Memaparkan catatan dengan label produk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label produk. Papar semua catatan

Isnin, Januari 10, 2011

KISMIS MINDA HPA - Untuk Kecerdasan Daya Pemikiran

Kismis Minda HPA adalah Kismis terpilih menggunakan kaedah pengeringan semulajadi dengan matahari tanpa sulfur. Harga pengguna: RM10.00. Harga ahli: RM8.00 dengan 3 Nilai Mata.. Kandungan bersih 250g.

APA ITU KISMIS ?

Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu.Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.

Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera

Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek.

Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

KANDUNGAN KISMIS

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana 50% adalah fruktosa dan 50% adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot.

Oleh itu, kismis adalah lebih baik berbanding buah prune dan aprikot. Kismis juga boleh digunakan sebagai sumber diet untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Ini membuktikan bahawa kismis mempunyai isi kandung yang sangat berfaedah untuk digunakan dalam badan kita

Kandungan kismis (bagi setiap 100g):
Potassium 746 mg
Phosphorus 115 mg
Calcium 52 mg
Magnesium 33 mg
Sodium 12 mg
Iron 1.7 mg
Vitamin B 11 mg
Vitamin C 1.3 mg

Khasiat Kismis:
  • Memperbaiki circulation (termasuk varicose veins, bengkak, lebam dan kabur penglihatan).
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Melindungi hati.
  • Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
  • Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan.
KELEBIHAN KISMIS
  1. Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT.
  2. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini.
  3. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam.
  4. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.
  5. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.
  6. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan).
  7. Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.
  8. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.
Antara kelebihan kismis yang dikenalpasti:
a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b) Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan
c) Melawaskan pembuangan air besar
d) Melindungi hati
e) Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
f) Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
g) Membantu sebagai penerang hati
h) Membantu menguatkan hafalan
i) Membantu menajamkan mata dan minda
j) Membantu memulihkan keletihan saraf
k) Membantu menguatkan daya ingatan
l) Membantu mengurangkan stress
m) Membantu merawat penyakit histeria
n) Membantu merawat penyakit gementar
o) Membantu merawat penyakit anemia
p) Membantu merawat masalah sembelit
q) Membantu merawat masalah pelupa
r) Menambah fahaman serta minat belajar
s) Membantu merawat masalah anak hyp


free hit counters
free hit counters

Khamis, November 11, 2010

GARAM BUKIT HPA (HALAGEL) DARI PERGUNUNGAN HIMALAYA

/

Garam Bukit HPA (Halagel) adalah garam yang berasal dari kawasan Gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang amat sempurna.

Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai "Raja Garam atau emas putih" kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja. Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya.

Garam bukit Hpa mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh badan kita. Sebaliknya garam biasa (dari laut) selepas proses pembersihan hanya mengandungi natrium klorida dan bahan tambahan (bahan awet).

Garam bukit Hpa dihasilkan secara semulajadi selama jutaan tahun dapat membebaskan tenaga didalam badan kita dan dapat menyeimbangkan kadar metabolisma tubuh. Sedangkan garam laut yang melalui proses kimia bukan dihasilkan secara semulajadi akan bertindak sebagai racun dimana tubuh sendiri cuba menyingkirkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk menyingkirkan garam laut yang kaya dengan Natrium Klorida terutama pada organ penyingkiran seperti ginjal.

Sekiranya kandungan Natrium Klorida terlalu tinggi dan badan gagal menyingkirkannya, pengkristalan semula berlaku dimana badan akan menggunakan proten lemak haiwan yang tidak dicernakan untuk membentuk asid urik supaya dapat menghindarkan garam.

Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urid, asid urik akan mengikat dirinya dengan natrium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus kedalam sendi tulang dan berlakunya sakit sendi (arthritis) atau Ghout.
Oleh itu selamatkanlah diri dan keluarga anda dengan menggunakan garam bukit HPA yang semulajadi tanpa bahan tambahan dan pewarna. 100% Asli.

Mengandungi 84 “ natural” elemen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Antaranya:

hydrogen,lithium,beryllium,boron,carbon,nitrogen,oxygen,fluoride,sodium,magnesium,aluminum,silicum,phosphorus,sulfur,chloride,calcium,scandium,titanium,vanadium,chromium,manganese,iron,cobalt,nickel,copper,zinc,gallium,germanium,arsenic,selenium,bromine,rubidium,strontium,yttrium,zirconium,niobium,molybdenum,ruthenium,rhodium,palladium,silver,cadmium,indium,tin,antimony,tellurium,iodine,cesium,barium,lanthanum,cerium,praseodymium,samarium,europium,gadolinium,terbium,dysprosium,holmium,erbium,thulium,ytterbium,lutetium,hafnium,tantalum,fungsten,rhenium.Osmium,iridium,platinum,gold,mercury,thallium,lead,bismuth,polonium,astatine,francium,radium,actinium,thorium,protactinium,uranium,neptunium dan plutonium.

Garam dan aktiviti otak.

Malah proses yang paling mudah dalam badan kita memerlukan garam atau unsur semulajadinya yang berbentuk ion. Sebagai contoh adalah tugas sistem saraf kita untuk menghantar rangsangan yang telah direkod melalui deria input ke otak kita . Dan kemudiannya menghantar maklumat ini kembali kepada otot untuk bertindak balas mengikut rangsangan yang berlaku .

Muncul potensi elektrik berlaku pada dinding membran sel apabila ion caj potassium yang positif meninggalkan sel dan kerana saiznya yang besar juga ion caj sodium yang positif tidak dapat memasukinya . Bahagian luaran menjadi caj positif dan bahagian dalaman menjadi caj negatif . Apabila sistem saraf menerima rangsangan membrannya tiba-tiba menjadi polar bertentangan dan akibatnya telah diresapi oleh ion sodium .

Dalam masa 1 /1000 saat , potensi elektrik berubah dan dibebaskan , dengan setiap denyutan saraf , 90 mill volt tenaga terhasil. Rangsangan yang diterima kini bertukar menjadi fikiran dan perbuatan . Tanpa unsur potassium dan sodium dalam garam, proses ini mustahil berlaku . Apalagi untuk berfikir , apalagi untuk bertindak juga mustahil tanpa kehadiran unsur berkenaan.

Tindakan minum segelas air , memerlukan berjuta-juta arahan yang berlaku melalui dorongan . Pada mulanya hanyalah fikir nak minum . Fikiran itu bukan apa-apa tapi adalah frekuensi elektromagnet . Garam bertanggungjawab untuk membolehkan frekuensi itu ditukarkan menjadi arahan kepada otot dan organ .

Beza Garam biasa dan garam bukit.

Sebagaimana biasanya kegunaan garam didapur , begitulah juga hubungan jumlah penyakit dengan garam harian . Hidup adalah mustahil tanpa garam. Tetapi penggunaan garam boleh membunuh kita . Mengapa begitu??? Ini kerana garam biasa kita tidak mengandungi apa-apa yang sama dengan garam kristal yang sedang kita perkatakan di sini. Garam pada hari ini bukanlah garam biasa tetapi sodium klorida .

Garam asli sepatutnya terdiri daripada bukan hanya dua tetapi lengkap dengan semua unsur semulajadinya . Ini ada persamaan dengan unsur yang dibina oleh badan kita dan semulajadinya ditemui wujud dari " laut dahulukala " dimana semua hidupan bermula.

Yang menariknya , darah kita berbentuk sole , mengandungi sama larutan garam sebagaimana laut dahulukala iaitu cecair terdiri dari air dan garam. Nisbahnya kepekatannya sama , sebagaimana wujud berakhirnya hidup laut dahulukala . Sole ini mengalir menerusi lebih dari 56,000 batu aliran air dan salur darah menerusi hidupan kita dengan desakan graviti , terapung , mengawal dan mengimbang tugas dalam badan kita.


Bagaimana Garam membebankan tubuh anda.

Badan kita memerlukan 0.007 auns garam sehari . Sebahagian daripada kita mengalami kekurangan garam, walaupun kita terlebih penuh dengan sodium klorida. Apabila penggunaan garam kita kurang dari 0.007 auns sehari , berlaku ketagihan garam. Mengikut purata perkapita penggunaan garam harian di US adalah antara 0.4 hingga 0.7 auns. Walau bagaimanapun , badan kita hanya mampu mengumuhkan 0.17 auns hingga 0.25 auns sehari menerusi buah pinggang bergantung kepada umur , resam badan dan jantina.

Badan mengenalpasti garam biasa sebagai racun bersel dan bukan bahan semulajadi dan mahu memusnahkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk berkumuh. Dalam hampir semua produk pengawetan, garam digunakan sebagai salah satu proses mengawet. Jadi dengan menambah garam pada bahan yang sedia awet, badan menerima lebih garam dari jumlah yang sepatutnya dikumuhkan.

Kesan penggunaan garam biasa.

Kesan menggunakan garam biasa telah membentuk keasidan edema yang tinggi atau lebihan cecair dalam tisu badan punca penyebab terjadinya selulit. Sebab itulah doktor melarang kita mengambil garam lebih. Untuk setiap .035 auns sodium klorida yang tidak boleh dimusnahkan oleh badan menggunakan 23 kali ganda jumlah sel airnya untuk meneutralkan garam itu.

Kalau kandungan masih terlalu tinggi pengkristalan semula berlaku semasa badan menggunakan semula protin lemak haiwan yang tidak dicernakan ( non-degradable ) biasanya terdapat dalam susu ) yang juga tidak berguna dan tidak dapat dilupus atau dimusnahkan . Protin inilah yang digunakan oleh badan untuk untuk membentuk asid urik untuk menghindarkan lebihan garam. Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urik , ia telah mengikat dirinya dengan sodium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus ke dalam sendi tulang .

Inilah yang menimbulkan pelbagai jenis penyakit Artritis , gout ( sengal tulang ) , karang buah pinggang dan pundi hempedu ( gall bladder ) . Pengkristalan ini merupakan jalan penyudah keselamatan untuk sel badan dan organ bagi melindungi badan dari mengalami kerosakan mahupun keracunan akibat pengambilan makanan yang tidak betul. Dalam jangka masa panjang ia meracuni sistem badan kerana bahan berkenaan tidak dapat dikumuhkan.

Garam dan Sunnah.

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM

Dari Abdullah Bin Umar

" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam"

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Hadis riwayat Ibnu Majah

" Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "

Hadis riwayat Al - Bazzar.

Garam Sunnah dan pengamalanya.

* Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu jari dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). Kalau boleh jangan campur dengan orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya. Amal sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ).

* Minum air mineral pada kadar PH 7 atau 7.4 jangan lebih dari ph 14 atau kurang dari PH 7. Air yang paling terbaik adalah air zam-zam. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter . Tidak kurang 8 gelas sehari . Jangan minum the atau kopi atau nescafe kerana ia akan membatalkan khasiat garam. Minum the herba sahaja . Lagi kopi garam bukit boleh diminum.

Cara lain - Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum dalam keadaan perut kosong .Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2 hingga 3 liter padu air sepanjang hari.

Merawat dan mematikan jerawat dalam masa 1 hari sahaja : Makan 4 cubit garam ikut arahan pada kotak dan ambil sesudu kecil teh letak dalam tapak tangan titis air dan tenyeh pada tapak tangan dengan air sedikit pastikan sebahagian garam cair dan sebahagian tak cair .Sapukan pada muka seperti bedak sejuk . Basuh selepas 20 minit . Atau malam-malam lepas sapu tidur sampaikeesokan harinya . Baca selawat dan niat untuk mematikan kuman jerawat . Selamat mencuba !

Nota: Untuk merawat kanak-kanak memadai ikut cubitan jari tangan mereka . Ia bagus untuk meningkatkan sistem imun kanak-kanak . Jangan melebihi sukatan kerana garam ini mengandungi ion tenaga yang amat tinggi . ( di proses bukan menggunakan besi )

Untuk wanita mengandung tidak digalakkan ambil garam sunnah . Rujuk dan ikut nasihat doktor sepanjang tempoh kehamilan . Garam biasa ( garam premium halagel/HPA boleh )


Gunakanlah Garam Bukit HPA! Lebih berkhasiat, lebih tulen dan lebih bersih..

Cuma RM2 sepeket dan dapat o.25 Nilai Mata kepada pengedar HPA.

Dapatkan segera di semua cawangan Hpa yang berhampiran atau melalui mana-mana AGEN STOK HPA.
/

Khamis, Ogos 05, 2010

Cadangan Sinergi Produk Herba HPA

/

Bagi memudahkan para perawat memahami sinergi herba yang baik, disini disediakan satu senarai asas panduan lengkap untuk kegunaan anda.

Adalah dinasihatkan semua perawat membuat pemeriksaan tekanan darah tinggi, jantung, gula dalam darah, urid asid dan membuat diagnos serta merekodkan segala permasalahan pesakit sebelum memberi herba dan rawatan.

Sinergi ini hanya sebagai asas permasalahan sahaja, Sinergi yang sebaiknya adalah setelah membuat diagnosis pada pesakit dan mengambil ukur tahap permasalahan sakit yang di hadapinya ketika itu. Keseimbangan unsur tanah, air, api dan angin haruslah di ambil kira untuk menentukan sinergi herba yang sesuai.

3 bulan pertama adalah proses pembersihan. Biasanya pesakit akan mengalami DOC (direction of cure) sementara 3 bulan kedua adalah pemulihan dan 3 bulan berikutnya bermulanya kesembuhan. Biiznillah. Insyaallah.

3 D adalah sinergi yang seimbang untuk di jadikan asas perawatan dengan pengambilan dos yang rendah iaitu 1 biji D'Deu pagi,1 biji D'Karm pagi atau t/hari dan 1 biji D'Det malam selama satu tahun. (Jika tak dapat 3D, boleh digantikan SPIRULINA, PELAWAS dan HERBA TUJU ANGIN sebagai produk asas perawatan.)

Anemia(Kurang Darah):
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji sebelum sarapan, Omega 3 softgel 3 biji pagi sebelum sarapan, HB 3 biji malam lepas makan petang/malam. Biasakan penggunaan gula perang dan kayu manis.

Artherisclerosis(Kesumbatan Jantung):
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Omega 3 softgel 3 biji pagi lepas sarapan, minuman Teh Herba 1 jag(3 uncang)-minuman harian, Lohard 1 cawan tea cina pagi lepas sarapan & malam lepas makan malam.

Kesihatan Anak-Anak:
Mega 3 kapsul 3 biji pagi boleh dicampur dalam bubur nasi, spirulina 1 biji pagi lepas sarapan, EQ Minda 1 sudu plastik sebelum pergi ke sekolah.

Asam Urat(Ghout):
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Ardisia 3 biji malam, Mengkudu 3 biji pagi selepas sarapan, minum Kopi Radix setiap pagi 1 paket 1 cawan, Jangan ditambah gula atau susu hanya tuang air panas.

Melancarkan Air Kencing:
Minuman Teh Herba 1 jag(3 uncang) dengan air panas biarkan sejuk buat minuman harian sampai malam kalau habis hanya tambah air panas, Malac 3 biji pagi minum dengan 1 gelas minuman Teh Herba + Madu HPA 1 sudu besar.

Asma/Resdung/Paru-Paru:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Coscinium Plus 3 biji pagi, Roselle 3 biji pagi, minuman Teh Herba 1 jag(3 uncang)-minuman harian, minuman Kopi Radix setiap pagi 1 paket 1 cawan Jangan ditambah gula atau susu hanya tuang air panas.

Batuk Biasa:
Madulia 1 sudu sup plastik pagi lepas sarapan & malam, Kordial Asiatica 1 sudu sup plastik lepas sarapan pagi. Tambahan kiranya dalam 6 hari tidak reda boleh minum Minyak But-But 1 sudu pagi/t.hari/malam.

Buasir:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Teh Herba 1 jag(3 uncang)-minuman harian, Ficus 3 biji pagi dan malam, Coscinium 3 biji pagi, Malac 3 biji pagi, Pelawas 3 biji malam.

Batu Karang: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Alac herba rebusan 3 cawan teh cina pagi/t.hari/malam, Madu Asli + Malac(Buka 3 biji kapsul mendapkan) + minuman Teh Herba(1 uncang) masuk dalam botol goncang 313 kali buat 2 kali pagi dan malam.

Belum dapat zuriat (Lelaki):
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur,Kopi Radix pagi, Kapsul Radix 3 biji malam,Herba tuju angin 3 biji malam,Omega 3 softgel 3 biji pagi,Spirulina 3 biji pagi.

Belum dapat zuriat ( perempuan ):
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur,Kopi Radix pagi, Paramaria plus 3 biji malam,Herba tuju angin 3 biji malam,Omega 3 softgel 3 biji pagi,Spirulina 3 biji pagi.

Bronchitis TBC:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Serai 2 uncang 1 gelas minum pagi + Garlic Softgel 3 biji, Shark Cartilage 3 biji malam, Spirulina 3 biji malam.

Batu Hempedu:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Malac(3 biji buka kapsul mendapkan) + madu masuk dalam botol goncang 313 kali.

Selepas Pembedahan:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Mengkudu 3 biji malam.

Cerdas Minda:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, EQ Minda 1 sudu sup pagi dan malam, Mega 3 kapsul 3 biji pagi.

Cegukan / Sedu-Sedu:
Minyak But But dicampur air suam lalu diminum.

Congek Kuping / Sakit Telinga:
Coscinium Plus 3-5 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian.

Cuci Darah:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Malac / Alac 3 biji pagi rebusan 1 cawan teh cina + Madu pagi/ tengahari/ malam.

Cacar Air / Kudis Air:
Shark Cartilage 3 biji pagi, Coscinium Plus 3 biji pagi dan buka 1 biji + Bedak Delima untuk sapuan ke kudis.

Darah Rendah:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Health B 3 biji malam, Malac 3 biji pagi , Omega 3 3 biji malam.

Darah Tinggi:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Teh Asiatica 3 uncang 1 jag minuman harian, Omega 3 3 biji malam, Mengkudu / Vitex 3 biji pagi. Tambahan: Malac 3 biji malam, Spirulina 3 biji pagi, Minyak But But.

Darah Tinggi / Kencing Manis:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Rebusan Plantisol 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam atau Plantisol kapsul 3 biji pagi, Malac 3 biji pagi, Omega 3 3 biji malam, Spirulina 3 biji pagi. Tambahan: Mengkudu 3 biji pagi.

Demam Berdarah / Denggi:
D Det 3 biji malam, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Shark Cartilage 3 biji pagi dan malam, Roselle/Spirulina 3-5 biji pagi.

Demam Panas:
Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian + Madu Asli, Malac 3 biji pagi, Spirulina 3-5 biji pagi.

Diabetes Melitus:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Plantisol / Rebusan 3-5 biji malam atau Rebusan 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Malac 3 biji pagi, Spirulina/ D Det 3 biji pagi. Tambahan: Pelawas 3 biji malam + Madu Asli.

Epilepsi/Gila Babi:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, D Det 3 3 biji malam, Malac 3 biji pagi.

Flex Paru Anak:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji pagi, Coscinium Plus 3 biji pagi, Minuman Serai 2 uncang tuang air panas 1 gelas pagi, Omega 3 3 biji malam.
# Dos ikut berat anak 1 kapsul 10kg berat.

Flex Paru Dewasa:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Morin A 3 biji pagi, Spirulina 3 biji pagi, Minuman Serai 2 uncang tuang air panas 1 gelas pagi.

Gondok/Begok:
Shark Cartilage 3-5 biji pagi, Herba Sengugut 3 biji malm, sapu dengan Bedak Delima/Serbuk Tanah Liat.

Gastrik:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, HTA 3-5 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Spirulina 3 biji pagi.

Gigi & Gusi:
Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Minyak But But/ Ubat Gigi sapukan.

Ghout:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Teh Herba/ Teh Asiatica 3 uncang 1 jag minuman harian, Ardisia 3 biji pagi/ Madu Ardisia 1 sudu makan pagi dan malam, Palm Honey campur dengan 1 gelas air suam secukup rasa tidak terlampau manis atau tawar buat pagi dan malam, Malac 3 biji malam/ Rebusan Alac 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam. Tambahan: Spirulina 3 biji pagi, Mengkudu 3 biji malam.

Sakit Haid:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Paramaria Plus 3 biji malam, Herba Sengugut 3 biji malam.

Nutrisi Hamil:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji pagi, Kopi Radix pagi, Omega 3 3 biji malam.

Hepatitis:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Curcumin 3 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Health B 3 biji pagi, Omega 3 3 biji malam, D Det 3 biji malam, IMT 3 biji pagi.

Insomnia:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Evergreen Centella + Madu Asli( 1 sudu sup + setitik Madu), Mengkudu 2 biji buka kapsul + Air Suam + madu Asli mendapkan, Roselle/ Spirulina 3 biji pagi.

Jantung Lemah:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, D Det 3 biji malam , Omega 3 Softgel 3 biji malam. Tambahan: HTA 3 biji pagi, Spirulina 3 biji pagi.

Jerawat:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Coscinium Plus 3 biji pagi, Roselle Kapsul 3 biji, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Bedak Jasmin.

Jantung Berlubang:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Air Gamat pagi dan malam, Curcumin 3 biji pagi.

Kaki Pecah-Pecah:
Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Hampas dijemur + Minyak But But disapu pada kaki yang pecah, Omega 3 Softgel 3 biji malam.

Kanser Limpa:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Rebusan Fisalin B 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi.

Kanser Otak:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Rebusan Fisalin B 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi.

Kanser Rahim:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Rebusan Fisalin B 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi, Herba Sengugut 3 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian.

Kanser Payudara:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Rebusan Fisalin B 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian. Cendawan Susu Harimau - digosok + air ditutup Claypot airnya diminum sebahagiannya di sapu pada payudara.

Keputihan:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Herba Keputihan 3 biji pagi, Paramaria 3 biji malam, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian.

Kurus Anak Anak/Kecacingan:
Mengkudu 3 biji pagi buka kapsul + air suam + Madu Asli mendapkan minum, Spirulina 3 biji pagi, Mega 3 3 biji malam.

Lupus(SLE):
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Malac 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Minuman Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian, Shark Cartilage 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Omega 3 Softgel 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Minyak But But lumuri badan sentiasa.

Malaria:
Minuman Teh Herba 10 uncang 1 jag sebagai minuman harian, Kapsul Radix 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi.

Masuk Angin:
Herba Tuju Angin 3 biji buka kapsul + air panas kacau dah suam minum pagi dan malam, Kapsul Radix 3 biji malam, minum Kopi Radix pagi, sapu Minyak Sahara di pusat.

Cirit Birit:
2 sudu Minyak But But diminum + Spirulina 3 biji pagi + banyak minum air mineral.

Migrain:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, HTA 3 biji pagi dan malam, Omega 3 Softgel 3 biji malam, Minuman Teh Herba/Teh Asiatica 5 uncang 1 jag minuman harian, Evergreen Centella 1 sudu sup pagi dan malam.

Nafas Berbau:
Herba Tuju Angin 3 biji pagi, Coscinium Plus 3 biji pagi buka kapsul + Madu Asli.

Ketagihan Rokok:
D'Det 3 biji malam selama 6 bulan + Kopi Radix 1 cawan 2 sachet pagi dan petang.

Obesitas/Kegemukan:
Teh Asiatica 5 uncang 1 jag minuman harian + Stoma K 5 biji pagi + Kopi Diet pagi tengahari petang + kurangkan makanan berminyak.

Osteoporosis/Keropos Tulang:
Radix Kapsul 3 biji malam + HTA 3 biji pagi dan malam + Spirulina 3 biji pagi/HB 3 biji pagi.

Patah Tulang:
Mega 3 kapsul + Radix Kapsul 3 biji pagi dan malam + HTA 3 biji pagi dan malam + Kopi Radix 1 cawan pagi + Mengkudu.

Penyakit Hati Sirosis/Hepatitis/Demam Kuning:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelm sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Omega 3 Softgel 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Habbatus Sawda 1 biji pagi/ tengahari/ malam, Curcumin 3 biji pagi dan malam. Tambahan: Hati Lembu sebesar 3 jari pesakit dibakar sampai betul-betul masak makan pagi/ tengahari/ malam.

Prostat Kalenjar:
Shark Cartilage 3 biji malam + Herba Sengugut 3 biji malam + Fisalin B 1 cawan teh cina pagi dan malam.

Pneumonia:
Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian + HTA 3 biji pagi dan malam + Malac 3 biji malam + Shark Cartilage 3 biji malam.

Radang Tenggorokan:
Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman seharian + Malac 3 biji malam+ RTD Asam Jawa.

Rahim Turun:
Paramaria Plus 3 biji malam.

Rheumatik:
Teh Asiatica 5 uncang 1 jag minuman harian + HTA 3 biji pagi dan malam + Omega 3 Softgel 3 biji malam + Palm Honey bercampur air suam pagi dan malam.

Set Lengkap(L):
D Det, D Karm, D Deu, Evergreen Centella, Kopi Radix, Minyak But But, Mega-3, Madu Asli.

Set Lengkap(P):
D Det, D Karm, D Deu, Evergreen Centella, Madu Asli, Paramaria Plus, Kopi Radix, Spirulina, Lady Cheer.

Sakit Gigi:
Coscinium Plus 3 biji pagi + Roselle 3 biji pagi + Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian.

Seriawan/Panas Dalam:
Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian, Kordial Roselle, Minuman IMT 1 botol sehari.

Pasca/Lepas Bersalin:
Set Bersalin, Paramaria Plus 3 biji pagi dan malam, Omega 3 3 biji malam.

Sembelit:
Pelawas 3-5 biji malam + D'Karm 1 biji pagi + Mengkudu 3 biji malam + HTA(Herba Tuju Angin) 3 biji pagi dan malam.

Sinus/Resdung:
Coscinium Plus 3 biji pagi + Roselle 3 biji pagi + Teh Herba 1 uncang 1 gelas campur Madu Asli + Pelawas 3 biji malam.

Stroke:
D'Deu 1 biji pagi + Omega 3 3 biji pagi dan malam + Mengkudu 3 biji malam + Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian + Alyxia 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam + HTA 3 biji pagi dan malam.

TBC:
Shark Cartilage 5 biji malam + D'Det 1 biji malam + Morin A 3 biji malam + Mengkudu 3 biji pagi + Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian.

Typhus:
Spirulina 3 biji pagi + Herba Tuju Angin(HTA) 3 biji pagi dan malam.

Tyroid:
Shark Cartilage 3 biji malam + Herba Sengugut 3 biji pagi dan malam + Malac 3 biji malam + VCO 3 biji pagi dan malam + Roselle 3 biji pagi.

Tonsil:
Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian + RTD Asam Jawa 1 botol pagi dan malam + Roselle 3 biji pagi + Malac 3 biji malam + Coscinium 3 biji pagi + Spirulina 3 biji pagi.

Usus Buntu:
Pelawas 3 biji malam + Mengkudu/HTA 3 biji malam.

Stress:
Organik Mengkudu 3 biji malam.

Gloukoma:
Omega 3 Softgel 3 biji malam + Mengkudu 3 biji malam + Teh Asiatica 5 uncang 1 jag minuman harian.

Pendarahan/Buasir:
Kelapa Cengkir/Putik Kelapa di belah 4 dan direbus dan diminum airnya setengah gelas 3 kali sehari.

Mokus/ Lendir:
Minuman Teh Hirta/Teh Serai 1 uncang 1 gelas air suam, Garlic Softgel 3 biji pagi.
/



free hit counters
free hit counters

Rabu, Januari 20, 2010

Ikan Sardin HPA Berkhasiat

/
Harga Pengguna: RM6.50. Harga Pengedar HPA: RM5.50 dengan 1 Nilai Mata.

Berita berkaitan Sardin HPA:

Pasaran Sardin

Pasaran untuk sardin dalam bentuk tin sangat tinggi sehinggakan dalam waktu yang terdekat sahaja hampir semua cawangan HPA kehabisan stoknya. Pemintaan yang tinggi ini di jangka akan berterusan memandangkan hanya satu sahaja syarikat pengetinan sardin yang di miliki oleh bumiputra di Malaysia. HPA menjadikan produk ini sebagai salah satu produk halal yang dipasarkan di dalam sistem MLM Syariahnya.

Saya mendengar komentar daripada pengguna bahawa mereka sudah lama tidak mengambil sardin dalam bentuk tin disebabkan kesukaran mendapatkan produk Islam. Selain daripada sardin, HPA juga bercadang untuk pengetinan ayam, lembu, bilis dan kambing. Sudah sampai masanya rangkaian produk halal akan menguasai pasaran lokal dan dunia.InsyaAllah.



Dari blog Ashaaku.blogspot.com

Suka Sardin?

Di rumah saya kalau sardin ni nak kata makanan utama tu tidaklah tapi kira makanan yang kerap juga dimasak sebab anak-anak memang suka. Nak masaknya mudah. Tak perlu nak siang- siang ikan. Masak pulak main campak-campak pun jadi. Hihi.. Selain tu boleh juga menjadi masakan 'kecemasan' bila keputusan lauk!

Selain boleh masak tumis biasa, sardin boleh juga dibuat kari. Laa tak tak pernah buat? Lepas ni boleh ler cuba try test. Sedap tau! Sardin ni memang banyak yang kita boleh buat sebab dia memang dah sedap...(pada saya dan keluarga saya...). Buatlah cara apapun insyaAllah jadi. Tak masak pun boleh makan gitu je kan...kan ke selalu orang buat sandwich tuu... (haa pastu makan sakit perut..). Haha...

Sardin juga selalu kita boleh buat inti karipap, isi pau goreng, sardin roll, sandwich dan macam-macamlah ikut suka hati kita lah nak buat apa...cicah roti ke capati ke pun sedap!

Jadi pada mereka-mereka yang suka sardin tetapi merasakan keraguan dalam nak memakan sardin tak perlu risau lagi sekarang sebab produk sardin keluaran HPA sudah ada dipasaran. Promot ler puloks ya... Tak apa promot barangan keluaran muslim, tak kita siapa lagi?

Ni rupa sardin keluaran HPA

Boleh dapatkan sardin ni di stokis-stokis dan cawangan HPA yang berhampiran. Harga untuk semenanjung Malaysia RM6.50 dan Sabah/Sarawak RM8.00 (tin besar). Mahal ke?? Haa kalau gitu boleh dapatkan dengan harga ahli cuma RM5.50 untuk Semenanjung dan RM7.00 bagi Sabah/Sarawak. Belum jadi ahli? Jadilah ahli cepat-cepat tak rugi...untung lagi ada... sebab setiap barangan yang dibeli akan mendapat nilai mata yang akan ditukar pada satu tempoh masa dengan jumlah RM. Untungkan... Pada saya kalau merasakan harganya mahal sikit tu tak apa sebab makanan ni akan membentuk hati kita. Jangan ambik mudah asalkan murah beli...salah tuu...

Diharap kawan-kawan sudi-sudilah mencuba ya. Ia sedap dan yang penting halal. Boleh tinjau ke http://hpa.com.my/ atau terus ke http://hpaproduct2u.blogspot.com/ untuk produk lain keluaran HPA.

Wallahualam.


"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

/


Isnin, Disember 07, 2009

MADU DAN HERBA DIURETIK BAIK UNTUK RHEUMATOID ARTHRITIS DAN OSTEOARTHRITIS

/
Madu Ardisia ialah Madu Asli yang telah disenergikan dengan produk Ardisia. Kandungan utama Ardisia ialah Pokok Mata Pelanduk yang bersifat Diuretik dan mengeluarkan asid urik melalui air kencing.

Jari jemari
yang terasa sengal rasa selesa apabila dilipat untuk “dipatah-patahkan” (atau biasa digelar “mematahkan jari”). Bunyi letupan yang kedengaran bukannya bunyi jari atau sendi yang patah atau terselaras, tetapi bunyi gas yang terkumpul dan meletup kerana tersingkir melalui geseran semasa jari dipatahkan.

Amalan mematahkan jari seperti ini tidak digalakkan kerana gas yang terdapat di dalam sendi jari adalah sangat penting untuk mengimbangi kehadiran urik asid di situ. Malah sebenarnya apabila urik asid terkumpul pada sendiri jari, maka gas akan terbentuk bertujuan menukar bentuk urik asid kepada bentuk gas untuk dineutralkan atau diproses untuk disingkirkan dari tubuh.

Tindakan mematahkannya akan menyebabkan gas tersebut terkeluar dan proses meneutralkan urik asid pada sendi tidak terjadi.

Selain sendi jari, hampir keseluruhan sendi pada tubuh boleh menghasilkan bunyi apabila dilipatkan dengan niat hendak mematahkan atau membunyikannya. Antaranya siku, bahu, pinggul dan lutut. Sengaja melakukan perbuatan “mematahkan” ini lama kelamaan akan menyebabkan ia akan berterusan berbunyi setiap kali sendi digerakkan walaupun sedikit. Pekara ini biasa terjadi di sendi-sendi utama seperti lutut dan siku.

Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid Arthritis terjadi apabila urik asid telah menghakis dan memusnahkan tisu-tisu pada dinding rawan pada sendi jari. Mereka yang mengalami masalah sendi selalu berbunyi apabila digerakkan atau sengaja mematah-matahkan sendi (seperti jari) menunjukkan tanda-tanda awal masalah kelemahan pada organ tulang atau simptom Rheumatoid Arthritis.

Rheumatoid Arthritis

Osteoarthritis

Tulang yang kuat boleh mengikat mineral untuk perkembangan tisu dan pertumbuhan tulang. Osteoarthritis terjadi apabila rawan pada sendi tulang terhakis akibat kelemahan tenaga pada tulang yang gagal mengikat mineral untuk membentuk tisu baru rawan sendi.

Osteoarthritis

Rawatan Tulang

Tulang memainkan peranan menyerap dan meneutralkan urik asid yang berlebihan. Kehadiran urik asid yang tinggi akan melemahkan fungsi tulang ini. Tulang yang bertenaga akan mudah untuk mengikat mineral terutama pottasium dan kalsium untuk membentuk tisu rawatan dan tulang. Tulang yang kuat akan mudah mengawal kehadiran urik asid dan mengelakkannya daripada mudah terhakis oleh urik asid.

Dalam kaedah Rawatan holistik HPA terdapat banyak set untuk sihat ceriakan sendi dan tulang...Kopi RADIX amat baik untuk permulaan rawatan ini serta di dapatkan set GOUT di cawangan HPA berhampiran....pasti teruja pesakit kearah pulih kesihataan nya...

Oleh itu, tidak kira walau seteruk mana keadaan masalah tulang seperti Rheumatoid Arthritis dan Osteoarthritis, selagi sekiranya tulang boleh dipertenagakan semula, insya Allah ia masih ada harapan untuk sembuh.

Kita juga sering terlupa bahawa ginjal merupakan salah satu organ yang penting dalam penjagaan kesihatan. Lihat sahaja kepada mereka yang menggunakan mesin hemodilisis terpaksa tidur menghabiskan masa 4 jam untuk sekali proses rawatan. Jika seminggu 3 kali bererti sepanjang hidupnya terpaksa menghabiskan 12 jam berbaring dalam keadaan suka ataupun tidak. Jadi tidak salah jika HPA ingin mengemukakan beberapa jenis herba yang telah terbukti keberkesanannya pada mereka yang tergantung hidup dengan mesin selama ini.



Kapsul Malac dibuka (3 X 3) dan dimasukan kedalam gelas yang mengandungi air panas. Kacau hinggga ia benar-benar larut dan tunggu hingga berlaku mendapan hampas di bawah gelas. Ambil airnya sahaja(hampas ditinggalkan) dan campur dengan madu lebah 1 sudu teh kecil. Minum 3 kali sehari'. Jangan lupa lakukan bekam di titik ginjal (kedua belah)dan di titik tengah tulang c 7. InsyaAllah dalam masa terdekat kekerapan melakukan hemodilisis akan semakin berkurangan.

