Sabtu, Mei 23, 2009

Dulu ketagih rokok kini ketagih kopi radix - En Zulkifli Zainal


En Zulkifli Zainal dari Batang Kali merupakan perokok tegar sebelum ini. Menurutnya beliau pernah merokok sebanyak 40 batang sehari. Niat nak berhenti merokok telah lama ada. Tetapi belum berjumpa dengan penawarnya lagi. Berbagai produk telah dicuba namun belum ada keserasian. Masih nak merokok juga. Sehinggalah pada suatu hari beliau diperkenalkan kopi radix oleh Saudara Mohd Shafarul Nizam yang berkebetulan memang berniat nak menajanya menjadi ahli HPA. Walaupun menolak menjadi ahli HPA tetapi membeli produk kopi radix. Akhirnya bila merasakan minum kopi radix ada kelainan rasa ditekaknya, beliau mencari semula Mohd Shafarul Nizam untuk menjadi ahli. Katanya ia nak menukarkan minuman dirumahnya kepada kopi radix sahaja termasuk keluarganya.

Akhirnya setelah beberapa bulan beliau mengamalkan kopi radix, beliau dapat mengurangkan pengambilan rokok dari 40 batang kepada 20 batang. Bila merasakan ada keserasian dengan mengamalkan kopi radix ini boleh mengurangkan pengambilan rokok yang diidam-idamkan selama ini, beliau berniat nak berhenti merokok sepenuhnya. Bila ada rasa nak merokok sahaja, beliau membancuh kopi radix yang pekat, katanya 1 cawan biasa tu 2 sachet. Begitulah seterusnya sehingga tu pernah minum 6 cawan sehari bermakna 12 sachet sehari. Alhamdulillah dengan izin Allah dengan niatnya yang murni hendak berhenti merokok, kini beliau tidak lagi merokok walaupun sebatang.

DULU KETAGIH ROKOK KINI KETAGIH KOPI RADIX PULA KATANYA.
Lalu saya sambut
KETAGIH KOPI RADIX MENYIHATKAN BADAN TETAPI KETAGIH ROKOK MEROSAKKAN BADAN. TERUSKAN. BARAKALLAH.


Kepada mereka yang ingin berkongsi pengalaman dengan En Zulkifli yang boleh meninggalkan ketagihan merokok setelah mengamalkan kopi radix, bolehlah menghubunginya di talian 017-2477095

Tiada ulasan: