Isnin, Februari 02, 2009

Stokis baru di Surau Al Muttaqin Tmn Melati




Kewujudan stokis HPA di dalam kawasan surau Al Muttaqin memudahkan penduduk sekitar Tmn Melati di Gombak Setia mendapatkan produk halal yang dikeluarkan oleh Hpa Industries Sdn Bhd. Stokis yang baru dibuka di lot kedai milik surau ini telah diusahakan oleh pengedar baru En Osman bin Wali Mohamad yang baru mengikuti kursus PBC di Masjid AlGhufran TTDI bulan Dis 2008. En Osman begitu aktif mengembangkan jaringannya dengan menghantar pengedar barunya ke progrem PBC setiap minggu di Lembah Klang.

Baru-baru ini beliau mengadakan Seminar Halal Haram di dewan KAFA sebelah surau dapat menghimpunkan 30 orang bakal-bakal pengedar termasuk Imam Surau Tn Hj Md Husin Ab Rahman. Antara pengisian program ini ialah Isu Halal Haram yang disampaikan oleh Us. Khairuddin Ramli Pegawai Agama UTM Jln Semarak KL. Pjs Shafei Tasiron menyampaikan kuliah bertajuk Peluang Perniagaan Bersama HPA dan saya memperkenalkan produk yang dikeluarkan oleh HPA. Manakala PJ Mohd Shafaarul dan ibunya Pn Zulliah mendaftar keahlian dan daftarkan penyertaan ke Pbc akan datang.

Program yang sama insyaAllah akan diadakan pula selepas ini di Surau Ansar Tmn Sri Rampai Setapak pada 14 Feb ini. Semua yang membaca blog ini jika berkesempatan dijemput hadir pada hari itu mulai jam 9 pagi hingga 5 ptg.


1 ulasan:

mknace unlimited berkata...

tahniah
semoga dapat mengorak langkah ke seluruh negara