nak menumpukan perniagaan herba yang telah lama diusahakan oleh keluarganya, Kak Yati telah pun membeli 3 produk utama ketika itu iaitu RESDONG, MENAWAN KASIH dan TONGKAT ALI dalam bentuk makjun dengan kuantiti yang banyak untuk tujuan promosi. Sekarang RESDONG telah diberi nama COSCINIUM PLUS, MENAWAN KASIH ditukar nama PARAMARIA PLUS dan TONGKAT ALI diberi nama RADIX dalam bentuk kapsul. Semuanya ini Kak Yati pasarkan secara SLM sehinggalah MLM HPA dilancarkan pada 1 Ramadhan pd tahun 1997, Kak Yati lah individu pertama yang menjadi ahlinya. Sebab itulah no ahli Kak Yati 000002.MY01 dibawah AlWahida Marketing Sdn Bhd yang no ahlinya 000001.MY01 ujarnya.

Peringkat awal Kak Yati membuka Pusat Jualan di Kajang yang sekarang telah dijadikan Cawangan. Dengan ilmu yang ada katanya Kak Yati mampu menjual lebih 1000 botol herba keputihan sebulan pada 1997. Nak tahu rahsianya? Jemputlah lah lagi Kak Yati atau datang ke rumah Kak Yati bila-bila masa, Kak Yati sedia kongsikan rahsianya..

Katanya lagi antara rahsia kejayaan Kak Yati dalam MLM HPA ini ialah:
1. Tepati masa terutamanya solat diawal waktu.
2. Jangan melawan orang yang lebih tua dari kita walaupun dia downline kita sendiri.
3. Jangan suka menipu. Tiada bohong sunat dalam perniagaan.
4. Jangan banyak berahsia.. Kalau duda katakan duda, kalau janda katakan janda...

Kak Yati baru kematian suami tercinta pada 8 Feb 2009 di Hospital Selayang. Marilah sama-sama kita hadiahkan bacaan surah Al Fatihah untuk Allahyarham. Al-Fatihah. Berita dalam http://kpa2u.wordpress.com/fikir-fikir/suami-pji-norhayati-yunus-kembali-kerahmatullah/


Isnin, Mac 16, 2009

8 PBC serentak hujung minggu ini di Zon KPA

Hujung minggu ini iaitu pada 21-22 Mac 2009, terdapat 8 PBC diadakan serentak di zon KPA. Berikut adalah senarai PBC yang telah diluluskan oleh Kelab Pemimpin AlWahida (KPA)

Warisan Sembilang Resort, Jeram ,Selangor
PJS Marjuni
016-3474992
Hotel Alson Klana Nilai
PJS Habibah 019-6685083
HPA Cawangan Rawang
PJS Jamaluddin YM
013-9812655
Pusat Belia Antarabangsa, Cheras
PJS C.Murad
012-3033230
TS Hotel, Pasir Gudang
PJS Rahmat
012-3632187
Muar Traders Hotel, Johor
PJS Rosjulila 013-6820068
Pusat Latihan Felcra, Seberang Perak
PJS Jamaluddin MNoor
019-5746428
Hotel Residence Uniten, Bangi
PJS Hafidzan 013-2082550

Selasa, Mac 10, 2009

Deklarasi MLM Syariah HPA





Dianggarkan 3,000 orang hadir ke Majlis Pelancaran Ais Krim Toyyibah sempena Seminar MLM Syariah HPA yang diadakan di Dewan Besar Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur semalam. Dewan yang hanya boleh menampung 500 orang itu penuh sesak dan terpaksa pihak penganjur menyediakan beberapa layar besar di luar dewan.

Sesi soaljawab dalam seminar MLMS agak panas disebelah petang tetapi dapat dijawab dengan tenang oleh ahli panel yang terdiri daripada Pengarah Urusan HPA Tn. Hj. Ismail, Pengurus Besar HPA En. Mohd Faisol dan 3 wakil panel syariah iaitu Us Ahmad Ali, Us. Adnan Fadhil dan Prof Madya Dr Ishak Suliaman..

Di akhir seminar sebelum doa penutup dibacakan oleh Al Fadhil YB Hashim Jasin, Us Ahmad bin Ali selaku Pengerusi Panel Syariah HPA telah membacakan deklarasi MLM Syariah HPA sebelum diserahkan kepada Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Hj Ahmad. Antara isi kandungan deklarasi tersebut ialah:

1. Sistem urusniaga yang dijalankan oleh HPA melalui sistem MLMnya adalah menepati rukun-rukun dan syarat-syarat urusniaga yang ditetapkan oleh syariat Islam.

2. Panel syariah tidak menemui pada zahirnya sebarang unsur-unsur yang bertentangan dengan ketetapan syarak.

3. Sekaligus sistem MLM HPA tersebut pada dasarnya memenuhi ciri-ciri MLM SYARIAH yang diputuskan oleh panel syariah.

Maka dengan itu, panel syariah mengakui dan mengisytiharkan untuk ahli-ahli HPA khususnya dan umat Islam umumnya bahawa MLM HPA adalah berlandaskan syariat Islam dan layak dianggap terus berjalan selama MLM HPA mematuhi garis panduan MLM Syariah yang diputuskan oleh panel syariah.

Panel syariah berpesan kepada seluruh warga HPA samada yang terbabit dalam pengeluaran barangan atau penjualannya agar terus berkomitmen dengan syariah ALLAH, bertaqwa kepada-Nya serta sentiasa jujur an amanah.


Isnin, Mac 09, 2009

2 OKU Antara Peserta PBC di Masjid AlGhufran 7-8 Mac.





PBC kali ke 11 di Masjid AlGhufran Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur yang tamat semalam sangat menarik dan istimewa. Selain dari seorang doktor pakar perubatan sebagai pesertanya ada 2 orang lagi peserta dari kalangan Orang Kurang Upaya OKU. Mereka ialah Dr Azahrudin dari Hospital Sungai Buloh, Hj Mohamad Sahnizal bin Hj Rahimin dan Nor Azlan Hj Alias dari Badan Bertindak OKU Malaysia.

Menurut Hj. Sahnizal Pengerusi Badan Bertindak OKU Malaysia (BBOKU),
Badan Bertindak OKU Adalah sebuah badan NGO yang dikendalikan oleh sekumpulan golongan OKU yang bergabung tenaga dengan orang biasa bagi membantu dan menolong meningkatkan prestasi Golongan OKU agar sentiasa kehadapan dalam semua aspek kehidupan dunia maupun akhirat. Ianya teleh ditubuhkan pada 27 Julai 2006, yang antara lain misinya ialah Mengujudkan dan memperkasakan Golongan Usahawan OKU dikalangan OKU melalui Pengkongsian Bijak Cemerlang.

Apabila ia mengetahui HPA ada menganjurkan Program Perkongsian Bijak Cemerlang melalui PJ Mohd Shafarul Nizam, beliau bersama bendaharinya En. Nor Azlan Hj Alias terus mendaftarkan diri sebagai peserta PBC di Masjid Al Ghufran. Mereka merancang akan menghantar 200 orang lagi ahli BBOKU ke PBC akan datang secara berperingkat-peringkat melalui PBC yang diadakan diseluruh Malaysia. Rujuk blog mereka http:www/bboku.blogspot.com.

Apa yang menariknya lagi PBC kali ini, ianya dihadiri oleh Pengurus Besar AWM Mohd Faisol Abd Rahman, 2 PJS dari Kelantan iaitu PJS Pn Siti Zawiyah @ Kak Noor dan PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis dan 3 lagi PJS dari Johor iaitu PJS Mohd Shafei Tasiron, PJS Pn Ros Julila dan PJS Pn Nadzifah bersama suaminya PJE Rosli Daud. Seramai 51 orang peserta berdaftar tetapi cuma 45 orang sahaja yang melaporkan diri. Antara yang menyampaikan perkongsian pengalaman di malam bintang bintang ialah PJE En Khalid dari Kota Tinggi Johor yang telah meraih pendapatan hampir 5 angka walaupun baru 1 tahun menyertai HPA.


Selasa, Mac 03, 2009

Jemputan ke Seminar MLM Syariah & Pelancaran Ais Krim Toyyibah


Rasanya inilah kali pertama MLM Syariah akan diseminarkan di Malaysia. HPA mengambil peluang ini setelah ramai dikalangan alim ulama dan ilmuan Islam menyertai perniagaan MLM HPA. Antaranya yang akan membentangkan kertas kerja dalam seminar ini ialah:

Tuan Haji Muhammad Hassan Zaid bin Ramli
(B.A Shariah, AlAzhar, M.A. Muamalat, UKM)


PERBANDINGAN DIANTARA SISTEM MLM, PIRAMID DAN BINARY

DAN

Prof Madya Dr. Ishak Suliaman (PHD Hadis dan Muamalat University Of Wales, Timbalan Pengarah Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya)

PEMBENTANGAN BUKU MLM SYARIAH HPA

Serentak dengan Majlis Seminar ini juga akan dilancarkan satu lagi produk HPA iaitu Ais Krim tanpa gelatin yang diberi nama Ais Krim Taiyibah. Majlis pelancaran ais krim ini akan disempurnakan sendiri oleh Pengarah Urusan Hpa Industries Sdn Bhd Tn Hj Ismail Hj Ahmad. Oleh itu saya mengambil kesempatan ini menjemput semua pembaca blog saya agar dapat hadir ke Majlis Pelancaran dan Seminar ini di Dewan Besar Menara Tabung Haji Jalan Tun Razak Kuala Lumpur pada 9 hb Mac ini sempena cuti Maulidurrasul. Tentatif program sila link www.hpa.com.my/mlms.php