HPA juga mengeluarkan Madu berherba lain seperti Madu Paramaria, Madu Coscinium, Madu Radix dan Madu Plantisol

Sumber: www.jawimedherb.blogspot.com dan www.sobhi.blogspot.com
/

Isnin, Oktober 19, 2009

IMT DRINKS - Pengganti Air Penyejuk Cap Badak.

/


Harga ahli: RM 3.00
Harga bukan ahli: RM 3.50
Nilai Mata: 0.5
Kandungan: Andrographis paniculata dan Air Mineral HPA (pH9.8)

Satu lagi produk HPA yang akan menjadi keperluan setiap rumah ialah IMT drink. Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak. Saya percaya sambutan kepada IMT drink akan bertambah dan mungkin melebihi pemintaan Minyak But-but sekiranya pengguna faham kelebihanya.

Antara kelebihannya ialah :-
1. pelindung hati
2. demam panas dan demam selsema.
3. sakit tekak
4. resdung
5. sakit sendi
6. cirit-birit
7. ketersumbatan jantung
8. menurunkan kolesterol
9. menurunkan darah tinggi

Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT Drink tidak bermasalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya.(secawan kecil). Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak-anak mereka. Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia, tanpa rasa pahit dan sangat berkesan. Ia di proses dari daun hempedu bumi dan air mineral HPA yang beralkali (pH 9.8 ). Dimana air mineral ini boleh diperolehi ? Air yang Allah keluarkan untuk kita di Pokok Sena Kedah. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.

KAJIAN Andrographis paniculata (Hempedu Bumi)

Pokok hempedu bumi sedang mengeluaarkan bunga

Andrographolid - Bahan utama yang menghalang pertumbuhan sel kanser hati, payudara dan prostat.

Flavonoid - Antitrombosis (Mencegah dan menghancurkan pengumpulan darah).

Lactone - Antiradang / Antipiretik (pereda demam, panas dalam, radang paru-paru, tonsilitis, batuk berkahak)

Hepatoprotector - Detox (Membersih dan melindungi organ hati dari keracunan)

Immunostimulant (fagositosis) - Meningkatkan pengeluaran Antibody sebagai Antivirus dan Antibiotic.

Antihistamine - Mengurangkan pengeluaran histamin bagi alahan (resdung)

Produk lain yang menggunakan Daun Pokok Hempedu Bumi:

Kandungan: Hempedu bumi dan Garam bukit. Untuk Melancarkan Sistem Peredaran darah dan Mengimbangi suhu badan & Medan Elektromagnet tubuh.


Kandungan: 100% Hempedu bumi. Boleh mencegah penularan H1N1


Kandungan: Pati hempedu bumi bersama 27 lagi pati herba pahit dan kelat yang diperkayakan dengan serbuk Spirulina. Untuk memusnahkan racun dalam organ tubuh khususnya di HATI.

sumber: blog Pengarah Urusan

Isnin, Oktober 12, 2009

Dapatkan segera RADIX CHOCOLATE HPA

/

Coklat Radix - kini berada di pasaran (homemade)

Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko. Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintetik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian, mereka yang sering minum koko kurang diserang serangan jantung. Koko juga mempunyai pengaruh emosi dan di Barat mereka menjadikan koko sebagai bahan afrodisiac.

Buat masa kini HPA telah berjaya menghasilkan 2 produk utama daripada koko iaitu Radix koko dan Coklat radix. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan. Kita menyediakan altenatif perubatan dan yang halal di HPA. InsyaAllah. Amin

Harga Pengedar di Semenanjung: RM7.00
Harga Pasaran di Semenanjung: RM9.00
Nilai Mata Pengedar: 2NM
/
Khasiat Coklat
"""""""""""""""""""""""

Sumber coklat adalah dari isi buah koko yang dikeringkan

Coklat
adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat.

Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira. Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa. Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS). Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres. Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.
/

Sabtu, Jun 06, 2009

Produk Curcumin dari kunyit dan lada hitam untuk atasi NYANYUK dan elakkan KATARAK






Alzheimer/Nyanyuk ialah sejenis penyakit kemerosotan keupayaan fungsi otak, memusnahkan kemahiran daya ingatan dan pemikiran seseorang dan mereka memerlukan perhatian daripada keluarga pesakit

Menurut pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer,

“bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun”

Walaupun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.

Kunyit mengandungi 5% essential oil (minyak aromatik) dan 3% polyphenol(antioksidan)

Alhamdulillah, HPA telah dapat mengeluarkan produk yang berasaskan daripada rizom kunyit dan serbuk lada hitam yang dikenali dengan nama produknya CURCUMIN.
Lada Hitam dan Kunyit perlu digandingkan untuk tujuan memudahan penyerapan zat mineral dan vitamin ke dalam tubuh
Produk ini juga didapati boleh merawat KATARAK atau selaput mata.

Pengambilan produk untuk efektif adalah seperti berikut:

Berat badan dibawah 50kg - 2 kapsul x 3 .
Berat badan antara 50kg - 90 kg - 3kapsul x 3.
Lebih daripada itu/perawatan - 5 biji x 3.

InsyaAllah satu produk lagi dikeluarkan oleh HPA yang bernilai tinggi tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang khasiatnya. Marilah kita mencubanya.

Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 22.00
Sabah & Sarawak: RM25.00

Harga Pengedar Semenanjung Malaysia: RM 17.00
Sabah & Sarawak: RM22.00

60 kapsul/botol

Nilai Mata: 7