Progrem Perkongsian Bijak Cemerlang atau lebih dikenali sebagai PBC yang akan berlangsung di Dewan Konferens Kompleks Balai Islam Masjid Al Ghufran Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur pada 7-8 Nov ini insyaAllah akan dihadiri oleh 8 orang PJS. Antaranya ialah PJM/PJS Hafidzan Faudzi Presiden KPA dan PJM/PJS Azizan Ahmad Presiden KPU.
PJS En. Hafidzan Faudzi akan merasmikan PBC diikuti dengan slot Profil Syarikat dan Kepentingan PBC. Manakala PJS Hj. Azizan Ahmad akan mengisi slot Produk Pilihan dan motivasi penutup PBC. Lain-lain PJS yang akan mengisi slot ialah PJS Us. Safuan Pamidi, PJS Hj. Ramly Ahmad, PJS Rosmandi Ishak, PJS Zambri Ibrahim, PJS Abdullah Kadir dan saya selaku Pengarah PBC. Manakala slot Apa Itu MLM Syariah HPA akan diisi sendiri oleh salah seorang Panel Syariah iaitu Prof Madya Dr Ishak Suliaman yang juga merupakan Pengerusi Komuniti HPA Cawangan Rawang.
PBC kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Komuniti HPA Cawangan Rawang dengan dipantau oleh Kelab Pemimpin Al Wahida KPA yang melantik saya sebagai pengarahnya.
Tentatif program:
Sabtu 7 Nov.
7.30pg - Pendaftaran
8.30 pg - Pembukaan, Taaruf peserta, Taaruf Urusetia.
9.30 pg - Ucapan Perasmian oleh Presiden KPA - Profil syarikat dan kenapa PBC diperlukan.
10.30 pg - Minum pagi.
10.45 pg - Nasyid pilihan & Pembentukan Kumpulan.
11.00 pg - Strategi Menjana Pendapatan Melalui MLMS HPA oleh Pjs Us. Safuan Pamidi.
12.30 tgh - Makan tengahari dan solat Zohor berjemaah bersama jemaah masjid.
1.45 ptg - Serahan kunci bilik penginapan dan pembahagian bilik.
2.15 ptg - Asas Perawatan JAWI dan Diagnos penyakit oleh PJS Hj. Ramly Ahmad.
4.00 ptg - Minum petang dan Solat Asar bersama jemaah masjid.
4.30 ptg - Gerakerja Usahawan MLMS oleh PJS Rosmandi Ishak / PJS Shafei Tasiron
5.30 ptg - Latihan Dalam Kumpulan LDK oleh PJS Jamaluddin Yeop Majlis.
6.30 ptg - Persiapan diri di bilik penginapan.
7.00 ptg - Solat Maghrib, Makan malam dan Solat Isyak bersama jemaah masjid.
8.30 mlm - Demo produk, Kongsi pengalaman akan dikendalikan oleh PJE Mohd Shafarul Nizam.
9.30 mlm. - Tayangan video PPIM dalam isu halal & haram dan keinsafan.
10.30 mlm. - Bacaan Surah Al Waqiah berjemaah.
11.00 mlm. - Bersurai ke bilik penginapan masing-masing.
Ahad 8 Nov
5.00 pg - Qiamullail dan Solat Subuh berjemaah bersama jemaah masjid.
6.00 pg - Kuliah subuh di dewan kuliah. Oleh PJ Us. Khairuddin Ramli.
6.45 pg - Senaman pernafasan akan dikendalikan oleh PJE Mohd Shafarul Nizam.
7.00 pg - Sarapan pagi dan persiapan diri.
8.00 pg - Solat Dhuha dan bacaan Al Maathurat.
9.00 pg - Apa Itu MLM Syariah oleh Panel Syariah HPA Prof Madya Dr Ishak Suliaman.
10.30 pg - Minum pagi
11.00 pg - Persembahan kumpulan
12.30 tgh - Makan tengahari dan Solat Zohor berjemaah bersama jemaah masjid.
2.00 ptg - Produk Pilihan oleh PJS Azizan Ahmad
3.00 ptg - Motivasi oleh PJS Azizan Ahmad
4.00 ptg - Majlis Penutup dan bersurai.
/.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan