Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Selasa, Disember 08, 2009

PU umumkan Insentif KONVEK HPA 2010

/


Insentif Ta’awun 2010

Pemulaan bulan insentif: Dis 2009
Penamat bulan insentif: Sept 2010

MATLAMAT
• Memudahkan pengedar memahami dan mengejar sasaran tersebut
• Mengaktifkan PBC dan memastikan upline melakukan proses pembinaan jaringan
• Menuju kearah pencapaian jualan RM 20juta (Malaysia Sahaja)

SYARAT
• HPA Mencapai jualan RM 20 juta (Malaysia Sahaja )
• Bagi semua kategori

JANGKAAN TARIKH KONVEK
• Disember 2010
• Lokasi akan diumumkan kemudian

INSENTIF

Katagori Pertama

• Terbuka kepada semua pengedar HPA yang berdaftar di Malaysia.
• Melakukan minima nilai mata peribadi 200NM selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 2000NM hingga 2999.99 NM akumulatif.
Atau
• Melakukan minima nilai mata peribadi 300 keatas selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 3000NM akumulatif
• Bagi yang baru mendaftar sebagai pengedar juga dimestikan melakukan jumlah akumulasi sebanyak yang disyaratkan.

Hadiah pasti adalah

1) 200-299 nm atau akumulasi 2000-2999.99 – pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah
RM300 .00
2) 300 keatas atau akumulasi 3000 dan keatas - pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM 500.00

Hadiah cabutan bertuah- 100 unit barangan elektrik –jenis pensonic

Grand Prize - 30 unit air Cooler atau yang setaraf yang bernilai RM1000.00

Kategori Kedua

• Terbuka kepada PB hingga ke Pengarah Meranti (status mulai Dis 2009)
• Melakukan maintain 300NM atau akumulasi 3000NM
• Mencapai pangkat Pengarah Jati ke Atas dalam tempoh bulan Insentif dan mesti mencapai bonus RM1000.00 semasa pangkat Pengarah Jati ke Atas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok).

Insentif merupakan pakej melancong ke Indonesia (Pulau percutian Makasar) selama 5 hari 4 malam untuk seorang atau pakej yang setaraf dengannya.

Top 20 Bonus tertinggi untuk kategori ini akan menerima pekej percutian ke Indonesia(Pulau Percutian Makasar) untuk 2 orang selama 5 hari 4 malam atau pakej yang setaraf dengannya.

Kategori Ketiga

• Terbuka kepada Pengarah Jati dan keatas
• Melakukan maintain 350 NM atau akumulasi 3500NM
• Membina PJ di mana-mana aras selagi belum bertemu PJ dalam bulan Insentif.(dis 09 – sept 2010)
• PJ yang dibina mesti mencapai bonus minima RM1000(Malaysia) dan Rp3juta(Indoneisa) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok)
• PJ yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya daripada 2 rangkaian yang berbeza

Insentif yang ditawarkan adalah bagi pencapaian mengikut kategori seperti berikut

Mencapai 2 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (seorang)
Mencapai 3 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (berdua)
Mencapai 4 Pengarah Jati : Umrah (seorang)
Mencapai 5 Pemgarah Jati : Umrah (berdua)
Mencapai 6 Pengarah Jati dan keatas : Haji (seorang)

Katagori Keempat

• Melakukan maintain 200 atau akumulasi 2000 NM
• Pengiraan bonus adalah di jumlahkan kepada purata perbulan.

1. Top 1 hingga 30 Bonus Tertinggi Malaysia(tidak termasuk bonus jualan stok) – nilaian hadiah RM 60 ribu .
2. Top 31 hingga 60 bonus tertinggi Malaysia (tidak termasuk bonus jualan stok) - nilaian hadiah RM 40 ribu



PASTIKAN SEMUA BERPELUANG UNTUK MENIKMATI INSENTIF YANG LUAR BIASA.

GEMPUR RADIX

/

Selasa, November 10, 2009

Persembahan Raihan dalam KPJ di Hotel DePalma Ampang

/

4 orang anggota Raihan sedang mendendangkan lagu Puji Pujian dan Allah Hu sebelum kuliah bermula.

Tn. Hj Ismail bersama barisan PJS KPA khusyuk mendengar senikata yang didendangkan oleh Kumpulan Raihan.

Peserta Muslimah juga memenuhi dewan semasa Kuliah Perubatan Jawi

Kuliah Perubatan Jawi yang disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail Ahmad di Hotel De Palma Ampang baru baru ini diserikan dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Raihan. Mereka membuka majlis dengan lagu pertama dari album pertama Puji pujian dan lagu yang popular mereka dendangkan di luar negara terutamanya di negara Eropah iaitu lagu Allah Hu. Selepas kuliah sekali lagi mereka mengalunkan nasyid "Thank you Allah".
Bergambar selepas progrem berakhir jam 11.30 malam.

Kumpulan Raihan kini telahpun menyertai HPA atas nama HPA Raihan. HPA Raihan akan bergerak seiringan dengan HPA selepas ini dalam perjuangan memertabatkan produk halal yang menjadi tanggungjawab kita bersama. InsyaAllah. Menurut salah seorang anggota kumpulan itu En. Cik Amran yang berasal dari Kelantan, mereka akan bergerak bersama HPA ke seluruh dunia untuk mempromosikan perniagaan halal yang diasaskan oleh Tn Hj Ismail. Semua anggota kumpulan Raihan termasuk pengurusnya En Mubin merupakan kenalan lama saya sejak mereka menubuhkan kumpulan Raihan pada 1997 lagi. Alhamdulillah kini mereka bersama saya semula dalam HPA. Barakallah.. Segala pujian hanya untuk Allah...
/

Ahad, Jun 14, 2009

Gempur Radix dan Penerangan HPA di Shah Alam






Sabtu 13 Jun,
Saya bersama PJE Shajaruddin Tasiron dijemput oleh Sahabat Amanah Ikhtiar Seksyen 28 Shah Alam untuk memberikan penerangan tentang khasiat Kopi Radix keluaran HPA dan Peluang Perniagaan bersama HPA. Wakil Sahabat Amanah Ikhtiar En Rahim Mohd Noor sebelum itu mengalu-alukan kedatangan hadirin walaupun banyak kenduri kahwin pada hari itu. Lebih 30 orang yang hadir yang kebanyakannya dari penduduk setempat iaitu Taman Alam Megah memberikan respon yang baik terhadap program yang julung kali diadakan di Dewan Tadika Kemas Seksyen 28 Shah Alam.

Pameran produk HPA termasuk Ayam Organik dan Sate segera turut diadakan. Ia dikendalikan oleh En Mat Ronzi yang baru sahaja menjadi pengedar dan Agen Stok di situ.

Saya diberi peluang menyampaikan ceramah selama 90 minit untuk menceritakan Latar belakang dan perkembangan syarikat dari awal penubuhannya sehingga sekarang telah memiliki 150 cawangan, 1500 agen stok dan 500,000 ahli pengedar seluruh Malaysia.

Saya juga menceritakan kelebihan dan faedah mengamalkan Kopi Radix dari sudut kesihatan. Diantaranya ada yang dah menghentikan tabiat merokok setelah beberapa bulan mengamalkan Kopi Radix ini.

Seterusnya PJE Shajaruddin Tasiron menceritakan kelebihan menjadi ahli pengedar HPA. Menurutnya jika menjadi ahli, bukan sahaja dapat produk halal yang berkualiti malah dapat bonus jika tahu caranya. Caranya para hadirin kena faham pelan pemasaran HPA melalui Program Perkongsian Bijak Cemerlang atau PBC yang kita adakan setiap hujung minggu di seluruh Malaysia.

Majlis diakhiri dengan Ujian Mendiagnosis penyakit melalui tapak tangan dan memperkenalkan produk HPA yang patut diambil setiap ujian yang dilakukan. Ia dikendalikan oleh Herbalis PJ Rahmat, pengerusi Komuniti HPA Caw Puchong.