Ahad, November 29, 2009

Minuman Roselle untuk menguatkan imuniti tubuh.

/

Roselle
adalah sejenis tumbuhan dari spesis bunga raya atau dikenali dengan nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa. Di Malaysia tumbuhan ini dikenali dengan nama "Asam Paya" dan di negara-negara barat ia dikenali dengan nama "Florida cranberry". Di negara-negara arab pula tumbuhan ini sangat terkenal dan digunakan sebagai pemakanan harian dan dikenali dengan nama "Karkadeh".

Mengikut kajian yang telah dibuat, Roselle secara semulajadinya mengandungi Asid Hidroksi Citrik (HCA). Bahan aktif ini bertindak bertindak melalui 2 cara:

1. Merencatkan pembentukan lemak baru.
2. Meningkatkan kadar penghasilan hormon serotonin yang akan merangsang sel T mengeluarkan hormon melatonin iaitu hormon keceriaan untuk mendapatkan deep sleeping.

Roselle juga mempunyai kandungan mineral, vitamin C (L-Ascorbic acid) dan antioksidan. Antara bahan antioksidan yang banyak terdapat dalam roselle ialah "Anthocyanins" sebagai agen anti penuaan dengan mengawal dan menyingkirkan zarah radikal bebas dari badan. Antioksidan ini juga bertindak memperkukuhkan ketahanan sel, membantu merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang dirosakkan zarah radikal bebas itu.


Minuman Roselle HPA merupakan penyediaan roselle dalam bentuk uncang teh. Setiap uncang mengandungi 2gm kelopak halus (calyx) bunga roselle. Penyediaan produk dalam bentuk uncang teh adalah lebih alami dan juga membolehkan pengguna mengawal sendiri jumlah pengambilan gula atau menggantikannya dengan madu asli HPA.

Penghasilan produk ini adalah melalui proses yang terkini. Pengeringan kelopak roselle dilakukan dengan dua peringkat. Pertama ia dikeringkan secara semulajadi (penjemuran) dan kemudiannya dikeringkan melalui mesin pengeringan dalam tempoh waktu dan suhu yang terkawal. Ini memastikan kualitinya terjamin. Kemudian proses pembungkusan ke dalam uncang dan bungkusan siap dilakukan dikilang yang bertaraf GMP sekaligus menjanjikan produk ini selamat, bersih dan berkualiti.

1 kotak mengandungi 35 uncang
Harga pengguna RM20.00
Harga pengedar RM16.00 dengan 7NM.

Jadikanlah ia sebagai minuman rasmi di rumah. InsyaAllah ianya dapat menguatkan DAYA KETAHANAN TUBUH dari serangan RADIKAL BEBAS.
/


Isnin, November 23, 2009

Minuman ALG untuk mereka yang alahan.


alg

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 7

Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkenaan Minuman ALG

Minuman ALG

Minuman ALG merupakan salah satu produk herba dalam bentuk uncang (sachet) teh . Ia dibuat 100 peratus dari daun kaca beling matang Nama saintifiknya ialah Strobilanthes crispa.. Selain digunakan untuk tujuan melawaskan kencing, darah tinggi, gout dan batu karang, HPA menggunakan teh ALG untuk tujuan anti kanser atau anti ketumbuhan serta resdung yang serius. Herba ini merupakan herba diuretic yang akan membanyakan pembuangan air kecil.


Manafaat daripada Minuman ALG ialah:

1. Resdung/sinusitis

2. Darah tinggi

3. Pecah batu karang

4. demam

5. Sakit sendi.

5. Mengecilkan ketumbuhan.

Jika produk coscinium mungkin agak panas kepada sesetengah orang berbeza dengan minuman ALG yang bersifat dingin. Dalam penggunaan harian ada juga masyarakat yang menggunakan herba ini untuk demam panas. Apapun ALG sangat baik digunakan sebagai minuman harian untuk kesihatan.

Pelbagai khasiat daun pecah beling Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae)

Merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu.

Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik. Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia.

Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik. Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah.

Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol). Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan.

Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan agen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati. Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas.

Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap. Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level).

Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal. Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis.

Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi. Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.

Artikel oleh: Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar. Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.
~Nor



Selasa, November 10, 2009

Persembahan Raihan dalam KPJ di Hotel DePalma Ampang

/

4 orang anggota Raihan sedang mendendangkan lagu Puji Pujian dan Allah Hu sebelum kuliah bermula.

Tn. Hj Ismail bersama barisan PJS KPA khusyuk mendengar senikata yang didendangkan oleh Kumpulan Raihan.

Peserta Muslimah juga memenuhi dewan semasa Kuliah Perubatan Jawi

Kuliah Perubatan Jawi yang disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail Ahmad di Hotel De Palma Ampang baru baru ini diserikan dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Raihan. Mereka membuka majlis dengan lagu pertama dari album pertama Puji pujian dan lagu yang popular mereka dendangkan di luar negara terutamanya di negara Eropah iaitu lagu Allah Hu. Selepas kuliah sekali lagi mereka mengalunkan nasyid "Thank you Allah".
Bergambar selepas progrem berakhir jam 11.30 malam.

Kumpulan Raihan kini telahpun menyertai HPA atas nama HPA Raihan. HPA Raihan akan bergerak seiringan dengan HPA selepas ini dalam perjuangan memertabatkan produk halal yang menjadi tanggungjawab kita bersama. InsyaAllah. Menurut salah seorang anggota kumpulan itu En. Cik Amran yang berasal dari Kelantan, mereka akan bergerak bersama HPA ke seluruh dunia untuk mempromosikan perniagaan halal yang diasaskan oleh Tn Hj Ismail. Semua anggota kumpulan Raihan termasuk pengurusnya En Mubin merupakan kenalan lama saya sejak mereka menubuhkan kumpulan Raihan pada 1997 lagi. Alhamdulillah kini mereka bersama saya semula dalam HPA. Barakallah.. Segala pujian hanya untuk Allah...
/

Khamis, November 05, 2009

JADUAL PBC NOVEMBER DI WILAYAH TENGAH HPA


Tarikh : 07-08 Nov

Hotel Residence, Uniten, Bangi
RM 180
PJS Fatin (013-3962550)

Hotel De Palma, Ampang
RM180
PJS Zainal (019-2886641)

Puteri Resort, Melaka
RM150
PJS Fauziah (013-6317154)

Masjid Al-Ghufran, TTDI
RM150
PJS Jamaluddin (013-9812655)

Tarikh : 14- 15 Nov

Wisma MAIS, Shah Alam
RM150
PJS Habshah (019-3337245)

Rumah Rehat, Grik
RM160
PJS Abdullah (012-6849263)

Allson Kelana, Nilai
RM170
PJS Habibah (019-6685083)

Hai Resort Sabak Bernam
RM150
PJS Hj Marjuni (019-3835008)

Tarikh : 21- 22 Nov

Kem Bina Taqwa, Banting
RM150
PJS Ust. Asri (019-2398620)

Pusat Dakwah Islam Paroi Negeri Sembilan
RM130
Puan Aishah (0196694760)
Hj Saaid (013-2066505)
Prof Madya Dr Ishak Suliaman (013-3699787)
PJS Hafidzan Faudzi (013-2082550)

Tarikh : 28-29 Nov

Gunung Ledang Resort, Tangkak
RM170
PJS Rosjulila (013-6820068)

/


Rabu, November 04, 2009

Presiden KPA dan Presiden KPU antara PJS yang akan hadir dalam PBC di TTDI KL hujung minggu ini.

Masjid Al Ghufran di Kompleks Balai Islam Pinggir Taman Tun Dr Ismail Damansara Kuala Lumpur.
/
Progrem Perkongsian Bijak Cemerlang atau lebih dikenali sebagai PBC yang akan berlangsung di Dewan Konferens Kompleks Balai Islam Masjid Al Ghufran Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur pada 7-8 Nov ini insyaAllah akan dihadiri oleh 8 orang PJS. Antaranya ialah PJM/PJS Hafidzan Faudzi Presiden KPA dan PJM/PJS Azizan Ahmad Presiden KPU.

PJS En. Hafidzan Faudzi akan merasmikan PBC diikuti dengan slot Profil Syarikat dan Kepentingan PBC. Manakala PJS Hj. Azizan Ahmad akan mengisi slot Produk Pilihan dan motivasi penutup PBC. Lain-lain PJS yang akan mengisi slot ialah PJS Us. Safuan Pamidi, PJS Hj. Ramly Ahmad, PJS Rosmandi Ishak, PJS Zambri Ibrahim, PJS Abdullah Kadir dan saya selaku Pengarah PBC. Manakala slot Apa Itu MLM Syariah HPA akan diisi sendiri oleh salah seorang Panel Syariah iaitu Prof Madya Dr Ishak Suliaman yang juga merupakan Pengerusi Komuniti HPA Cawangan Rawang.

PBC kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Komuniti HPA Cawangan Rawang dengan dipantau oleh Kelab Pemimpin Al Wahida KPA yang melantik saya sebagai pengarahnya.

Tentatif program:

Sabtu 7 Nov.

7.30pg - Pendaftaran

8.30 pg - Pembukaan, Taaruf peserta, Taaruf Urusetia.

9.30 pg - Ucapan Perasmian oleh Presiden KPA - Profil syarikat dan kenapa PBC diperlukan.

10.30 pg - Minum pagi.

10.45 pg - Nasyid pilihan & Pembentukan Kumpulan.

11.00 pg - Strategi Menjana Pendapatan Melalui MLMS HPA oleh Pjs Us. Safuan Pamidi.

12.30 tgh - Makan tengahari dan solat Zohor berjemaah bersama jemaah masjid.

1.45 ptg - Serahan kunci bilik penginapan dan pembahagian bilik.

2.15 ptg - Asas Perawatan JAWI dan Diagnos penyakit oleh PJS Hj. Ramly Ahmad.

4.00 ptg - Minum petang dan Solat Asar bersama jemaah masjid.

4.30 ptg - Gerakerja Usahawan MLMS oleh PJS Rosmandi Ishak / PJS Shafei Tasiron

5.30 ptg - Latihan Dalam Kumpulan LDK oleh PJS Jamaluddin Yeop Majlis.

6.30 ptg - Persiapan diri di bilik penginapan.

7.00 ptg - Solat Maghrib, Makan malam dan Solat Isyak bersama jemaah masjid.

8.30 mlm - Demo produk, Kongsi pengalaman akan dikendalikan oleh PJE Mohd Shafarul Nizam.

9.30 mlm. - Tayangan video PPIM dalam isu halal & haram dan keinsafan.

10.30 mlm. - Bacaan Surah Al Waqiah berjemaah.

11.00 mlm. - Bersurai ke bilik penginapan masing-masing.


Ahad 8 Nov

5.00 pg - Qiamullail dan Solat Subuh berjemaah bersama jemaah masjid.

6.00 pg - Kuliah subuh di dewan kuliah. Oleh PJ Us. Khairuddin Ramli.

6.45 pg - Senaman pernafasan akan dikendalikan oleh PJE Mohd Shafarul Nizam.

7.00 pg - Sarapan pagi dan persiapan diri.

8.00 pg - Solat Dhuha dan bacaan Al Maathurat.

9.00 pg - Apa Itu MLM Syariah oleh Panel Syariah HPA Prof Madya Dr Ishak Suliaman.

10.30 pg - Minum pagi

11.00 pg - Persembahan kumpulan

12.30 tgh - Makan tengahari dan Solat Zohor berjemaah bersama jemaah masjid.

2.00 ptg - Produk Pilihan oleh PJS Azizan Ahmad

3.00 ptg - Motivasi oleh PJS Azizan Ahmad

4.00 ptg - Majlis Penutup dan bersurai.

Penyertaan dibuka hingga ke saat akhir selagi ada kekosongan. Siapa cepat dia dapat. Yuran cuma RM150 sahaja untuk penginapan dan makan sepanjang kursus. Hubungi Urusetia pendaftaran PJ Jamil Othman 019-3393324
/.

Isnin, November 02, 2009

Kini RFC di Kluang Johor


Posted: 29 Oct 2009 11:52 AM PDT dari Duniaherbahpa.com

RFC Cawangan Kluang Johor berhadapan Kluang Mall beralamat No. 63 & 65, Jalan Rambutan, 86000 Kluang Johor.


Alhamdulillah, Kluang kini menjadi cawangan ke-4 restoran Radix Fried Chicken (RFC) selepas Sg Petani, Bandar Laguna Merbok dan Alor Setar. Majlis perasmiannya telah berlangsung pada 24 Oktober 2009 yang lalu dan disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Haji Ahmad.

Kini masyarakat Kluang sudah ada pilihan, jadi selepas ini tidak ada lagi alasan. Radix Fried Chicken (RFC) adalah suatu imej Halal lagi berorganik. Radix Fried Chicken (RFC) akan menjadi pilihan seluruh masyarakat Malaysia.

RFC yang seterusnya akan menyusul di Melaka, Shah Alam, Taman Permata Ampang dan banyak lagi. Insyaallah Koperasi Wahida Berhad akan memainkan peranan dalam mengembangkan Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH). Jom melabur dalam KOPERASI WAHIDA BERHAD.

Petikan berita RFC Kluang dari akhbar Harian Metro

Oleh Zainuddin Zain (Harian Metro Isnin 26.10.2009)

logo

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini membuka cawangan restoran makanan segeranya, Radix Fried Chicken (RFC) yang pertama di luar utara Semenanjung.

Destinasi pilihan syarikat MLM yang terkenal dengan produk jenama Radix
seperti Kopi Radix, Radix Koko dan minuman bergas seperti Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren dan Radix Ais Krim Soda di Kluang, Johor.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata perasmian cawangan terbaru di Kluang Mall, Jalan Rambutan itu berlangsung antara jam 9 pagi dan 1 petang, kelmarin.

Menurutnya, Kluang rangkaian terbaru RFC selepas Lagenda Heights dan Laguna Merbuk di Sungai Petani selain Shahab Perdana, Alor Star.
Beliau juga mengumumkan satu lagi sejarah dilakar HPA apabila pizza HPA yang dinanti pengedar HPA dan umat Islam di negara ini beroperasi 17 Oktober lalu di Lagenda Heights, Sungai Petani.

Menurutnya, waktu perniagaan Radix Pizza House sama seperti rangkaian
restoran HPA lain bermula jam 9 pagi hingga 11 malam setiap hari.

“Kita seharusnya berbangga dan bersama-sama dengan HPA kerana semua produk dan rangkaian perniagaan HPA berkonsep halal dan suci selain menggunakan produk terbaik termasuk daging dan ayam organik seperti di RFC.

“Pizza rangkaian terbaru perniagaan makanan HPA selepas RFC, restoran makanan Cina iaitu Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Bakery House (roti dan biskut) dan Radix Chicken House (sate, nasi ayam dan ayam golek).

“Kita berusaha mempelbagaikan lagi rangkaian restoran kita (HPA),” katanya.

Ismail berkata, MLM HPA kini mengeluarkan coklat seperti Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Almond, dan Radix Chocolate Milk yang dijamin menggunakan produk bersih dan suci sekali gus mengenepi keraguan umat Islam mengenai bahan tidak halal di dalamnya terutama membabitkan lemak haiwan.

Beliau berkata, produk terbaru yang dikeluarkan oleh HPA ialah sardin yang akan menggunakan jenama Sardin HPA.

“Pendedahan disampaikan penceramah, pemimpin dan pejuang HPA sama ada di dalam slot program motivasi atau kelas mingguan mengenai kemelut pemakanan umat Islam hari ini di mana antara makanan yang sering dikaitkan, pasaran sardin dalam tin yang amat mencurigakan daripada status halalnya.

“HPA terus maju selangkah demi selangkah dan kejayaan memasarkan sardin dalam tin dan dijangka mampu merebut pasaran produk jenis itu di pasaran umat Islam,” katanya.

HPA jugamengeluarkan produk pewangi tubuh Radix Men dan Radix Women.

Laman web rasmi RFC: http://www.radixfriedchicken.com.my/

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang