Jumaat, Mei 08, 2009

14 Mei ini Perasmian Cawangan HPA Rangkaian Masjid Hulu Selangor.




Masjid Ar Rahimah Kuala Kubu Baru telah dipilih sebagai tempat perasmian bagi cawangan dan kiosk HPA di rangkaian masjid di Daerah Hulu Selangor. Majlis perasmian akan diadakan pada hari Khamis 14 Mei ini oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd Tn Hj Ismail Hj Ahmad. Majlis bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Ceramah Isu Halal Haram akan disampaikan juga oleh Tn Hj Ismail pada jam 2.00 petang di dewan solat utama Masjid Ar Rahimah. Sehubungan dengan itu saya bagi pihak Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA) menjemput semua warga HPA terutamanya pengedar HPA yang tinggal berhampiran untuk sama-sama meraikan majlis yang dihadiri oleh Pengarah Urusan sendiri.

Presiden KPA PJM Hafidzan Faudzi menyarankan melalui saya agar semua PJS yang berada di Lembah Klang dan di Negeri Perak diwajibkan hadir dan menghebahkannya kepada semua pengedar dibawah rangkaiannya supaya dapat hadir. Pihak masjid telahpun menghebahkannya sebelum solat Jumaat tadi kepada orang ramai terutamanya kepada seluruh ahli kariah Masjid Kuala Kubu Baru.

Sementara itu pada hari Sabtu 16 Mei jam 9 pg hingga 12.30 tengahari, Jawatankuasa Masjid Serendah pula akan mengadakan Majlis Perasmian Kiosk HPA di Masjid berkenaan. Orang ramai terutamanya pengedar HPA di kawasan berhampiran dijemput hadir.



Tiada ulasan: