Sabtu, Oktober 03, 2009

Menghadiri Jamuan Raya KOWAHIDA di RCH Kangar




RCH adalah singkatan dari Radix Chicken House merupakan sebuah restoren masakan segera yang terkenal di utara selepas RFC. Ianya juga milik penuh rangkaian perniagaan HPA. Di Perlis ianya terletak di sebelah pejabat Koperasi Wahida Hpa Berhad, kira-kira 1km dari bandar Kangar di Jalan Alor Setar Kangar.

Pejabat KOWAHIDA yang berada diatas HPA Cawangan Kangar bersebelahan denan Restoren RCH.

Kunjungan saya ke RCH pada hari Isnin 29 Sept baru-baru ini merupakan langkah kanan kerana kebetulan KOWAHIDA mengadakan jamuan hari raya untuk kakitangannya dan pengunjung RCH dihari itu. Disamping itu tetamu jemputan yang kelihatan pada majlis itu ialah pegawai-pegawai dari SKM iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis dan pihak pengurusan HPA di Jejawi. Juga kelihatan Ahli-ahli Lembaga Koperasi yang ada berdekatan.

Pekerja RCH sedang sibuk menyediakan juadah di bahagian dalam.

Bergambar bersama PJS Azizan Ahmad Presiden KPU yang juga Setiausaha KOWAHIDA dan En Abd Ghani Hussain Pengurus Besar R&D HPA sebelum menikmati jamuan raya KOWAHIDA di RCH.

Pegawai dari SKM antara tetamu yang hadir.

Ucapan aluan dari Pengerusi KOWAHIDA HPA BHD En Mohd Faisol sebelum jamuan bermula.
/
Kelihatan En Kamal AGM AWM dan En Hidzir Pegawai Pemantau AWM juga turut hadir bersama tetamu.



Antara juadah yang disediakan oleh RCH: Nasi Ayam Organik, Sate Ayam Organik, Goreng Ayam Organik Berempah, Lemang, Ketupat palas, Rendang Ayam Organik, Kentang Goreng, Nuget Ayam, Ais Krim, Cola Radix, Koko Radix Panas, Biskut-biskut dari Radix Bakery House dan Air Mineral HPA.
/

Tiada ulasan: