Ahad, Oktober 25, 2009

Lazatnya Minuman Serai HPA...

/
Minuman serai HPA dalam bentuk uncang baru dipasarkan dalam MLM HPA. Setiap uncang mengandungi 2gm serbuk serai kampung yang telah dirawat.

SERAI merupakan sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat seperti lalang dan suri rumah sering menanamnya di belakang rumah berhampiran dapur. Batangnya yang berwarna putih keunguan atau kemerahan dengan daunnya tirus, melampai dan berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan.

Abu dari daun serai yang dibakar pula boleh dijadikan ubat senggugut. Caranya ambil satu sudu besar abu serai masukkan ke dalam segelas air panas dan dikacau hingga terlarut. Kemudian biarkan airnya menjadi hening dan minum sewaktu diserang kesakitan. InsyaAllah sembuh.

Kini orang ramai mempunyai alternatif untuk mendapatkan khasiat serai apabila HPA telah mengeluarkan dalam bentuk uncang teh, ia mudah disediakan di mana-mana sahaja dan mudah dibawa. Campuran teh serai ini dengan kapur makan juga boleh menghilangkan senggugut dalam tempoh tidak sampai 5 minit.



Beberapa kaji selidik yang dijalankan mendapati sitral dari pati minyak serai boleh membunuh sel-sel kanser dan juga mengandungi anti-fungal dan tidak bertoksik serta berpotensi merawat masalah intim wanita atau "oral and vaginal candidiasis".

Uncang serai keluaran HPA ini dihasilkan daripada proses serai jenis makan atau serai kampung ini juga sangat baik untuk mereka yang menghadapi masalah selalu kembung perut dan bertindak sebagai peluruh kahak.

Minuman serai HPA mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan dikeluarkan oleh kilang HPA yang bertarap GMP di Jejawi Perlis ini dirawat dengan Inovasi Bioteknologi untuk mengekalkan keaslian rasanya yang semulajadi. Sebab itu rasa air minuman daripada uncang yang direndam dalam air panas selama beberapa minit itu enak kerana berjaya mengekalkan keaslian rasanya yang semulajadi.

Sekotak mengandungi 35 uncang. Setiap uncang mengandungi 2.00 gm serai kampung atau nama botaninya Strobilanthus Crispus.

Harga pasaran di Semenanjung Rm 20.00
Harga pengedar HPA Rm16.00 dengan 7NM.

Isnin, Oktober 19, 2009

IMT DRINKS - Pengganti Air Penyejuk Cap Badak.

/


Harga ahli: RM 3.00
Harga bukan ahli: RM 3.50
Nilai Mata: 0.5
Kandungan: Andrographis paniculata dan Air Mineral HPA (pH9.8)

Satu lagi produk HPA yang akan menjadi keperluan setiap rumah ialah IMT drink. Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak. Saya percaya sambutan kepada IMT drink akan bertambah dan mungkin melebihi pemintaan Minyak But-but sekiranya pengguna faham kelebihanya.

Antara kelebihannya ialah :-
1. pelindung hati
2. demam panas dan demam selsema.
3. sakit tekak
4. resdung
5. sakit sendi
6. cirit-birit
7. ketersumbatan jantung
8. menurunkan kolesterol
9. menurunkan darah tinggi

Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT Drink tidak bermasalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya.(secawan kecil). Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak-anak mereka. Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia, tanpa rasa pahit dan sangat berkesan. Ia di proses dari daun hempedu bumi dan air mineral HPA yang beralkali (pH 9.8 ). Dimana air mineral ini boleh diperolehi ? Air yang Allah keluarkan untuk kita di Pokok Sena Kedah. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.

KAJIAN Andrographis paniculata (Hempedu Bumi)

Pokok hempedu bumi sedang mengeluaarkan bunga

Andrographolid - Bahan utama yang menghalang pertumbuhan sel kanser hati, payudara dan prostat.

Flavonoid - Antitrombosis (Mencegah dan menghancurkan pengumpulan darah).

Lactone - Antiradang / Antipiretik (pereda demam, panas dalam, radang paru-paru, tonsilitis, batuk berkahak)

Hepatoprotector - Detox (Membersih dan melindungi organ hati dari keracunan)

Immunostimulant (fagositosis) - Meningkatkan pengeluaran Antibody sebagai Antivirus dan Antibiotic.

Antihistamine - Mengurangkan pengeluaran histamin bagi alahan (resdung)

Produk lain yang menggunakan Daun Pokok Hempedu Bumi:

Kandungan: Hempedu bumi dan Garam bukit. Untuk Melancarkan Sistem Peredaran darah dan Mengimbangi suhu badan & Medan Elektromagnet tubuh.


Kandungan: 100% Hempedu bumi. Boleh mencegah penularan H1N1


Kandungan: Pati hempedu bumi bersama 27 lagi pati herba pahit dan kelat yang diperkayakan dengan serbuk Spirulina. Untuk memusnahkan racun dalam organ tubuh khususnya di HATI.

sumber: blog Pengarah Urusan

Ahad, Oktober 18, 2009

Radix Pizza House (RPH) - Satu lagi restoren makanan segera HPA dibuka di Sg Petani.


Satu lagi sejarah dilakar oleh HPA di mana Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telahpun mula beroperasi pada 17 hb Oktb 2009 bertempat di Lagenda Heights Sungai Petani. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoren HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam. Seperti juga RFC (Radix Fried Chicken), RCH (Radix Chicken House), ROR (Radix Organic Recipe), ROC (Radix Oriental Cusine), RPH juga menawarkan Nilai Mata kepada pengedar HPA iaitu setiap pembelian RM15 dikira 1NM.










sumber: arauf network.
/

Khamis, Oktober 15, 2009

Kopi Radix PALSU masih berleluasa

/

Kopi Master Radix yang dihebahkan sebelum ini nampaknya masih meneruskan aktiviti jualan mereka tanpa segan silu dan kini sudah dipasarkan di merata tempat di bumi Malaysia. Imbas kembali berita Master Radix sebelum ini:

Kita menerima tamparan yang lebih hebat kali ini apabila peniaga yang menjual kopi radix palsu jenama “Master Radix” bertindak lebih berani dengan menjual kopi palsu mereka secara terang-terangan di pasar malam. Malah lebih teruk lagi ialah kerana mereka membuat fitnah dan pembohongan terhadap syarikat HPA. Berikut ialah berita yang diperolehi dari blog GM Alwahida:

Ada berita pembohongan mengatakan bahawa MASTER RADIX adalah hasil dari perpecahan dalam HPA. Kononnya dia pengasas awal formula RADIX. Malangnya ada umat Islam yang mudah terpedaya, tergoda dan akhirnya ternoda.

Disini GM telah mendapat bukti kukuh Master Radix adalah keluaran ciplak dari seorang taukeh cina. Sehubungan dengan ini, beberapa langkah akan di ambil segera.

1. Tindakan undang-undang (tindakan saudara Abd Ghani)
2. Edaran poster memperingatkan Kopi Palsu Master Radix ( tindakan Saudara Saif)
3. Hebahan segera dari mulut ke mulut. PBC, Program Mingguan, Kedai Kopi, Surau, Masjid dan sebagainya. Sampaikan hebahan ini sebagai suatu jihad menentang kejahatan kerana Master Radix sememangnya tidak Halal dan diragui mengandungi bahan berbahaya. (tindakan seluruh warga HPA). Lakukan juga penyebaran dalan mana-mana YM grup.
4. Kenyataan dalam akhbar. (tindakan GM)

GM Alwahida Marketing telah mengingatkan kembali tentang isu ini di dalam blog beliau. Ini petikannya:

"GM ke Tawau, Sabah minggu lepas. Agak kurang menyenangkan mata memandang jenama Master Radix kedapatan di warung dan restoran di sekitar Sabah.

Tambah sakit mata dan hati apabila kakak GM seorang guru di Sungai Petani memberitahu bahawa Master Radix di jual di sekolah beliau.

Tambah geram menerima SMS Master Radix di jual di sebuah restoran di negeri Perlis.

Lagi tambah kecewa bila melihat Master Radix menggunakan papan Kopi Radix di R&R Bukit Merah, Perak.

Apakah kita semua kini sudah layu dan masih dibuai dengan ‘mabuk ketupat’ raya. Apakah istilah Gempur Radix hanya mainan di bibir sahaja. Apakah kita seperti generasi yang lampau dengan istilah “cukuplah dengan apa yang ada sekarang”. Apakah kita asyik dengan keselesaan sekarang sehingga hilang lupa masa depan kita akan terancam.

I feel shocked mendengar kenyataan PJS Sabri SP mengatakan “MASTER RADIX AKAN KEBUMIKAN KOPI RADIX DI BUMI PERLIS”. I hope dont be monkey excited(terkejut berok) dengan apa yang GM sampaikan ini.

Kepada semua warga HPA yang membaca, sila copy and paste dan masukkan dalam blog masing-masing. Harap disebarkan segera!

/

Isnin, Oktober 12, 2009

Dapatkan segera RADIX CHOCOLATE HPA

/

Coklat Radix - kini berada di pasaran (homemade)

Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko. Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintetik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian, mereka yang sering minum koko kurang diserang serangan jantung. Koko juga mempunyai pengaruh emosi dan di Barat mereka menjadikan koko sebagai bahan afrodisiac.

Buat masa kini HPA telah berjaya menghasilkan 2 produk utama daripada koko iaitu Radix koko dan Coklat radix. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan. Kita menyediakan altenatif perubatan dan yang halal di HPA. InsyaAllah. Amin

Harga Pengedar di Semenanjung: RM7.00
Harga Pasaran di Semenanjung: RM9.00
Nilai Mata Pengedar: 2NM
/
Khasiat Coklat
"""""""""""""""""""""""

Sumber coklat adalah dari isi buah koko yang dikeringkan

Coklat
adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat.

Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira. Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa. Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS). Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres. Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.
/

Rabu, Oktober 07, 2009

JADUAL PBC OKTOBER DI ZON TENGAH & SELATAN TANAHAIR

/
Nostalgia - Peserta PBC yang pertama di Jejawi Perlis pada Disember 2005

Daftar segera dengan Pengarah PBC berkenaan:


Tarikh : 10 -11 Okt.
================

Hotel Sri Malaysia, Ipoh
RM 150
PJE Cikgu Sani (013 6641872)

Kelana Resort Seremban
RM160
PJS Noliah Ahmad (012-3190132)

--------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh :17-18 Okt
===============
Wisma MAIS, Seksyen 3 Shah Alam
RM 150
PJS Habsah Arifin (019 3337245)

Hotel Residance, UNITEN Bangi
RM180
PJS Fatin (013 3962550)

Hotel Allson Klana, Nilai
RM170
PJS Habibah (019 6685083)

------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh : 24 -25 Okt
================
Kem Bina Taqwa, Banting
RM 150
PJS Ust Asri (019 2398620)

Gunung Ledang Resort Tangkak Johor
RM180
PJS Rosjulila (013-6820068)

-------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh : 31 Okt -1 Nov
==================

TS Hotel Pasir Gudang Johor
RM150
PJS Syed Agel (013 4882778)


Hotel Sri Impian Jasin Melaka

RM 150
PJS Zahirah (013 6137313)

Pusat Dakwah Islamiah, Paroi
RM 150
PJS Hafidzan Faudzi (013 2082550)


Hotel De Palma Ampang
RM 180
PJS Zainal Ahmad (019 2886641)

------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 7 - 8 Nov 2009
===================

Kompleks Balai Islam, Masjid Al-Ghufran, TTDI KL
RM 150
PJS Jamaluddin Yeop Majlis (013 9812655)
/

Sabtu, Oktober 03, 2009

Menghadiri Jamuan Raya KOWAHIDA di RCH Kangar




RCH adalah singkatan dari Radix Chicken House merupakan sebuah restoren masakan segera yang terkenal di utara selepas RFC. Ianya juga milik penuh rangkaian perniagaan HPA. Di Perlis ianya terletak di sebelah pejabat Koperasi Wahida Hpa Berhad, kira-kira 1km dari bandar Kangar di Jalan Alor Setar Kangar.

Pejabat KOWAHIDA yang berada diatas HPA Cawangan Kangar bersebelahan denan Restoren RCH.

Kunjungan saya ke RCH pada hari Isnin 29 Sept baru-baru ini merupakan langkah kanan kerana kebetulan KOWAHIDA mengadakan jamuan hari raya untuk kakitangannya dan pengunjung RCH dihari itu. Disamping itu tetamu jemputan yang kelihatan pada majlis itu ialah pegawai-pegawai dari SKM iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis dan pihak pengurusan HPA di Jejawi. Juga kelihatan Ahli-ahli Lembaga Koperasi yang ada berdekatan.

Pekerja RCH sedang sibuk menyediakan juadah di bahagian dalam.

Bergambar bersama PJS Azizan Ahmad Presiden KPU yang juga Setiausaha KOWAHIDA dan En Abd Ghani Hussain Pengurus Besar R&D HPA sebelum menikmati jamuan raya KOWAHIDA di RCH.

Pegawai dari SKM antara tetamu yang hadir.

Ucapan aluan dari Pengerusi KOWAHIDA HPA BHD En Mohd Faisol sebelum jamuan bermula.
/
Kelihatan En Kamal AGM AWM dan En Hidzir Pegawai Pemantau AWM juga turut hadir bersama tetamu.



Antara juadah yang disediakan oleh RCH: Nasi Ayam Organik, Sate Ayam Organik, Goreng Ayam Organik Berempah, Lemang, Ketupat palas, Rendang Ayam Organik, Kentang Goreng, Nuget Ayam, Ais Krim, Cola Radix, Koko Radix Panas, Biskut-biskut dari Radix Bakery House dan Air Mineral HPA.
/